Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 29 Jun 2015

Resepi Ikan Siakap Stim Berlimau


Assalamualaikum,

Gambar ulang tayang sekali lagi. Ramai yang mahukan resepi ikan siakap stim berlimau ni. Rasanya Paling mudah paling cepat untuk membuat masak stim. Dalam blog ini juga dah banyak kali aku kongsikan resepinya cuma ada menggunakan ikan bawal emas.

Bahan-bahan :

- 1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan dibersihkan.
- 1 batang serai *
- 3 ulas bawang merah / 1 ulas bawang besar *
- 1 labu bawang putih *
- 2 inci halia *
- 2 biji cili padi *
- 2 biji cili merah / hijau *
- 2 sudu air perahan limau nipis
- 2 sudu sos tiram
- garam & gula (aku guna nise)
- Sayuran seperti lobak merah & tomato
- 2 labu bawang putih jeruk *dibelah dua

Cara-caranya :

- Bahan-bahan yang bertanda * dimayang halus
- Kalau nak cepat guna cara aku ; masukkan seekor ikan ke dalam kuali
- Masukkan sedikit air, masukkan bahan-bahan yang dimayang ke dalam kuali, selit-selitkan celah ikan
- Masukkan sos tiram, garam & gula
- Masukkan air perahan limai nipis
- Masukkan sayuran & bawang jeruk
- Panaskan kuali dan tutup sekejap, apabila bahagian bawah ikan sudah masak, terbalikkan.
- Siap untuk dihidangkan.
- Kalau nak kuah banyak lebihkan air ya

Selamat mencuba. Mudah bukan? Yang penting ianya masakan kita. Kalau anak-anak aku suka makan kuah sahaja, isi ikan selalunya orang dewasa sahaja yang makan.

Petang ini masak apa uols?

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^