Semalam aku tulis status di facebook yang mengatakan rindunya zaman kanak-kanak apabila bulan puasa aje mesti akan tertunggu-tunggu drama bersiri seperti Rumah Kedai di TV3. Drama yang sungguh memberikan kesan pada ingatan zaman kanak-kanak aku. Waktu petang mesti akan tunggu punya lah, pastu lagi satu siri "Jejak Rasul" sampaikan bila sebut aje Jejak Rasul dah boleh terngiang-ngiang di telinga bunyi muzik latar dokumentari tersebut. Sekarang ini bukan tak ada Jejak Rasul tapi selalu aje terlepas nak tengok, maklumlah dah faktor usia ni, waktu petang banyak dihabiskan di dapur dan TV pun anak-anak yang "konker" T_____T"
Aku terlintas pasal drama bersiri Rumah Kedai ni bukan apa, sebab aku dok banding-bandingkan dengan drama Melayu zaman sekarang yang bagi aku tak tahu mana dia letaknya nilai-nilai positif atau yang boleh diambil sebagai tauladan. Maaf ya, bukan nak kutuk tapi mungkin pemikiran aku yang dah separuh kertu ni macam dah tak boleh nak terima lagi. Kalau tengok sekali tu boleh tapi mesti akan rasa meluat atau nak kritik. Ke sebab otak kita dah matang dan boleh tafsirkan sendiri yang realiti kehidupan bukan seindah drama? Contohnya seperti drama MAID yang mula-mula jadi orang gaji pastu terpaksa kahwin dengan bos (aku agaklah sebab tengok pun sekejap-sekejap aje). Oh semalam tertengok (bukan ter tapi tengoklah sebab sampai habis tu) yang ada adegan isteri jaga suami sakit dan konon nak balas jasa suami ajak tonton cerita seram dan isteri pun takut pastu minta kebenaran nak tidur sekali.
Hehe Tiba-tiba aku nak mengumpat ; hakikat realiti kehidupan jarang sangat kejadian macam ini. Ok itu sahaja. Nanti komen panjang-panjang kan ada peminat abang sado sentap pula. Ha ha ha.
Berbeza dengan drama Rumah Kedai tu, mungkin masa aku tengok pun zaman kanak-kanak dan jalan cerita ini "ringan" iaitu komedi dan sekali sekala ada juga adegan sedih yang kadang-kadang membuatkan aku menangis. walaupun pada waktu itu masih lagi belum akil baligh tapi boleh lah faham akan realiti kehidupan. Pendek kata, kalau tengok drama bersiri zaman dulu dah tak sama macam tengok drama zaman sekarang.
sumber gambar dari sini :OhDunia
Drama sekarang rasa lebih kepada penipuan (fake) semata-mata. Banyak dikaburi oleh hiasan dunia di mana kalau heroin mesti nak lawa, pakai tudung dalam cerita tapi kat luar masih belum berhijab sepenuhnya, kalau hero pula muka mesti hensem dan anak orang kaya :P Lokasi kediaman pun rumah besar, kereta besar dan segala-galanya tentang harta. Sikit-sikit mesti berebut harta pastu kena kahwin paksa, kahwin lari dan macam-macam lagi.
Ingat tak kisah "Opah"? Satu lagi drama bersiri terbitan TV1 yang sumpah aku rasa nak menangis jika berpeluang dapat melihatnya. Bukan nak tengok sangat tapi lebih kepada nak imbas kembali momen-momen menunggu drama ditayangkan dan tengok bersama mak dan Kak Na. Takpun pergi menumpang rumah jiran. Itulah kenangan bulan puasa waktu aku kecil-kecil. Memang berbeza sungguh bila dah besar ni. Betullah kata orang, biarkan anak-anak menikmati zaman kanak-kanak mereka kerana bila dah besar mereka akan rindu momen bersama mak & ayah. Sama macam kes aku lah, rindunya masa kecil bila mak masih belum berniaga lagi, kalau petang mesti masuk dapur tengok mak masak apa (bukan nak tolong tapi lebih kepada nak menyibuk). Kalau nak tahu, aku seorang pemalas *sekian*.
Antara resepi yang aku suka apabila puasa mak mesti buat lawa (makanan tradisi orang Kelantan), daging bakar dan satu lagi menu ikan sumbat sambal yang sampai sekarang aku lupa nak tanya mak apa resepinya. Ya Allah, Kau panjangkanlah usia mak aku supaya aku sempat menuntut ilmu memasak dari mak. Resepi gulai serati dan gulai kawah yang menjadi kesukaan orang kampung masih belum dipelajari ni, hehe
Eh melalut sampai ke resepi pula. Kesimpulannya zaman kanak-kanak memang bahagia, tiada masalah atau emosi yang boleh dibawa sampai tidur. Zaman dewasa penuh dengan pelbagai masalah dan tekanan tapi atas kita lah macamana nak hadapinya. Mana ada manusia yang tak ada masalah kan kecuali orang gila :P
Oklah, panjang Kak La mengarut pagi ni. Astaghfirullahalazim, maafkan kalau ada terkena batang hidung sesiapa. Tulisan ni hanya pandangan peribadi sahaja. Kita mungkin sependapat dan mungkin tidak sehaluan. Apa-apa pun ambil yang baik-baik sahaja.
Bye :)
1 ulasan:
Samalah kak..Wa pun dulu suka sangat tengok cerita ni..hehehe..Salam Perkenalan di bulan Ramadhan..
Catat Ulasan