Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 24 Disember 2015

3 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Bermula hari ini cuti panjang sudah bermula kan? Sempena meraikan hari Maulidur Rasul (selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW) & juga cuti krismas. Mesti ramai yang ambil peluang balik bercuti di kampung kan? Yang bercuti jauh-jauh sampai ke luar negara rasanya pun ramai juga. Best bila baca dan tatap gambar percutian kawan-kawan; ada yang ke London (Eynda lah tu), buat umrah (Mama Tia Mia), Las Vegas & Michigan USA (leader Amway) dan macam-macam lagi. Bagi aku yang tak ke mana-mana ni, stress juga tapi rezeki setiap orang tak sama kan. Insya Allah, kita raikan rezeki kita mengikut kemampuan kita pula :)

Mana tak stressnya, bila facebook menghantar balik (throwback) gambar-gambar atau status kita yang sudah lepas kadang-kadang tercuit hati juga bila melihat gambar percutian keluarga di Krabi dan tahun lepas di Sabah. Takpe Mekla sabar, sekarang pun kalau nak travel jauh-jauh kena fikir banyak kali sebab dah sarat dan ahli rombongan pun dah bertambah. Jadi, kita bercuti dekat-dekat aje lah ya. Ni Mekla bagi cadangan 3 tempat menarik yang boleh mak ayah bawa anak-anak sempena cuti sekolah. Yang pasti tak payah nak booking hotel mahupun tiket penerbangan :)

1) Melawat Masjid-Masjid

Sekarang ni kami kalau keluar rumah mesti akan singgah solat di mana-mana masjid atau surau terdekat. Bukan apa, nak bagi anak-anak lebih dekat dengan surau dan masjid. Walaupun mereka masih kecil, tapi sekurang-kurangnya mereka tak kekok dan tahu apa adab-adab yang perlu dibuat jika masuk ke dalam masjid. Macam Haziq sudah tentu lah tahu kena solat sunat dahulu dan selepas itu solat berjemaah bersama-sama imam (kalau ada rezeki berhenti selepas azan). Minggu lepas kami ke Bagan Lalang, kebetulan waktu Zohor kami berhenti dekat masjid yang berdekatan bulatan untuk ke Sepang (lupa dah nama masjid tu) dan waktu Asar pula kami solat di masjid Sepang. Pengalaman tak sama, ada ramai orang dan ada juga mengerikan (sebab senyap sunyi).

Yang pasti, ajar anak-anak untuk menghulurkan derma ke tabung-tabung masjid atau surau supaya apabila besar nanti mereka juga tidak kekok untuk menderma walaupun bukan pada hari Jumaat :P
Teringat kembara kami ke Krabi pada 2 tahun lepas, singgah solat di masjid-masjid di sana membuatkan aku dan en suami bersyukur kerana keadaan masjid kita jauh lebih selesa berbanding negara jiran.


Gambar masjid di Putrajaya (macam biasa lupa nama masjid ni)


Masjid di Kelantan (terletak di Kok Lanas kalau tak silap aku)

Masjid di Kelantan juga iaitu di Pasir Pekan.

Jika kita boleh usung anak ke hulu ke hilir masuk pasaraya, apa kata sesekali (atau berkali-kali) kita usung mereka masuk masjid pula :)

2) Pantai Berdekatan

Oleh kerana kami tinggal di Shah Alam, pantai yang paling dekat dengan kami adalah Pantai Morib atau Pantai Bagan Lalang. Itupun takdelah dekat sangat tapi boleh lah dari pergi pantai di Pantai Timur :P

Kat sini boleh bawa anak-anak berkelah atau bermain layang-layang. Boleh baca kenangan kami berpiknik di Pantai Morib di sini (Berkelah di Tepian Pantai Morib) dan Pantai Bagan Lalang (Aktiviti Adik Beradik). Walaupun pantai-pantai di sini tak sesuai untuk mandi-manda tapi boleh lah duduk tepi pantai sambil hirup udara, angin bayu membawa diriku~ Eh ternyanyi lagu KRU pula ya :P

Kalau nak jimat boleh masak siap-siap dan bawa tikar dan bekas makan untuk piknik. Percayalah! Anak-anak pasti akan suka :) Kami suka juga bawa anak-anak mandi di sungai tapi sekarang kan musim hujan yang tak menentu jadi takut nak bawa ke situ. 

3) Taman Permainan

Yang ni sudah tentulah percuma! Yang penting badan sihat sebab boleh jogging dulu keliling taman tapi kami laki bini kalau bawa anak-anak sibuk bentang tikar lepas tu kunyah keropok lekor yang dibeli di pasar malam berdekatan. Haaa sambil-sambil tu lihat gelagat orang yang jogging ;) 

Anak-anak kalau lepaskan di sini memang macam anak-anak kuda lah berlari ke sana ke mari. Memang suka sebab tempat yang luas dan takde halangan untuk "membuas" cuma kita sebagai ibubapa kena lah sentiasa perhatikan kelibat mereka. Kalau di Kota Kemuning ni taman rekreasinya ada kolam jadi boleh bawa roti untuk diberi makan pada ikan atau kura-kura di situ :) Tapi jangan sampai anak-anak terjatuh dalam kolam dah ler ya :)

Sebenarnya senang aje nak bagi anak-anak gembira. Yang susahnya ialah kita ni yang suka sangat letak pegangan yang asal cuti sekolah aje harus pergi jauh-jauh. Apa-apa pun yang penting semua mesti gembira. Oklah, bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^