Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 November 2010

Chef's Restaurant, Kuala Besut

Masa bercuti di kampung haritu, Zaila meroyan teringin nak makan ikan bakar. Maklumlah kalau duduk di Shah Alam ni, mana berpeluang makan ikan yang segar-segar kan. Paling segar yang pernah Zaila beli adalah ikan siakap beli di kedai Acheh (panggilan kedai runcit di sini) sahaja. So bila alang-alang dah pulang ke kampung ni, teringinlah juga nak makan ikan yang fresh dari laut kan. So ajaklah en suami jalan-jalan cari makan sekitar ceruk Kelantan;D

Misi malam pertama berlaku di sekitar Pantai Sri Tujuh di Tumpat. Namun, berlaku sedikit kegagalan di situ memandangkan banyak kedai makan yang tutup dek kerana tukang masak diorang kenyang makan daing korban sampai tak larat nak buka kedai gamaknya!! Jenuh merantau, dari Pantai ke Kuala, dan tetiba itulah juga hujan turun dengan selebat-lebatnya. Memang agak sedikit frust tapi disebabkan perut yang lapar, kami berhenti juga makan di salah sebuah kedai yang agak terkenal juga di area rumah en suami. So malam tu kami makan ikan siakap 3 rasa (seb baik ada juga ikan siakap) tapi rasa masakan tu..herrmmm, sedap lagi masakan Thai di kedai area Shah Alam ni, then en suami order sup seafood yang last-last jadik "kuah sup daging ko main campak udang dua tiga ekor sahaja". Overall makan kat situ, adalah sangat-sangat biasa sahaja & malam tu kami habis dalam RM67.00 *ok fine*

Keesokannya giliran bermalam di rumah Zaila pula & apa lagi Zaila pon terus ambil peluang ajak en suami JJCM ke Kuala Besut. Tapi memanglah kami ni jenis yang kurang berjalan & mencarik tempat-tempat makan yang sedap so agaklah sedikit blur di situ. So plan kami adalah pergi ke Kuala Besut & cari signboard / restoran yang ada tulis perkataan "Ikan Bakar" & lagi satu trademark adalah lampu lip lap yang dipasang bagi menarik minat pelanggan *eh macam kelab dangdutlah pula* Sampai je bandar Kuala Besut, terjumpa signboard sikit punya besar tertulis "Chef's Restaurant Ikan Bakar, Western & Masakan Panas" so hati adalah tertarik di situ. Lepas agak lama kami berjalan, batang kedai pon tak nampak.Memanglah kelakar sebab tadi ternampak signboard sikit punya besar then terus hilang tanpa panduan. Seb baiklah pencarian kami *sebab kami sabar* bertemu juga (tupon sebab nampak lampu lip lap tepi jalan, adik Zaila kata lampu treler, yang Zaila pula kata tempat car wash) Memacam persepsi dah jadiknya!!

So inilah restoran yang dicakapkan tu;-

sini ada percuma wifi tuuuu

Kami sampai kat situ lebih kurang pukul 7 so terus pergi pilih ikan sebab takut nanti bila dah gelap tak boleh nak tengok kesegaran ikan di sebalik ais-ais yang diletakkan tu;D So kami pilih ikan kerapu seekor & juga ikan merah sebab ianya nampak besar menggoda-__-
Hajat hati nak makan kerang bakar terpaksa dilupakan sebab kerang tak ada;(
inilah rupa ikan bakar tu
Tapi rasa ikan tu adalah sedikit kecewa juga memandangkan rasanya yang tawar macam ikan pelihara aje. Naseb baik ada kuah kicap yang boleh mneyelamatkan keadaan. Kalau tidak, haruslah Zaila bungkus bawa balik bagi kucing ayah makan aje;D Rasa ikan kerapu adalah sedikit sedap berbanding ikan merah so kalau nak makan ikan bakar sila pilih si kerapu ya!!!
sini kawasan tempat buat air minuman, kat belakang tu ada tempat bakar ikan
Haziq yang banyak main dari makan
Ameera yang banyak makan dari main
masa mula-mula kami sampai tak ramai orang tapi lepas je waktu Maghrib, berduyun-duyun manusia
kailan ikan masin pengubat sembelit
Terima kasih en suami kerana sanggup belanja si isteri mu yang suka makan ni. Malam tu kami bawa adik Zaila sekali & habis dalam RM77.00 pula. Bagi kami harga itu bukanlah satu masalah cuma agak kecewa dengan rasa masakan di sini. En suami terang-terangan bagitahu yang masakan Zaila sejuta kali jauh lagi sedap dari sini depan mak Zaila *kembang kempis lobang hidung mak tau*. Tak percaya?? Sila rujuk sini & sini (aduh, tengok gambar pon dah bisa merembeskan air liur)..So kesimpulannya, kadang-kadang setengah orang ni suka makan di luar sebab nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain yang "owh, aku pernah makan kat sini" takpon "owh, makan kat sini mahal, sebab itulah sedap" tapi hakikatnya, masakan ibu/masakan sendirik jauh lebih sedap dari makan di luar. Zaila bukan nak kata lepas ni dah tak nak JJCM lagi, kalau sesekali pulang ke kampung tu teringin juga belanja mak ayah makan sedap-sedap kan cuma macam tulah..Bak kata mak Zaila "aku dok sohor eh make kedai, baik make budu kat rumah";D

Rasa macam nak buat Portugese Grill lah pula!!

7 ulasan:

zarin berkata...

betul tu, masakan air tangan ibu dan isteri memang jauh lebih sedap :)
tapi once in a while boleh jugak lah mencuba makan kat kedai jugak tapi kena banyak bertanya tempat mana yang sedap nk makan sebab kalau tk tau tempat yg sedap, memang kita rasa rugi sangat makan kat situ kan!

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

betul,home cook lebih sedap,lebih terpelihara bersih,halalnya..tp kadang2 memang terasa nak makan luar..hr nih nak belanja mak makan luar..teringin mau pg BANGKOK STATION!!!!!!

an15 berkata...

Kitorang dh lama x pegi makan kat area tu,last time pegi dapat kedai yg lauk x sedap lepas berjanggut tunggu order. Baik beli perencah siap dlm tupperware and bakar ikan sendiri kat rumah :)

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, agaknya sebab kita dr kecil lg dok biasa masakan ibu so even ikan kerisi goreng biasa pon kita rasa rindu nak makan & bila makan xreti nak berhenti;D

Lynn, Bangkok station tu kat mana??blog lah sket..mesti best kan??
betul tu, kadang2 sesekali kita kn juga bawa mereka makan kat luar..hehehe

an15, agaknya kot..kedai makan kat Kelantan ni banyak yg servisnya teruk, tapi harap2 tak terkenalah dengan kita kan

Eliss berkata...

tapi kalo kena tempat sedap sedap jugak.nasib lah kan.hehehe.aku balik kg pun jarang makan kedai sebab nak makan masakan mak :)mok kita masok jugak laa hok paling lazat atas dunio :)

Sal berkata...

3jam tgu mkn tak dapat..tempat ni.baik bos ke kuli sama saja..minta maaf pun tamau..alasan ramai org..pg dzul ikan bakar. Orang ramai lg siap jam mkn sampai dlm sejam.mahal chef restaurant ..dzul ikan bakar the best murah n hj very gd handling customer

Tanpa Nama berkata...

Jgn pergi..boss berlagak 3 jam tgu tak dpt mkn..alasan org ramai..gi dzul ikan bakar better..hormat client..dnt go this chef honest speaking.im very hot this place

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^