Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 10 Disember 2015

Panduan Memilih Taska Terbaik Buat Anak-Anak

Assalamualaikum,

Semalam selesai satu urusan iaitu pergi melawat bakal tadika untuk Ashraf Hariz. Alhamdulillah, nampak gaya macam berkenan dah kat situ dan Ashraf pun suka je bila aku bagitahu ini sekolah dia :)
Sebenarnya tahun depan Ashraf dah nak masuk 6 tahun (cepatnya masa berlalu) dan nak tak nak en suami dah bagi arahan dekat aku untuk daftarkan Ashraf ke mana-mana tadika yang berdekatan dengan rumah. Tak diakui Genius Aulad memang bagus untuk Haziq & Husna tapi atas beberapa faktor kami terpaksa letak GA di bahagian bawah senarai kami. He he he

Aku kongsikan sedikit panduan dalam memilih taska untuk anak-anak. Aku ni bukan cerewet sangat tapi tak naklah main daftar ikut suka je kat mana-mana yang orang rekemen. Pendek kata, semuanya di tangan kita untuk sesuaikan berdasarkan budget dan keadaan keluarga kita.

1) Faktor Kewangan

Ini adalah faktor yang penting juga. Jika mampu, cuba cari taska yang menawarkan harga yang mampu dibayar setiap bulan. Rata-rata sekarang ini yuran bulanan bermula dari RM150 ke RM300 bergantung kepada jenama taska juga. Haaa jangan nak dibandingkan dengan tadika KEMAS atau PASTI pula ya, antara jenama taska yang menjadi pilihan ibubapa adalah Genius Aulad, Smart Reader, Brainy Bunch, CIC, Little Caliph dan ada juga beberapa taska francais yang mempunyai banyak cawangan seperti An-Nizah, Taska Al-Hufaz dan bergantung pada lokasi yang kita tinggal. Boleh buat perbandingan harga, selalunya yuran tahunan yang agak "mencekik" darah tapi nak buat macamana, ianya sudah menjadi satu kewajipan pula untuk menghantar anak-anak ke taska seawal 5 tahun lagi.

2) Faktor Lokasi

Tak dinafikan antara salah satu faktor aku menolak Genius Aulad adalah lokasinya yang agak jauh dari rumah. Kalau dulu aku masih bekerja memang ada disediakan pengangkutan untuk Haziq & Husna (yuran van bulanan aje dalam RM100) tapi kini setelah aku menjadi supir anak-anak, kenalah cari lokasi yang dekat dengan rumah. Tak berbaloi hantar jauh-jauh dan badan kita penat keluar ambil hantar anak aje. Tapi ini hanya pedapat aku sahaja, lain orang lain pendapat dan buah fikirannya :)

3) Faktor Keselamatan

Antara faktor yang aku sangat titikberatkan adalah keselamatan. Ada beberapa taska yang terletak di tepi jalan memang awal-awal aku dah tak berkenan sebab risaukan keselamatan anak-anak semasa kita mahu menghantar dan mengambilnya. Selain itu, pastikan juga taska tersebut dilengkapi CCTV atau tak kerana zaman sekarang bahaya boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Macam taska yang aku pilih buat Ashraf ni memang dilengkapi CCTV dan pintu grill akan terbuka jika ditekan dari dalam sahaja. Jadi, hanya guru-guru sahaja yang dapat memantau orang yang keluar masuk ke taska mereka. Lagi satu, janganlah taska sebelah kedai runcit, ha ha ha yang ni bahaya bab nanti kena "paw" dengan anak-anak ;)

4) Faktor Persekitaran Belajar

Perlu tahu juga berapa orang dalam satu kelas, kalau terlampau ramai bimbang anak kita akan ketinggalan atau merasa kurang yakin dengan diri sendiri lantaran guru mengabaikan mereka kerana sibuk melayan anak-anak yang aktif dan agresif. Macam anak-anak aku semuanya pasif di dalam kelas tapi kalau di rumah, ya Allah mereka lah juara! Sebenarnya lagi sedikit pelajar lagi bagus supaya guru-guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar mereka. Jangan guru-guru sibuk berWhats App atau berselfie sudahlah :P (gurau aje)

5) Faktor Silibus Pembelajaran

Yang ini aku letak bawah sekali sebabnya tak dinafikan ibubapa wajib tahu apa yang diajar di taska anak-anak tapi kalau terlalu ambil berat pun bukannya anak-anak kita akan lulus masuk Universiti terus pun. Jadi cukuplah sekadar tahu yang di taska akan diajar membaca, mengira, mengaji dan ajaran solat. Selain itu, harus ada juga aktiviti seperti bermain, lawatan atau apa sahaja yang sesuai dengan anak-anak. Sebenarnya seronok juga jadi budak-budak ni, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan. Ibubapa aje yang harus bagi sokongan dan bayar apa sahaja yang taska minta :P

Semalam ambil gambar taska yang aku pilih dan hantar pada en suami. Untuk tahun 2016, memang terpaksa lah hantar juga Ashraf ke sekolah. Kalau duduk rumah, memang tak menjadi apa. He he he Aku akui aku memang tak sabar dalam mengajar anak-anak T____T"





Semoga Ashraf happy dengan sekolah baru nanti. Hari ni pun dah sibuk tanya bila nak hantar dia ke sekolah. Amboi ko nak, tak sabar ya?

Hingga berjumpa lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^