Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label insurance. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insurance. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2012

Duit Poket


Assalamu'alaikum,

Firstly Alhamdulillah sebab en suami cakap cek "ihsan" dari Prudential sudah sampai..Cepat-cepat mama claim duit tu as "upah mama" jaga Ashraf masa warded di DEMC duu..hikhikhik..mama dia memang...kalo bab $$ cepat je ngaku ya:P

Tapi betullah pon..masa Ashraf sakit mata haritu, mama lah yang jadi penunggu setia Ashraf..bukan jaga sorang tapi 3 orang tau:P Hehehe Naseb baiklah zaman sakit mata sudah berlalu..Alhamdulillah di atas segala musibah yang melanda..Walaupon bermacam dugaan yang mendatang (kereta rosak, penat balik bercuti dari Melaka tak habis) aku bersyukur sebab sentiasa dikelilingi orang-orang yang positif & sentiasa memberikan kata semangat pada aku (you know who you are) & membuatkan aku tabah menghadapi karenah anak-anak:P

So en suami..ehem-ehem..bolehlah buat duit poket i berjimba di Sabah yaaaa..alaaaa...untuk isteri tercinta & anak-anak mu juaaa kan *kenyit mata*

Nota kaki : Ini untungnya mengambil insuran medikal untuk anak-anak..Segala kos perubatan akan ditanggung (tapi kena bayar juga dalam 10% dari kos keseluruhan) tapi duit tu akan dapat balik + dapat lagi daily hospital benefit:) Walaupon agak lambat dapat bayarannya tapi selalunya akan menjadi pemanis di setiap kesusahan:))

Selasa, 18 Oktober 2011

Korang Dah Buka Akaun SSPN Untuk Anak-Anak Korang?

Haritu aku ada tengok iklan kat TV yang mengatakan mulai tahun 2012, bagi anak-anak yang mahu meminjam duit dengan PTPTN diwajibkan ada akaun SSPN dengan minimum duit dalam tu adalah sebanyak RM20. Huh!! Kalau sorang RM20, 10 orang dah RM200, kalau sejuta?? sendiri mahu kiralah weh!! Lepas tu dinasihatkan pula buka akaun ni di Maybank..Entah apalah yang specialnya Maybank ni kan?? Hehehehe
Sumber kat sini

So beberapa minggu yang lepas *wah skemanya ayat* aku sempatlah ke Maybank buka akaun ni..Huhuhu..Memanglah ikutkan hati macam tak rela je kan tapi fikir-fikir balik..kot-kotlah zaman anak aku nanti memang WAJIB ada akaun SSPN untuk masuk U ke hape kan..Kita tak tahu kan..so buka ajelah..Lagipon kebetulan masa tu aku nak buka akaun Yippie Saving untuk Ashraf & simpan duit raya abang & kakak dia sekali..

Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun ni sudah tentulah surat beranak / MyKid anak-anak..Aku haritu terlupa nak bawa surat beranak Haziq & Husna tapi yang si Ashraf punya tu bawalah kan sebab nak buka akaun saving..Seb baik diorang terima Mykid sebab semua Mykid anak-anak, aku yang pegang *no wonderlah tebal je wallet aku, bukan tebal ngan $ tapi tebal ngan kad* so sempatlah buka juga *tarik napas lega* TAPI..bukan semua cawangan Maybank buat macam ni tau, haritu ada member aku sms aku cakap Maybank cawangan kat rumah dia nak guna surat beranak juga so terpaksalah dia balik sebab tak bawa surat beranak anak dia..Appadaaaaaa..Dah kalau member aku dah bawa MyKid, terima jelah kan..Lagipon seingat aku masa isi borang tu bukan dia minta pon no surat beranak, yang dia minta Mykid anak-anak..

Proses nak mohon senang je cuma kena tunggu giliran tuu..Ya ammpuuuuun..giler babas lama..Aku rasa adalah dalam sejam lebih aku kat Maybank tu..En suami pon ikut sama tapi dia ditugaskan masukkan duit anak-anak & tukar syiling..Dia pon siap lagi awal dari aku T___T"
Bila dah buat tu, nanti dalam masa seminggu akan dapat kad dari SSPN cuma aku sendiri pon kurang pasti akan kebaikan yang anak aku akan dapat dari SSPN ni..TAPI bagi ibubapa yang buka akaun SSPN ni boleh minta pengecualian cukai dari LHDN *hoyyeh*

jaminan kecemerlangan pendidikan?? herm..will wait & see

Herm, actually aku tak menaruh harapan yang tinggi sangat dekat SSPN ni..Kalau dah anak beranak PTPTN..perangai pun haruslah sama je kan?? Well, for those yang tahu, you know what i mean..Hehehe Apa-apa pon, aku tak naklah jadi "seperti kacang lupakan kulit" kan..so no comment on that:P

Tapi aku sangat-sangat percayakan this brand untuk simpanan pendidikan & medikal anak-anak aku;-)
Pru-BSN Takaful

Alhamdulillah semua anak-anak aku ambil simpanan pendidikan dengan Prudential. Kalau tak silap kad anak-anak aku sama macam kad dalam gambar (tengah)..Yang bagusnya pendidikan cover, medical pon cover..Seeloknya ambil dari anak kecil lagi..Untuk Haziq & Husna aku ambil yang RM100 seorang..Masa tu budget terhad kan..so kalau tak silap aku, by the time diorang cecah 18 tahun, jumlah yang diorang boleh keluarkan adalah lebih kurang RM18k, Haziq haritu masuk hospital swasta habis RM5k pon semua Prudential fully cover!!

Ashraf aku ambil tambahan sedikit sebab dia masih kecil, so kenalah dalam RM150 sebulan..Bila umur Ashraf cecah 18, dia boleh keluarkan dalam RM31k *of course ada T&C*
Apa-apa pun it is important to choose the right person untuk jadi ejen insuran anda..Pada penduduk sekitar Shah Alam, aku nak kenalkan korang dengan ejen aku yang bagi aku betul-betul bagus & komited dalam melindungi kami..You can contact him & nanti dia bagilah proposal berdasarkan budget korang..Tak semestinya mahal & lagipun benda ni kan bagus untuk masa depan mereka..so think about that;-)

This is my agent no. En Abdul Ghani (0192137660)
Oklah Haziq, ini pon dah menjawab kepada kenapa mama tak boleh belikan iPad kepada Haziq..

Sabtu, 18 Jun 2011

Pentingnya Insuran~Jom Join Prudential Family

Mengimbas kembali bulan 5 tahun lepas anak Zaila yang sulung tu kena serangan athma. Maklumlah masa tu kami baru berpindah masuk ke rumah kami sendiri & masa tu dia banyak terdedah dengan habuk-habuk yang ada masa kitorang tengah pindah barang. Sebelum ni pun dia dah kena batuk-batuk & lelah, masa tu Zaila hantar Haziq check up di SMC & kebetulan masa tu en suami ada di Turmenistan so pada mulanya memang Haziq kena tahan kat wad dah tapi memandangkan masa tu keadaan agak susah sedikit bagi Zaila, Zaila tak bawa Haziq ke SMC untuk mendapatkan rawatan. Bila en suami pulang, Haziq lelah lagi..Masa nilah kami bawa Haziq ke SMC untuk mendapatkan rawatan balik tapi malangnya wad penuh!!

Malam tu juga kami merayau ke hospital lain. Kebetulan juga masa tu kereta kami rosak & tak boleh pergi jauh so nak tak nak the nearest hospital adalah SALAM. Kami terjah juga walaupun hospital tu bukan panel hospital untuk Prudential. Memang Haziq kena tahan malam tu juga. Disebabkan hospital ni bukan panel Prudential, so kami kena bayar deposit dalam RM1k malam tu juga. Seb baiklah ada CC en suami *haa time nilah pentingnya ada CC* & malam tu juga kami berkampung kat SALAM. Sepanjang 4 hari 3 malam kat situ, Haziq diberikan rawatan yang sepatutnya~kena habiskan cycle antibiotik, pastu amik oksigen setiap 2 jam, ada rawatan sedut kahak setiap pagi. Memang penatlah bila anak sakit ni tapi takpelah, sekurang-kurangnya Haziq mendapat bantuan yang sepatutnya.

Ok dipendekkan cerita, sepanjang berada di SALAM tu kami dikenakan cas sebanyak RM5k. Untuk pengetahuan, kompeni kami bekerja ni takde cover pun untuk medical anak-anak. Semuanya sdn bhd sahaja. Tapi kami berani bawa Haziq ke hospital swasta disebabkan kami ada mengambil insuran untuk Haziq. Tak lain tak bukan Prudential-BSN yang jadi pilihan kami. Yang ni pakej dengan tabung pendidikan sekali & akan cover medical anak-anak sekiranya mereka dimasukkan ke dalam wad selama lebih dari 24 jam (rasanya lah). Kalaulah Haziq takde insuran ni, rasanya kami takde berani pon nak hantar dia ke sini untuk dapatkan rawatan. Baik ke hospital kerajaan sahaja..

Tapi yang bestnya, lepas je kami bayar semua bil perubatan Haziq tu, kami berjumpa dengan ejen insuran yang kenalkan kami dengan Prudential-BSN ni. Alhamdulillah, semua kos dia cover (bayar balik) termasuklah bil-bil sebulan sebelum & selepas Haziq dimasukkan ke wad. So maknanya masa Haziq dapatkan rawatan di SMC dulu pon dibayar juga & kami bersyukur sangat-sangat yang ejen insuran kami ni memang tak lepas tangan. Sentiasa keep in touch dengan kami & memberikan info tentang status claim kami.

What i want to tell here is the importance of insurance in our life. Tambah-tambah untuk anak-anak kita yang memang sentiasa terdedah dengan bahaya persekitaran semasa tempoh tumbesaran mereka. Kalau mereka sihat membesar macam juara Alhamdulillah, tapi cuba kalau diorang selalu jatuh sakit..Camno?? Sudah pasti kita juga akan terlibat sama kan? Zaila akui memang penat bila menjaga anak-anak sakit di hospital ni. Sudahlah terpaksa cuti secara mengejut, nak pula kena tinggalkan rumah & duduk bersama dengan anak yang sakit di hospital selama beberapa hari. Boleh naik gila tau duduk aje terperap dalam bilik tu!!

So ada baiknya kita lindungi diri kita & anak-anak dengan insuran. Kalau ada anak ramai sekalipun, ambillah minimum plan yang ada sebab andai itu sahaja yang kita mampu bayar bulan-bulan kan. Kalau boleh ambil sekali yang tabungan untuk pendidikan mereka. Bila umur diorang genap 18 tahun, dah boleh cash outkan duit untuk menampung perbelanjaan masuk U. Tak payah nak meminjam dengan PTPTIPU lagi;P

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah isikan nama & alamat email di sini untuk sama-sama mendaftar menjadi ahli Prudential. Sekarang ni ada pertandingan Prudential Family & Friend Tree-rific contest dimana hadiah sebanyak RM15k boleh menjadi milik korang. Caranya senang aje, ajaklah kawan-kawan atau anak beranak korang masuk under nama korang. Mudah kan?? Boleh klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!!

Contest end 30hb ni so cepat-cepat grow your own tree sekarang!!!

Khamis, 27 Mei 2010

Sambungan Cerita Yang Tergantung

* Anak-anak dah tidur, mari sambung merapu bercerita:)) *

Actually petang Khamis yang lepas, Zaila sempat menziarahi arwah adik kawan Zaila yang berada di Hospital Sungai Buloh (arwah merupakan mahasiswi di Universiti Selangor). Alhamdulillah, walaupun tidak pernah ke sana tapi Zaila tiba 15 minit sebelum waktu melawat tamat. Al-fatihah sekali lagi buat arwah..

Balik je dari Hospital, Zaila terus ambil anak-anak..Masa tu dah perasan yang nafas Haziq macam tercungap-cungap & Ameera juga batuk-batuk. So kami terus ke klinik & seperti yang dijangkakan, Haziq got his athma attack again. Last time he got when hubby is in Tukmenistan. Actually masa tu pon doktor dah arahkan Haziq admitted tapi masa tu susah sangat-sangat coz Zaila kesorangan & Ameera pula jenis tak boleh ngam dengan orang lain. So Zaila just berikan ubat & inhaler je..but this time, Zaila tak nak ambil risiko lagi so lepas je ambil nebulizer di klinik tersebut, kami ke hospital pula.

That night around 10 pm we reach KPJ Selangor (yang kat Seksyen 20 tu) but sadly semua wad penuh * they always like this tau, even masa Zaila g last month pon, wad penuh & Zaila kena tunggu berjam-jam sampai naik bosan & balik rumah * so bila dah penat & malas nak pergi jauh-jauh, we just head to the nearest hospital somewhere around there juga which is SALAM Specialist. Seb baiklah anak-anak Zaila semua ada insuran so dengan senang hatinya mama & papa diorang masukkan ke private hospital..hehehee..Kalau insuran tak cover, jangan haraplah!!

But unfortunately Salam wasn't one of the panel hospital listed by insurance company so we have to pay using our money first before we can claim back later..* melayang duit malam tu * ~laalaalaaa;(

Tapi takperlah..at least we can claim our money back cuma lambat sedikit aje..hehehee..For those yang belum daftarkan insuran kepada anak-anak, i'm highly recommended you to do so..Kompeni yang Zaila keje ni tak cover perubatan anak-anak * sedih bukan * so terpaksalah kami cari alternatif lain in case anak sakit kami boleh dapatkan perubatan secara percuma * well of courselah we have to pay some amount every month kan but bila anak dah besar diorang boleh keluarkan pula duit tu *

Owh sambung esok pula tentang macamana Haziq mendapat rawatan sepanjang berada di SALAM..by the way, kalau nak daftarkan insuran tu..pastikan ejen insuran yang kita ambil insuran dengannya betul-betul kita kenal & reachable..I want to introduce my agent which is from BSN-Prudential & yes i'm satisfied with his service* bukan sesetengah ejen insuran tu, bila kita perlukan dia..dia tak jawab call lah, dia suruh kita pergi sendiri & claim sendirilah..macam-macam alasan untuk dapatkan claim * tapi with Uncle Ghani, everything was in tip top condition & he even came to visit Haziq during our "holiday" in SALAM;)

by the way, this is his contact nombor;-

En. Ghani - 019.2137660 * just mention our name ~ Mr Hamdan & Zaila ~

Cepat-cepat contact En. Ghani untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut * free advertorial tau *

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^