Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label home-made. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label home-made. Papar semua catatan

Isnin, 22 Februari 2016

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Sejak perut dah memboyot ni memang malas nak ke mana-mana. Lagipun sekarang ni boleh dikatakan selang seminggu Haziq kena pergi sekolah untuk program bagi pelajar tahun 4, 5 & 6. Cepat betul masa berlalu sebab anak bujang dah aktif dengan program sekolah. Kalau tak silap minggu ni ada program kem smart solat yang dianjurkan pihak sekolah. Sementara menunggu abang Haziq ke sekolah, kami duduk rumah dan kemas rumah (yang tak pernah sudah). Bukan apa, nanti aku nak berpantang jadi paksa juga en suami kemaskan rumah seperti sapu habuk, lap cermin, tukar langsir dan buang segala sampah yang terhasil dari renovation tempoh hari.

Sambil-sambil tu kita main masak-masaklah. Takde menu menarik pun cuma sarapan pagi en suami buatkan nasi lemak kemudian petang aku masakkan pasta fettucini untuk dimakan bersama kuah bolognaise (nanti cerita entri lain) dan yang kat bawah ni gambar ulang tayang dari facebook. He he he Biasalah asal lepas masak je mesti "tayang" kat facebook. Senang sebab tak payah nak transfer ke komputer bagai. Kalau dulu pakai kamera digital memang kena tunggu pindah masuk gambar dalam PC tapi sekarang tak perlu lagi. Errr faham ke idok Mekla dok membebels ni?




Daging masak lada hitam bersama cendawan shitake. Daging ni aku masukkan dalam Noxxa Pressure Cooker dulu dan buat HP selama 15 minit untuk bagi lembut. Kalau tak mesti liat dan nanti sakit pula gusi mak buyong ni. Untuk resepi daging masak lada hitam ni senang aje

Tumiskan bawang putih dan halia, kemudian masukkan daging dan cendawan shitake. Masukkan sos lada hitam dalam 3 sudu, sos tiram 2 sudu, kicap manis 2 sudu dan gaul rata. Kalau nak berkuah sedikit masukkan air rebusan daging tadi. Kalau nak kauh pekat masukkan bancuhan tepung jagung sikit. Aku malas nak masak sayur jadi aku tambah terus sawi yang dah dipotong sekali bersama daging ni. Hermm boleh tahan juga pahitnya kuah tu sebab sawi kan pahit :P




Petang sabtu tu buat home made steam boat. Macam biasa gunakan Noxxa Pressure Cooker sebagai tempat untuk menyediakan kuah. Mod Stir fry dan tunggu air mendidih kemudian masukkan 3 kiub tom yam. Kemudian masa kuah dah mendidih tu tukar kepada keep warm sahaja dan campaklah segala makanan yang kita nak bubuh. Puas hati bila buat sendiri sampai makan peluh menitik-nitik :)




Oh ya, dekorasi rumah aku sekarang dah berubah. Kalau dulu bahagian tangga ni ditutupi dengan kabinet kayu hitam yang besar gedabak tapi haritu masa buat renovasi dapur kami minta kontraktor tutup bahagian tangga tu. Sebenarnya lain yang aku bayangkan tapi lain pula kontraktor tu faham. Tapi takpe lah janji sekarang semua dah setel. Nampak macam "luas" sedikit ruang rumah kami ni sejak ketiadaan kabinet TV yang hitam tu. Tapi en suami ambil juga rak-rak yang ada dan pasang ke dinding macam gambar di atas. Biasalah deko-deko rumah rakyat marhaen, semua gunapakai aje barang yang ada :)




Yang atas ni pun kabinet TV juga kami terbalikkan buat macam kabinet memanjang :) Letak bunga dan pasu. Ha ha ha Bolehlah labuuuu

Gambar di bawah ni apabila sepupu datang bertandang. Alhamdulillah anak-anak aku ni jenis suka bergaul juga dengan sedara-mara, HAziq pun tak kekok pegang baby. Nampak sangat sukakan baby cuma dengan adik-adik aje suka bergaduh :P Biasalah kan, kita dulu pon kalau dengan adik-adik rasa nak gigit-gigit aje tapi kalau dengan adik kawan atau sepupu punyalah baik T______________T"




Itu sahaja aktiviti hujung minggu kami. Sekarang ni aku nak fokus pada jualan online bagi produk digital pula sebabnya dalam pantang manalah boleh keluar ambil stok barang lagi kan. Apa-apa pun doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku ya :)

Bye!

Selasa, 10 Februari 2015

Resepi Mudah Bagi Yang Malas Memasak

Assalamualaikum,

Surirumah macam aku ni memang tak akan lari dari mendapat penyakit "M". Bila dah kena virus M tapi mulut rasa nak makan, bolehlah cuba resepi di bawah ini. Aku panggilnya "tortilla wrap".

Bahan-bahan :

- isi ayam
- cendawan shitake segar (potong nipis)
- lada benggala 3 warna (saja nak bagi menarik)
- 1 keping keju Cheesedale
- garam & lada hitam untuk perasakan ayam
- roti tortilla
- mentega untuk menumis (boleh guna minyak zaitun juga tapi stok kat rumah ni dah lama habis)

Cara-cara :

- Panaskan kuali dan masukkan mentega
- Masukkan kepingan isi ayam, perisakan dengan garam dan lada hitam
- Masukkan cendawan shitake dan lada benggala. Masak sehingga sayuran dan ayam masak
- Kemudian ketepikan sayuran dulu.
- Panaskan tortilla di atas kuali (seeloknya guna non stick pan)
- Letakkan ayam dan sayuran di atas tortilla
- Letakkan keju (keju ni berfungsi sebagai pelekap)
- Balik-balikkan agar keju cair
- Sedia untuk dimakan.



Tapi keju tak sempat cair pun aku dah tak sabar nak makan. Lagi satu kalau dah tahap super malas nak buat, boleh gunakan roti tortilla ni dan kemudian letakkan keju di atasnya (lagi banyak keju lagi sedap) kemudian tutup dengan roti tortilla sekeping lagi. Ketuk-ketukkan roti tu biar melekap antara satu sama lain. Apabila keju sudah cair angkat dan hidangkan. Ini dah macam roti naaan cheese leleh lah juga. Anak-anak aku memang sukakannya! Boleh buat kudap-kudap petang untuk anak-anak tapi kena makan waktu masih panas lagi iaitu waktu keju tu meleleh..aiiiiiii meleleh ailio ni :)


Belanja gambar nasi lemak sambal udang buatan sendiri, sebab itu tak ada kacang sebab isi rumah ini tak suka makan. Boleh dikatakan setiap minggu aku akan sediakan menu nasi lemak sebab ianya memang kegemaran anak-anak dan mama juga! Kalau dulu rasa lecehnya nak buat nasi lemak tapi sekarang tak lagi, main campak-campak aje dah siap. Wallah bunyi macam orang terer masak aje padahal orang malas masak. He he he

Oklah, hingga bertemu lagi. Nanti kalau aku ada masak menu hebat-hebat baru aku kongsikan (entah bila lah tu)


Belanja lagi gambar menu masakan barat. Eh! Ini dah oveeeerrrrrr. Oklah, lepas ini takde lagi. Buat masa sekarang musim M kembali menguasai diri. Taaataaaaaa :)

Selasa, 15 April 2014

Mudahnya Masak Nasi Arab!

Assalamualaikum,

Siapa di sini yang suka makan nasi arab? Sila angkat keyboard laju-laju. Bagi yang belum pernah rasakan keenakan nasi arab, jangan risau kerana sekarang ini boleh dapatkan pes segera nasi arab ni melalui aku. Penghantaran terus ke depan muka pintu rumah. Tapi pes nasi jelah ya, bukan nasi arab yang dah siap masak tu.

Apa yang bagusnya pes ini didatangkan dengan beras basmathi yang bermutu dan juga rempah siap. Tak payah nak susah-susah beli rempah timbang ikut sukatan sebelum memasaknya. Hanya ikut sahaja langkah-langkah untuk memasaknya seperti yang tertera di bahagian belakang kotak.


Untuk tempahan sila isikan maklumat di sini : BORANG TEMPAHAN



gambar-gambar kredit kepada wakil jualan nasi arab Al- Bayt (diambil dari fanpage mereka)

Mudah bukan? Bulan puasa ini bolehlah pakat cuba buat untuk hidangan berbuka sekeluarga. Tak kisahlah tak secantik di kedai arab tu, yang pasti maakan home made penuh kasih sayang. Peluang Terbuka untuk mereka yang ingin menjadi ejen jualan aku juga. Apa kata, sambil makan sendiri sambil jual. Boleh dapat duit poket untuk raya nanti :)

Oklah, jangan lupa isikan borang tempahan di atas sekiranya mahu membelinya. Atau boleh terus sms / whats app ke 012-3228651.

Laluan iklan :


Jom sertai kelas asas blog & fanpage untuk kelas bisnes. Raya dah dekat, elok sangatlah belajar buat blog dan fanpage untuk promosikan produk kalian. Memang ternyata blog merupakan salah satu medium untuk dikenali dan menjual. Jangan lupa hubungi aku untuk sebarang pertanyaan :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^