Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Handbag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handbag. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

Khamis, 21 Julai 2011

Perihal Handbag

Hari ni nak bercerita pasal handbag pula. Semalam rumah, hari ni handbag, esok laki, tulat entah apa pula kan?? Masaklah siapa-siapa yang follow blog aku ni, mesti korang naik bosan kan?? Al maklumler ai ni bukanlah retis, so takde storymory hangat nak dikongsi bersama..Tengoklah nanti bila aku pregnant (lagi), baru consider hangat kot;P



Handbag, siapa yang tak kenal kan..Kalau dah namanya orang pompuan, confirm ko akan ada seketul handbag kan, tak kiralah kecik ke besar ke, lonjong ke, segi ke..Pendek kata semua pompuan akan ada hanbag..Nak, nak kalo kaki shopping macam aku, macam-macam jenis handbag akan ada *wah, stetmen divaaaa*..Kalau kaki kumpul handbag lagilah, mesti sanggup buat wardrobe khas untuk simpan handbag je kan?? Tol tak?? Tol tak?? Tapi nak kena ada designer handbag r, kalau setakat handbag Goloks macam aku ni tak payah..simpan dalam lemari sudah;P *itupon kalau masih elok*



Aku start ada handbag masa zaman U lagi kooo..Masa tu guna duit PTPTN *orang bagi duit suh belajar p buat shopping, sekarang padan muka kena bayar balik berganda-ganda dari hak pinjam dulu* buat beli handbag, kalau tak silap aku beli jenama GUESS, kecil aje..boleh muat wallet yang nipis, lipstik sebatang ngan bedak compact Maybelline..Pastu masa kahwin, en suami belikan handbag Carlo Rino sebagai hantaran..Entah mana dah aku letak handbag tu, pun kecil juga tapi ada compartment untuk handset, wallet, & make up..tapi aku jarang pakai sebab sayang..hehehe..



Bila dah start kerja lagilah keinginan untuk membeli membuak-buak, kata ada gaji sendiri kan *tapi nan adonya aku boleh membeli sesuka hati* Karang tak fasal-fasal nak kena menjawab dengan en suami..Eventho duit aku tapi aku kan baik *wink* so segala duit-duit ni, kena kongsilah sama-sama..duit dia, duit aku, duit aku, duit akulah;P


Tapi adalah tiap tahun tu mesti bertukar handbag sebab handbag lama dah buruk kan *alasan* tapi sejak ada anak ni, revolusi handbag aku sudah berubah, dari guna handbag kecil-kecil bertukar pada handbag besar-besar;P



Aku rasa korang pun sama juga kan?? (ibu-ibulah kan) Bukan apa, bila dah jadik emak budak ni, handbag pun kena bertukar jadi macam poket Doreamon..semua benda nak sumbat masuk handbag kita kan?? pampers anak, botol susu anak, wet tissue, pacifier, mainan anak, biskut anak, lepas tu campur lagi barang-barang kita macam wallet yang sentiasa kempis, beg make up *walaupun jarang make up*, kunci kereta, rumah, handset, pastu tambah lagi barang laki kita, wallet dia, handset dia..Tu seb baik tak tambah glasses lagi, bla, bla, bla..Sampai senget rasanya bila galas handbag ni;P


Ok, apa aku nak cerita ya *selalu lost sendirik* , owh ok..so al kisahnya jadiklah aku ni seorang yang cerewet dalam memilih handbag..Kebanyakan handbag aku adalah jenis tote, bagi sesiapa yang tak tahu tote tu macamana, ada aku letak gambar-gambar contoh tote kat bawah ni. Pastu kalau tote pon, nak yang tapak (base) dia rata & keras, tak mau lembik-lembik fasal everytime aku nak mencari barang, naik tension menyelongkar kat dasar tu;P Seb baik aku seorang yang penyabar (yolah sangat), kalau bagi handbag tu kat en suami, mahu dah dia baling dalam tong sampah..hahaha

Macam gambar kat bawah ni;-


No.1 aku suka sebab long handle, senang nak kepit celah ketiak;P


No.2 agak kureng sebab short handle (pandangan mata akulah) pastu design biasa sangat (agaknya ni diaper's bag kot, hehehe)


No.3 yang ni pun ok juga tapi handle dia tu nampak macam nipis sangat, takut putus pula bila bawa barang berat-berat sangat;P


No.4 ni macam panjang sangat, tak suka

No. 5 pun sama tak suka

No.6 yang ni ala-ala kembung sket, suka handle berantai macam tu


contoh handbag jenis tote *apesal sumer kaler hijau aje ya*


Lagi satu aku suka handbag ni jenis berzip kat atas, bukannya butang ataupun terngangaterbuka kat bahagian atasnya. Bukan ape, anak-anak aku kan ramai so kalau seorang anak ada 2 tangan, 3 orang anak ada 6 tangan so bila banyak tangan tu, adalah yang gatal tangan nak seluk buka ambil handsetlah, main lipstiklah, memacam..And of course juga untuk keselamatan wallet kita kan, mahu kalau tengah bersesak-sesak, tetiba ada penyeluk saku *minta simpanglah kan* so baik cari yang jenis berzip, susah sket diorang nak buat jahat;P



Lagi satu, aku suka cari handbag kaler hitam..Konon-konon kalau kotor / anak kotorkan memang susah nak nampaklah kan..Tapi kalau tiap tahun beli handbag hitam bosan juga kan..So haritu pernahlah aku paksa en suami belikan terbeli kaler cerah & you know what, tak sampai seminggu dah comot T_______T *salahkan anak-anak* Pasni tobat dah tak nak beli kaler cerah, susah nak maintain tahap kecerahan handbag tu..Huhuhuu



ni sesuai buat pergi pantai;) aku prefer leather than fabric sebab leather ni senang nak sapu kalau kotor tapi of couselah harga mahal sket sebab tu aku tak banyak handbag leather huhuhu

Lagi satu kan, kalau boleh belilah handbag di kedai (atau butik) sebab kita boleh belek sendiri & rasa sendiri handbag tu sesuai ke tak dengan kita. Bukan aku tak nak bagi shopping online tapi kalau boleh tengok & cuba dulu handbag yang kita berkenan tu sebab kadang-kadang kalau tengok dalam gambar lain, rupa kat luar lain..hehehe..so kalau tak nak rasa kecewa, baik survey awal-awal then baru fikir nak beli online ke hape..



yang ni aku dah tengok real, memang cantik & harga pun boleh tahan juga;)


Oklah, sekian sahaja bebelan aku..Pasni nak buat entry jenis-jenis handbag pula;P


semua image adalah dari sini.

Jumaat, 6 November 2009

Coach Madison Leather Wristlet For Sale


41977 : Coach Madison Leather Wristlet
Black Colour
6.5" x 4", 12" strap
Price : RM290 all including handling & shipping (negotiable)
Interested?? email me at zailamohamad@yahoo.com

Isnin, 3 Ogos 2009

Cuci Mata^_^

Best jugak kalo xkeje ya..seharian Zaila dok ngadap notebook ni..rasenya kalo notebook pon bole berkata2, mesti dia dah sound suh shut down dia sat pasal dia pon nak berehat jugak..tapi apekan daye..ko hanyalah machine yang harus mengikot kata tuannya..

Aper Zaila melalut ni..hermm..back on track..actually Zaila dok habiskan masa surf carik handbag yang berkenan di hati..owh..jangan ingat Zaila nak beli ya..just cuci2 mata jer bang, sile baca : bithday mama dah dekat ni;p Alangkah bagusnyer kalo raya tahun ni dapat bergaya ngan handbag baru..mesti lagi bermakna raya Zaila tahun ini ya^_^ Takder baju raya pon xpe..asalkan dapat bag idaman hati..

Actually Zaila lebih suka kepada bag yang besar2 contohnya tote sebab senang nak sumbat segala perkakas mak nenek yang seorang ibu mithali harus ada;- wet tissue, pull up pants ntok 2 orang ok, make-up bag nak tenyeh muka yang huduh ni, wallet, handset & paling worst botol susu anak2;)
So just google from the internet & mostly from blogshop yang ada kat alam maya..nak p butik..belom tentu dapat kecuali kalo ade geng;p so uols..just layan k..doakan moga raya tahun ni **bling**bling** buat Zaila^_^










Rabu, 8 April 2009

Bersyukur pada-NYA

Akhirnya, dapat juga aku keluar dari zon kemalasan ni..hihihi..hampir seminggu aku mendiamkan diri..Thanks for all of you yang rajin bertanya khabar..xsangka ada juga hamba ALLAH yang sudi menjengah blog haku yang xseberapa ini..actually i just woke up from da worst nightmare in my life i guess..ya, a bit dissapointed with my performance in attempting to work in a government sector..agak down r sedikit tapi sekarang xlagi (baca dengan hati yang berbunga riang)..

i just accept da fact dat maybe i am fated to earn my life through different ways or maybe da time it's not right yet..therefore, i must keep on trying & trying & trying & trying sampailah dapat..kan kengkawan..never give up in ur life..setiap benda yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya..i just realize how lucky i am to have such a beautiful & gorgeous people around me who r so so supportive and always stand by me no matter how hard da challenge is!! and of courselah da person would be my soulmate to heaven MrHamdan & my cutest child who always drive me crazy and make me happy at da same time..they r da best gift in this whole world and i couldn't ask for me dah..Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat yang ALLAH berikan..

Alhamdulillah, my so called part time project also running very impressively..thanks to all of my buyers who gave me ur trust for me to satisfy ur needs..Insya ALLAH, more great things to come..and now i'm enjoying every moment of it..uh, one more thing, actually now i wanna reveal that actually i am an indipendent distributor for lifestyles Asia Pasific (M) Bhd...yap guys, da products dat i always mention as JUS PENAWAR HERBA tu..ya, da whole family r consuming it..and Alhamdulillah, Haziq is getting much2 better now..since he started to take it as his every day a must take supplementary juice, we noticed dat he never got that athma attack & selera makan dia pon dah bertambah..notice dat his face become more "bulat" dah nowadays..Hubby pon did mention dat after he's taking this product, resdung dat he have dah berkurang..i noticed dat dia dah xbersin dah pagi2..xsuka bila hubby bersin..bergegar satu rumah;p uh & one more, he now can drive without wearing his glasses anymore..ya, maybe his power not so high (around 100+) each but now proudly he will drive without using it!! have to remind uols dat this result only shown after we r using it continuously (herm, dah habis dalam 3 botol dah!!) so for uols yang xsabar mungkin resultnya lambat sedikit..hahahahah..i guess mane2 produk pon macam ni kan??mane ader produk yang makan harini esok dah nampak hasilnya kan??kalolah ada, please please tell me so dat i also can use it=)

But sometimes i kinna dissapointed & sad bile adalah segolongan manusia tu yang whenever they saw me "moody" or kinna sick, lantas mulut2 mereka will say such annoying phrase.."hai, tokey In*** pon sakit jugak ker??well hello..haruslah diingatkan yang produk ini hanyalah supplementary or also can be called as multivitamin jer, this is not a medicine..but somehow this product can act in 4 ways which are;
DETOXIFYING - Everyday the food that we eat, the water that we drink and even the air dat we breath r highly polluted. If these toxins are not effectively removed from our body this can lead to a deterioration in our state of health. The cleansing & detoxification features obtained from botanical blends can support our systems to achieve a greater state of health.
REPLENISHING - when our body lacks of certain nutrients, diseases strike. Using products that contain a wide variety of nutrients that support body function effectively replenishes those elements missing from our diet which in turn helps us to maintain a healthy lifestyle.
STRENTHENING - One of da reasons we fall sick is due to da weakening of our various body systems, especially da immune system. We wanna to use products that can effectively support & strengthen our body immune system as well as other body functions to keep us healthy.
BALANCING - Even a healthy person can benefit from this product, in da polluted environment today, all of us are somehow breathing in polluted air & taking water and food containing chemical substances. As such, detoxification & maintaining a balance of our body organs is therefore necessary.

see guys, aku sebolehnya malas nak cerita banyak..tapi tulah, i can't help it lah..so many useful info dat i wanna share with uols out there..ops, sambung crite tadi..yap, maybe sometimes i'll look really damn tired but pleaselah..don't make a stupid conclusion dat i must look healthy & fit at all da time..aku juga manusia biasa..it's normal if u r having such those bad moment in ur life..xkan nak suka all da time kan??kang da jugak yang kater aku ni sudah mereng tahap 3 suku sejak failed interview PTD ni..hihihi..nauzubillahiminzalik r from all those thing..Kalaulah semua yang amik any brand of supplementary food ni sentiasa sihat, apa gunanya ada klinik & doktor di muka bumi ini kan?? so don't misjudge my words..for me, supplementary food r also important in our life nowadays..yolah, imagine dat our life full of pressure, exposure to da poisining foods, unhealthy foods & lifestyles (i mean lack of exercise)..so bagus jugak ada makanan sampingan yang dapat bertindak membuang racun, menambah zat, memperkuat & menyeimbangkan zat2 dalam badan kita..barulah kita dapat melalui a healthy lifestyles indeed..With lifestyles, live better every day=)

Enough, enough bout it..i know some of u maybe will fall asleep while reading it..but it's ok..for those who are interested with this product, like i said before, janganlah malu untuk bertanya..me & family have already feel da benefit of it..belom cuba belom tahu kan..so what r u waiting for..order now/contact me now so dat we can discuss more from heart to heart;) those yang berminat ntok mulakan perniagaan pon bagus gak..i'm calling for uols out there yang ada otak bisness..i pretty sure dat u would love doing this as much as i am now..xlamer lagi dapatlah cek..huhuhu..still wondering what r da thing/s dat i can buy..hahahaha..macamlah dapat banyak sangat..tapi bersyukur pada apa yang ada kan=)

Actually guys, i am looking for crossbody bag for my next trip to Phuket..ye r kan..senang..just wondering ur thoughts bout having this;


or this;


atau backpack pon ok gak kan??

This one pon ok gaks;

hihihi..semua pon lawa..naik rabun mata aku ni..all these pics are taken from other blogs/website dat r selling these bags at a very "nice" price..huhuhuhu..how i wish i can buy one of them..or maybe others..but regardless of lack of wang emas..huhuhu..maybe i just save money to find some other better choices dat i can buy at a reasonable price..hihihi..sabar zaila sabar..banyak lagi benda yang nak kn settle rather than entertaining ur devil lust..huhuhuhu..saper kate akak xsuka handbag??sukeeeeee sangat2 tapi tulah...herm..naaa...just forget it..maybe xsampai seru lagi=)

I'll be flying to Phuket on this n of month but still i have'nt prepare anything info bout this place..hopefully semuanya selamat..kali ni terpaksa tinggalkan my two adorable prince & princess kat MIL..first time will be apart from them..can i manage it??i'm damn sure dat i'll be crying out loud at da first nite tu..ye ke??hubby kan ada=) **wink**wink** bila lagi nak berasmaradana kan..just da two of us..sila jangan termuntah ya;p

oh, rasanya stop kat sini dulu..rasa macam banyak benda nak bagitau lagi especially bout da "Gossip Gurl"..hahahhaha..jangan ingat dalam rancangan tv jer ada..actually in da real life pon ramai..huhuhu..don't wanna say anything bout it..just wait for my next entry..till then..nite..syukur pada-NYA kerana aku bisa bernafas lagi di saat ini..syukur pada-NYA kerana aku bisa menatap wajah2 kesayanganku yang sedang enak dibuai mimpi..to my hubby, Haziq & Ameera..mama love u with all of my heart & soul dear..mMMMMmuuuuahhhhHHHh..love ya!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^