Wednesday, June 10, 2015

Beli Tupperware Dapat Kek Sedap!

*Ini adalah iklan berbayar*

Assalamualaikum,

Nampaknya bulan puasa sudah makin menghampiri kita ya. Semua syarikat pun banyak melancarkan promosi-promosi best sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal nanti. Salah satunya Tupperware yang sudah mengeluarkan set-set Tupperware seperti Kurma Gift Set, Raya Cookies Set dan Duet Orange Macchiato Cake (amboi panjang namanya).

Boleh rujuk harga dan gambar di bawah ini ya :-


Sebenarnya aku tak jual tapi hanya mempromosikan bagi pihak kawan aku iaitu Pn Wan Rokiah iaitu tokei Tupperware sekitar Bangi & Kajang. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage di bawah tunjuk ajar cikgu Zaila Mohamad (ehem ehem). Salahs eorang pelajar terawal dan sampai sekarang pun begitu aktif berniaga. Alhamdulillah. Boleh singgah baca blog beliau di sini : Dari Pena Seorang Wanita Yang Berkerjaya & Berbisnes. Tahniah bagi beliau kerana begitu rajin berusaha, sambil bekerja dan sambil berniaga lagi.


Antara gambar-gambar koleksi raya dan puasa nanti, semua pun lawa-lawa lah kan? Boleh bagi kepada tetamu dan boleh juga buat simpan biskut raya dan kek. Seperti yang diketahui barangan Tupperware ni memang berkualiti dan memang direka khas untuk simpanan makanan. Orang kata "alah membeli menang memakai"


Sebenarnya pada minggu yang lepas aku bertemu dengan Wan Rokiah untuk menyerahkan stok sambal kentang (untuk dijual di tempat kerja Wan Rokiah). Jadinya dapatlah hadiah kek dan Tupperware sekali :) Ni yang bestnya bila berkawan dengan tokei Tupperware, he he he Terima kasih  Cik Roki (panggilan manja Wan Rokiah)



Jujurnya kek ini rasanya sedap dan memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk tetamu jika mahu bertandang ke rumah saudara-mara sempena lebaran ini. Haaaa jadi takde lah segan sangat nak pergi rumah orang tangan kosong youuuu (mengata kat diri sendiri ni). He he he

Oklah pada yang berminat boleh hubungi Cik Roki di blog nya dan buat pembelian terus. Jangan tunggu lama-lama nanti habis stok (ok tipu). Penghantaran seluruh Malaysia jadi pada yang duduk jauh-jauh pun jangan risau ya, semua pun boleh beli :)

Akhir kata, untuk pengiklanan boleh hubungi aku melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015