Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 Julai 2015

Tips Jimat Cermat Hari Raya

Assalamualaikum,

Sekejap sahaja sudah memasuki separuh bulan puasa. Hari ini sudah 15 hari puasa, macamana KPI puasa kita? Adakah semakin bertambah amalannya atau semakin sedikit? Aku nak kata makin banyak tu takde lah tapi makin lama makin malas pula, ni mesti terlebih tidur siang hari ni. Opsss

Tapi niat di hati nak teruskan beramal, kena kuatkan semangat sikitlah. Tambah-tambah bulan puasa ni dengan berniaganya dengan jaga anak-anaknya. Kadang-kadang mencabar keimanan juga :( Macam-macam karenah nak kena layan, baik yang sudah besar mahupun yang kecil. Mencabar betul!

Semalam aku ada terbaca di dalam facebook Tuan Shamsuddin Kadir yang memberikan tips berjimat khasnya untuk kakitangan kerajaan yang sedang menunggu 45 hari sebelum gaji. Mak aih lama juga tu ya, kalau yang jenis ada bisnes bolehlah ada pendapatan sampingan tapi kalau yang harapkan gaji semata? Memanglah kena "ikat" perut sedikit. Aku kongsikan di sini antara tips yang diberikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir.

1. Bayar hutang wajib, sebaik sahaja mendapat gaji untuk bulan Julai,
2. Beli keperluan rumah (termasuk beras, sos cili, lada, kicap,
3. Jangan bawa ATM yang ada duit gaji balik kampung
4. Bawa balik duit bonus RM 500 itu sahaja.
5. Kurangkan bagi duit raya, kerana malu nanti apa orang kata, jika tidak bagi kepada anaknya, dia bagi duit raya kepada anak kita.
6. Tidak perlu beli emas palsu untuk hari raya ini,
7. Tidak perlulah beli tudung beratus-ratus, kerana orang bukan nampak tudung kita, orang nampak otak kita, sama ada otak itu hidup ataupun beku.
8. Balik kampung bukan untuk menunjuk baju baru satu keluarga.
9. Zakat fitrah jangan lupa ya.

Selain itu aku nak tambah lagi :

10. Beli baju-baju raya anak semasa jualan gudang sebab harga jauh lebih murah tapi nak kena rancang masa lah iaitu pergi awal-awal pagi dan kalau boleh jangan bawa anak-anak tapi ambil ukuran siap-siap.
11. Abaikan jenama kerana waktu raya tak ada orang akan belek dan tengok anak-anak kita pakai jenama apa dan kita tak akan merasa satu kepuasan pun jika anak-anak kita pakai pakaian berjenama jika kita sendiri pakai biasa-biasa sahaja (Faham tak?).
12. Bab duit raya tu sebenarnya adalah tradisi, aku rasa macam nak ubah sedikit iaitu bagi duit kepada ibu bapa dan saudara mara terdekat. Walau tak banyak tapi mereka akan rasa lebih dihargai. Sebagai contoh untuk kanak-kanak bagi duit raya antara RM2 - RM5 tapi untuk mak saudara apa kata bagi RM10 - RM30 seorang. Bergantung kepada budget masing-masing.
13. Beli siap perkakas dapur atau barang yang ingin dibawa pulang ke kampung. Bukan apa, nak raya selalunya memang akan penuh mana-mana tempat pun jadi jika kita beli awal-awal bolehlah berehat-rehat di rumah sahaja :) Kalau di kampung harga di kedai juga akan melambung sekali ganda kerana biasalah waktu cuti ramai anak-anak yang pulang beraya, masa ini lah peniaga nak kaut keuntungan (tapi tak semua juga). Yang penting barang-barang runcit seperti susu anak, lampin, makanan kering seperti bihun, makaroni, air kotak atau kordial beli siap-siap.
14. Kalau nak lagi bagi bagus belia siap-siap juadah hidangan hari raya nanti. Apa lagi kalau bukan nasi arab. He he Mehler order dengan aku. Ada 4 perisa iaitu Mandy ayam, mandy kambing, maqlubah ayam dan kabsah ayam. Semua pun sedap :)


Oklah itu sahaja sesi tips jimat cermat bersama aku. Oh ada satu lagi, pada yang berminat sangat nak beli GC Tea tapi takut membazir kalau beli satu kotak, kini dah ada pek percubaan iaitu RM30 (tak termasuk kos pos). Cepat PM / Wa laju-laju ke 012-970 6828 untuk pembelian.


Musim raya ni kena jaga kesihatan juga, amalkan meminum GC Tea setiap hari suaya dapat detoks balik apa yang telah kita makan. Kalau boleh, jaga pemakanan dan tambah dengan bersenam baru akan menghasilkan kesan yang mantop!

Oklah, itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak terfikir lagi buat masa ini. Semoga kita sentiasa merancang dan menggunakan duit kita dengan sebaiknya. Duit raya anak-anak jangan lupa simpan elok-elok, jangan diajar anak-anak habiskan duit dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah pula. Haa boleh buat tips lain ni, nanti kan ya :P

Hingga bertemu lagi dan selamat berbuka (nanti petangler). Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^