Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 Disember 2011

Bila En Suami Outstation

En suami kan, kalau sekali dia outstation, lepas tu akan berturut-turutlah maaaaaaaaaaanjang je keluar..Isy, bukan nak komplen tapi nak bagitahu...Memula keluar ke Uzbekistan, balik sekejap terus ke Labuan..Balik Labuan sekejap terus ke Kota Kinabalu..Ni ke Laut China Selatan pula..Aku tak tahulah ke rig mana tapi dalam banyak-banyak tempat, hak nilah yang aku risau sekali sebab tak boleh nak keep in touch with him..Call takleh, sms takleh, facebook takleh, email takleh, apa-apa pon takleh;( Well, besarnya pengorbanan en suami..Demi mencari rezeki yang halal..

Actually en suami pergi sekejap je, TAPI kalau cuaca tak mengizinkan boleh stranded lama juga kat situ..Owh tanak fikir..let just pray yang en suami selamat pulang harini ~ Insya Allah..


pic : googled

Bila en suami outstation, of courselah aku yang kena buat semua sendiri..Rasa macam dah biasa dah..buat rutin yang sama; balik keje loading anak-anak then basuh depan rumah sebab tak tahan bau hamis kencing kucing, lepas tu sidai baju & start masak untuk anak-anak..Sambil masak sambil tengok Tentang Dhia kat TV3 tu..Selalunya aku masak ringkas-ringkas je macam malam tadi goreng makaroni untuk Haziq & Husna..Ashraf lak makan bubur nasi..Memang tiap-tiap malam kena buat sebab esoknya aku bekalkan ke nurseri..Maklumlah selera Ashraf tengah naik sekarang ni so kenalah rajin masak bagi dia makan:)

Asal papa diorang outstation je konpem anak-anak akan tidur dengan aku..Bayangkan satu katil Queen Size tu pakat tido 4 orang..Hehehehe..Pastu berebut tak nak tidur tepi sebab masing-masing penakut..hahaha *sama macam mama diorang* Owh malam pertama haritu badan Ashraf macam panas tapi Alhamdulillah mala tadi dah ok..rindu kat papa agaknya tu:P Ashraf pun dah tak bangun nangis pepagi buta dah..Sejak sedut gas haritu, Alhamdulillah dah makin lena dah dia tidur malam-malam;)

Herm, tu jelah nak cakap..takde mood ni..miss him soooo much;( Kalau ada depan mata asyik nak lawan cakap jek, bila berjauhan baru tahu betapa BERHARGANYA en suami -____-"

 Apa-apa pon, moga en suami selamat pulang ke pangkuan kami..

5 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

Alahai kesiannya papa diorang outstation..comel la korang ketakutan tido sekatil tu..hehe..nnt diorang dah besar ko mesti rindu moment2 camni..

Zaila Mohamad berkata...

DaZzlingLilLy,

nanti diorang besar aku ceritalah apa yang berlaku kat diorang ni..kelakar tol kalau tengok muka sorang2..punyalah tak nak tidur tepi katil..kalo aku dulu, kakak aku selalu takutkan aku siapa tidur tengah (apit kiri kanan) hantu amik, berebutlah nak tidur tepi:P

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

aiyooo..baru perasan lame nye tk dtg blog zaila ni sbb baru nmpak wjah baru blog ni..huhu..slalu baca thru google reader jek pastu balik umah dh lupe nk pi melawat balik..nway, cerianye blog zaila skang nih..=D

nway, nmpak gaya kena beli katil king size tuh..bagi muat satu keluarga tido atas satu katil..ehehehehe

Ami berkata...

sib baik hubby kak ila gi meta2 jah.risau deh kalu tok leh contact2 nie.tau2 la kito wife nie sele sejam kalu bulih nok call hubby,hubby nok wak kijo pon tension hahaha itu ami lah.anyway,turn on mode supermak laluu kak hehe

Zaila Mohamad berkata...

Lily,

Thanks..beli katil baru??huhuhuhu..tunggu budget 2012 lah nanti..tengok cemana..hukhukhuk

Ami,

Tulah..Alhamdulillah mareng cuaca laut ok so sempatlah balik tapi sampai kat rumah pon dah lewat malam..Kak ila loni buke turn mode supermak, aku rasa jadi supersinga terus dah..hahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^