Pagi Sabtu bangun pagi mandi & keluar breakfast..Lepastu hantar Ashraf ke taska & aku terus ke office bersama Haziq & Husna..Maklumler, ada banyak kerja nak kena settle so kenalah masuk sekejap. Then en suami bagitahu yang kakaknya yang duduk di Karak nak datang ke rumah. Ingatkan sempatler duduk lama sket di office, rupanya tak..So terus balik ke rumah & tengok rombongan Kak Ani sudah tersengih-sengih menunggu depan rumah;)
Haziq & Husna main dengan anak kawan aku merangkap kawan di taska merangkap kawan di GA juga
Kebetulan bila kakak ipar aku datang tu dah masuk lunch hour so faham-fahamlah..takkan tak nak masak kot kan..hehehe Tapi seb baik en suami cakap tak payah masaklah sebab dia tahu bini dia masak lambat boleh makan so dia terus order Domino's Pizza online..Setengah jam je dah sampai depan rumah;)
anak bujang Kak Ni; Iman & Adam;)
Husna & Haziq of courselah orang yang paling happy kan..habis bersepah rumah dikerjakan diorang ni
Husna & Haziq of courselah orang yang paling happy kan..habis bersepah rumah dikerjakan diorang ni
Kak Ni tengah baca blog akumelayari internet, en suami kena paksamengasuh Ashraf bam bam
Aku suka order Domino's Pizza ni sebab ada banyak kupon percuma, ni aku order satu je pizza tapi sebab order 1 free 1 & haritu pula diorang lambat hantar so dapatlah free 1 lagi..aku tambah chicken lasagna 1, semuanya total dalam RM36+ sahaja;)
Lepas makan, duduk borak-borak sampailah petang..then ajak Kak Ni makan kat kedai siam area rumah aku ni. Kami order ikan kembung 3 rasa 3 ekor, sup ekor 2 mangkuk, sayur kailan 2 orang makan, ayam masak halia sepinggan, anak-anak lak makan nasi goreng cina dengan telur dadar, untuk 4 orang dewasa makan & 6 orang kanak-kanak makan, semuanya habis dalam RM75..Bagi aku murah dah tu sebab banyak juga nasi & lauk yang diberi *sorry takde gambar, nanti aku kongsi lokasi kedai kat mana*
Balik tu, aku tertidur awal dek kekenyangan tapi anak-anak dok terus melompat ke sana kemari. Diorang siap tengok bola & cerita Misteri Anjasmoro lagi!! Geram juga sebab terlepas tengok..Huhuhu
Esoknya, kami bersarapan *pun beli lagi* then terus zass ke Jusco Bukit Tinggi..Iyerlah kan, kakak ipar aku ni jarang sangat shopping so bila sekali dah sampai sini terus kami bawa shopping. Sempatlah Kak Ni merembat handbag baru, blender baru, seb baik kasut takde saiz..kalau tak..semua baru;P
Lepas tu kami pun balik asing-asing..Kak Ni terus ke Karak & aku ke rumah..Balik duduk sekejap, terus keluar ke rumah member aku sempena pertemuan geng KTT di rumah baru kawan aku di Putra Perdana. Seronok reunion balik dengan kawan-kawan ni..Anak-anaklah yang paling suka, dapat bertemu & bermain sama-sama. Kebetulan anak kami semuanya sebaya so boleh nampak perbezaan perwatakan masing-masing..Hahaha..Lepas tu dok kutuk-kutuk lagi, anak saperlah ni;P
Sorry takde gambar juga sebab handset aku dah habis bateri..Balik tu terus tidur awal sebab esok dah nak keje;(
Sekian laporan aktiviti hujung minggu kami..Walaupun tak berpeluang ke Putrajaya sempena majlis anjuran Genius Aulad & tak berkesempatan ke rumah blogger Ernie sempena birthday party Aariz, aku bersyukur sebab masih lagi diberikan kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang:) Insya Allah, lain kali boleh jumpa lagi
1 ulasan:
eh Ahad pagi tuh pon saya gi Aeon Bukit Tinggi jugak sebab nak tgk Transformer pkl 11 pagi :D
Catat Ulasan