Assalamualaikum,
Bersiaran dari bumi Kelate pula. Alhamdulillah, sebenarnya sudah beberapa hari berada di bumi Kelantan. Kami bertolak balik pada hari Jumaat yang lepas dan selamat sampai pada pukul 11 malam di bumi Kuala Krai. Sebenarnya en suami hanya menghantar aku dan anak-anak sahaja dan pada Ahad yang lepas en suami dah pulang semula ke Shah Alam untuk menjadi "orang bujang sementara". Ehem ehem!
Tapi sebelum bertolak balik ke Shah Alam sempat bawa kami anak beranak singgah makan di salahs ebuah kedai makan yang terletak di Wakaf Bharu iaitu Mee Pak San. Niat di hati nak cuba Mee Kg Pek tapi setiapkali melintas depan kedai Mee Kg Pek asyik tutup sahaja. Mungkin kedai mereka hanya buka untuk waktu malam kot? Kalau di Kelantan, memang banyak kedai-kedai makan yang menyediakan mee sebagai menu utama, jadi jangan terkejutlah jika singgah kedai macam ni memang tak ada disediakan nasi :)
Harga pun berpatutan juga. Untuk keluarga kami yang ramai ni hanya habis dalam RM30+. Murahlah kan sebab kalau makan di bandar mana nak dapat dah harga bawah RM50. He he Boleh pilih nak makan mee, bihun, kue teow dan menu seperti laksa dan laksam juga ada disediakan. Kalau bawa anak-anak sesuai sangatlah kan sebab budak-budak ni selalunya akan suka menu makanan yang berkuah :)
Oklah, nak sambung rehatkan badan. Bila balik bercuti ni mood untuk update blog pun lemau aje tapi syukur juga sebab walaupun berada di mana-mana pun "kedai" aku buka seperti biasa. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah lorongkan kepada aku ni, pilihan untuk berblog rupa-rupanya tidak pernah mensia-siakan masa dan tenaga kerana sambil-sambil berblog dapat juga menjana pendapatan. Bolehlah buat bayar bil-bil bulanan dan simpanan sikit-sikit :)
Pada yang berminat boleh sertai kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram pada bulan Jun ini seperti iklan di bawah :
Sehingga berjumpa lagi. Salam kejayaan buat surirumah semua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan