Lepas dah habis zaman belajar & melangkah ke alam rumahtangga, Zaila diperkenalkan dengan fotopages, tapi masa tu takde account juga sebab maklumlah masa tu masih hidup susah lagi, mana nak dapat internet free 24 jam so just curi-curi tengok dekat cybercafe. Sampailah Zaila dah bekerja & ekonomi dah stabil baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Masa tu Nad selalu promote suruh baca blog dia & Zaila pon terpanggil untuk create account blogger sendiri sebab excited nak berceloteh juga
Lepas je zaman blog, Zaila dilanda dunia facebook pula. Memula tu memang agak kekok untuk menggunakannya tapi lama-lama dah ok. At first memang excited nak add semua orang je yang Zaila kenal & bila orang tu tak approvedkan kita, mulalah rasa kecik hati mahupon termenung sendiri apa salah kita kan?? Tapi itu masa awal-awal, lama-lama pula bila dah terbiasa sangat dengan fungsi facebook, nanti kita akan rasa yang hidup kita telah diceroboh. Haaa, masa tulah rasa macam diri ini dah tak bebas bersuara, apa yang kita cakap disalahertikan & macam-macam lagilah. So nak tak nak, Zaila terpaksa meremovekan beberapa orang yang ada dalam list atas sebab-sebab tertentu. So sekarang ni Zaila agak choosy bila ingin mengapprovekan friend's list tu. Sorry sangat-sangat ya tapi kalau orang yang Zaila kenal, of courselah tak kisah kan;-)
Lepas tu semua dilanda demam Twitter pula. Zaila dah lama ada akaun Twitter ni *sila search Zailabinimdae* tapi pon tak reti nak guna aplikasi yang ni. Lagipon tak ramai kawan-kawan yang ada akaun Twitter so tak syok sangat nak layan Tweet-tweet orang yang kita tak kenal (mostly artis yang suka bertweeter ni) so akaun Twitter ni dibiarkan begitu sahaja. Seb baik ingat password lagi, kalo tak...
jom pakat follow Zaila;-) let's tweet together;-)
Dan lately ni, kecoh pula tentang akaun Churp-churp, so Zaila pon gatal tangan nak join sekali;D
Churp-churp ni boleh dikatakan sebagai adik kepada Nuffnang juga. Fungsi pon lebih kurang sama dengan Nuffnang iaitu kita akan dibayar bagi setiap iklan yang kita buat. Cuma bezanya Churp-churp ni menggunakan social network seperti facebook & Twitter sebagai medium untuk menyebarkan iklan. Kalau Nuffnang kita dibayar berdasarkan CPC (click per ratio) tetapi di Churp-churp ni kita akan dibayar berdasarkan patah perkataan yang kita tulis untuk buat iklan ni. Setakat ni Zaila masih belum mendapat sebarang assignment dari Churp-Churp so tak boleh nak komen banyak-banyak. Pada yang berminat, bolehlah mendaftar sebagai Churpers sekarang;-)
Hai, lepas ni apalah pula kan??
4 ulasan:
lady jugak yang ketinggalan jaman hehe twitter takde, fesbuk takde, blog je yg ada hehe
not bad juga ngan churp2 ni
mak pun tak pandai guna twitter neh.. heheh..ade jek akaun, tapi punyelaa buta IT, tak reti2..kekek..churp2..tak penah dgr <--nmpk tak mak mmg hampeh bab bersosial neh..kekeke
Lady, cepatlah register..kita bertwitter bersama2;-)
Sharinginfoz, Zaila masih xdapat apa2 ad lagi;(
Maya, jomlah bertwitter bersama2;-)
Catat Ulasan