Maaf hari ini lambat keluar, biasalah bila puasa ni sel-sel otak aktif untuk projek lain. Alhamdulillah jualan dropship hari raya memang sentiasa mendapat sambutan. Walaupun agak perlahan tahun ni tapi sekurang-kurangnya masih lagi mendapat tempahan. Pada yang tak tahu, boleh lihat pada sebelah kanan blog aku ni, macam-macam produk sebenarnya aku jual tapi sudah tentulah produk makanan yang paling laju. Tambah-tambah bulan puasa kan, ramai yang mencari nasi arab al bayt tu.
Ahad yang lepas macam biasa aku ke kelas demo masakan menggunakan Noxxa. Iyalah, kelas ni dekat sahaja dengan rumah jadi apa salahnya pergi untuk "menyedut" ilmu bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah banyak tips dan resepi mudah memasak yang aku dapat. Paling best apabila dapat mendengar kisah-kisah dan pengalaman kawan-kawan yang berniaga. Banyak tips dan motivasi yang dapat diambil dan sikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus berniaga :)
Oklah, di sini aku mahu kongsikan resepi popcorn mudah menggunakan periuk Noxxa. Hanya 1 minit sahaja penyediaannya. Lepas ini dah boleh buat sendiri untuk anak-anak ya, tak payah dah nak beli di pasar malam atau Garret lagi. Eh!
Bahan-bahan :
- 1/2 cawan biji jagung kering (guna cawan yang Noxxa ya)
- 2 sudu besar marjerin (kalau nak lebihkan sikit pun takpe)
- 3 sudu gula perang untuk karamel
Cara-caranya :
- Tekan mod stir fry untuk panaskan & seterusnya cairkan marjerin.
- Kemudian off mod stir fry dan masukkan biji jagung.
- Tutup rapat Noxxa dan tekan mod "high pressure" selama 1 minit.
- Halakan tombol penutup pada "high pressure"
- Tunggu sehingga bunyi meletop-letop sudah berhenti. Selalunya dalam 1 minit memang akan siap.
Bila dah siap keluarkan dari periuk dan masukkan ke dalam bekas lain
Selepas itu sediakan karamel dengan meletakkan 3 sudu gula perang ke dalam periuk Noxxa. Tunggu sehingga betul-betul cair. Sekiranya mahu tambahkan madu atau marjerin dan pewarna juga boleh.
Apabila gula dah cair boleh gaulkan kembali di dalam periuk Noxxa dan sudah semestinya siap. Anak-anak mesti suka :) Gambar di atas ni masih belum gaul dengan gula lagis ebab itu warnanya putih lagi.
Kalau uols nak tahu, sempena bulan Ramadhan ini sesiapa yang membeli Noxxa akan menerima hadiah bekas letak beras seperti gambar di bawah ni :
Bekas ini berisipadu 12 liter. Comel je kan? Kalau yang jenama Tupperw@re tu rasanya ratus-ratus kot (aku pun tak pasti sebab dulu ada terliur juga tapi tak beli-beli)
Haaaaa, tawaran ini sehingga hujung bulan ini sahaja dan sehingga stok masih ada. Faham-faham je lah periuk ajaib ni memang ramai yang mencarinya dan untuk pengetahun hari Isnin lepas baru aje gudang keluarkan stok baru. Jadi pada yang lama dah dok mengidam atau teringin nak beli, cepat-cepatlah PM / WA aku ke 012-970 6828 untuk pembelian. Nanti raya bolehlah pakat-pakat bawa balik kampung untuk masak dodol. Haaa ni lagi satu kelebihannya, kalau dulu kat kampung pakat-pakat dok kacau dodol dalam kawah depan api yang panas tu kan, tapi zaman sekarang orang kacau dodol depan TV / kipas lagi. He he seronok tak?
Pada sesiapa yang beli periuk Noxxa melalui aku memang aku akan berikan resepi buat dodol ni. Alah, senang bangat aje. Kalau dulu aku ni seorang yang tak reti masak pon dah boleh buat macam-macam kuih tradisi dengan bantuan periuk ajaib ni. Jangan lupa PM laju-laju ya. Pelaburan yang berbaloi-baloi di dapur kita kerana ianya multifungsi, beli seketul tapi dapat buat macam-macam.
Penatlah nak taip, apa kata PM / WA sahaja ke 012-970 6828 untuk pertanyaan. Kalau nak uruskan tempat untuk aku buat demo pun boleh juga. Jom jom bernoja bersama :)
Bye!
4 ulasan:
Tumpang iklan.
Mencari pengasuh bayi 2 bulan area bandar puteri klang, 0194282724
Memang berbaloi beli periuk noxxa. Masa memasak lebih cepat
Memang best pressure cooker Noxxa. Senang nak masak apa pun. Beli jgn takbeli!!!
Catat Ulasan