Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Al bayt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al bayt. Papar semua catatan

Rabu, 8 Julai 2015

Cara-Cara Nak Masak Mandy Ayam Menggunakan Rempah Nasi Arab Al-Bayt

Assalamualaikum,

Masih lagi bercerita tentang makanan. Minta maaf banyak-banyak, inilah modal aku untuk update blog buat masa ini. Sekarang ini dah rasa macam tak ada benda nak cerita. Nak cerita pasal anak-anak pun takde apa yang menarik sangat. Kehidupan aku macam biasa aje, takde dah kunjungan ke shopping mall setiap minggu. Tapi memang sentiasa keluar samaada keluar mengambil stok jualan ataupun pergi sertai bazar jualan. Malas nak bersesak-sesak dah tapi tengoklah, baju raya budak-budak tak setel lagi. En suami cakap nak pergi hari bekerja sebab dia dah minta cuti. Yeay, lamanya tak keluar shopping untuk diri sendiri :P

Tapi raya ni persediaan macam biasa juga, ala kadar. Yang penting WAJIB balik kampung tuuuuu. Haaa siapa kata nak jimat tak payah balik kampung? Mahu ada yang menangis keluar air mata darah nanti kalau tak dapat balik kampung jumpa mak ayah!

Eh kan terpanjang sudah pendahuluan tu :P

Oklah hari ini aku nak kongsikan cara-cara nak masak nasi arab menggunakan rempah Al-Bayt. Mudah aje sebab itu dalam bulan puasa ni dah banyak kali juga kami makan nasi arab. Kenapa mudah? Sebab dalam tu dah ada beras dan rempah. Hanya beli bahan basah seperti ayam dan sediakan bahan-bahan lain yang diperlukan sahaja (boleh rujuk belakang kotak).


Mula-mula ayam tu diperap dengan rempah mandy, garam, bawang putih, 2 sudu tomato puri dan sedikit minyak zaitun. Perap lagi lama lagi bagus!

Ayam yang diperap ni aku masak dengan menggunakan periuk Noxxa, hanya HP 10 minit kemudian selepas itu buangkan lebihan minyak ayam dan tukar mod stir fry untuk kasi efek macam kena bakar sikit-sikit. Minyak lebihan tadi jangan buang sebab boleh masukkan semasa tanak nasinya pula.


Yang isi ayam tu aku ambil sedikit carik-carikkan buat isi ke dalam tortilla ni. Dah jadi tortilla wraps, masukkan timun, tomato, isi ayam, mayonis dan sos cili. Alhamdulillah, anak-anak suka :) Bila masak ayam dengan Noxxa memang lembut je isi ayam tu, kalau guna ayam pencen hanya HP lebih masa sedikit (dalam 20 minit lebih)


Menu berbuka kami yang sangat ringkas. Sup ayam tu memang dah buat siap-siap sebab sup ni memang makanan wajib ada di rumah memandangkan budak-budak tak puasa senang makan ni aje, pastu nasi masak dengan Noxxa aku guna mod LP (low pressure) pula sebab orang kata beras nanti akan lebih panjang dan ternyata memang betul. Senang kan masak nasi arab :)

Pada sesiapa yang nak order untuk hari raya nanti boleh PM / WA aku ke 012-970 6828 sekarang. Untuk bulan puasa ni kalau nak COD sahaja diterima iaitu di Econsave Bukit Kemuning / sekitar Jalan Kebun, kalau nak pos rasanya sudah tak sempat dah. Masih sempat lagi order untuk raya nanti, kalau tetamu nak datang rumah hanya masak juadah ini sahaja pun dah cukup. Mudah dan sedap :)

Bye!

Khamis, 29 Mei 2014

Kenapa Jual Nasi Arab Al-Bayt?

Assalamualaikum,

Maaflah andai blog ini sudah bertukar menjadi medan pameran gambar nasi arab. Doakan semoga satu hari nanti aku berjaya memiliki sebuah restoran nasi arab pula :) *berangan takleh blah, nak yang hebat-hebat aje*

Nasi arab memang kegemaran kami sekeluarga. Dari en suami hingga anak-anak memang cukup sukakan nasi arab. Mungkin ada keturunan arab yang menjadikan kami suka makan nasi arab, eh! Guau ajelah :)

Hari itu adik ipar aku menghadiahkan sebungkus nasi arab jenama Al-Bayt iaitu mandy kambing. Di dalam sekotak nasi arab ini ada disediakan rempah dan juga beras basmathi sekali. Memang mudah sangat untuk menyediakannya dan bermula dari sini aku mengambil keputusan untuk menjual produk ini. Tidak ku sangka rupa-rupanya ada juga pilihan nasi arab yang lain iaitu kabsah dan maqlubah. 

Kenapa nasi arab ini dinamakan Al-Bayt? Al-Bayt adalah bahasa arab yang membawa maksud rumah. Nasi arab ini sesuai sangat dibeli dan dimasak untuk dijamu kepada keluarga dan tetamu yang bakal bertandang. Jika mahu suami sayang, jangan lupa pikat suami dengan masakan air tangan sendiri. Mesti suami bertambah sayang :)

Jom tengok koleksi gambar nasi arab hasil air tangan pelanggan-pelanggan aku ;-


Yang ini adik ipar yang buat, memang sedap sebab rempahnya terasa hingga ke nasi. Anak-anak aku hanya makan nasi sahaja pun bertambah-tambah makannya.


Yang ini hasil masakan Pn. Rokiah, salah seorang ejen jualan aku di Bangi dan Kajang. Jika berminat boleh hubungi Pn Rokiah di sini : Resepi Nasi Mandy Ayam


Ini pula gambar dari Pn. Fazillah yang ingin tambat hati suami dengan masakan sendiri. Semoga berjaya lah misi yang suci murni itu :)


Yang ini pula gambar kiriman dari Pn Nazurah persis masakan di kedai nasi arab dah ni. Terliur aku bila melihatnya
Gambar ini pun apa kurangnya juga, hasil masakan Pn Aida. Tak sangka ada bakat terpendam dalam memasak nasi arab.

Cukuplah hanya beberapa keping gambar sudah menggambarkan betapa mudahnya untuk menyediakan masakan penuh kasih sayang di rumah sendiri. Dengan hanya membeli sekotak sahaja sudah memadai untuk menjamu seisi keluarga. Bagi yang mahu merasakan keenakan nasi arab, boleh beli melalui aku dan barang akan dihantar terus ke tempat kerja atau rumah. 

Hubungi aku melalui : 

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Tempah di sini : Borang Tempahan

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^