Hari ni aku bersiaran dari rumah..Aku memang ambil cuti, saje nak rehat-rehat kat rumah *amboi!* hikhikhik Sambil-sambil tu tolong packingkan baju-baju en suami yang akan outstation esok. Leeeeeegaaa sangat-sangat bila dapat tahu yang flight en suami telah ditukar. Kalau ikutkan Isnin (13/03) baru balik tapi Alhamdulillah bos besar bagi tukar balik this Friday! Owh sukanya!! Bukan apa, risau aku bila en suami duduk lama-lama di negara orang, kalau dekat-dekat bolehlah ikut..ni ke Tashkent Uzbekistan (lagi), sudahler cuaca sejuk!! makan susah..Alhamdulillah..Alhamdulillah!! Tak terkata happy bila en suami call bagitahu berita gumbira tadi:)
Ok enough bout that, ni nak cerita aktiviti aku buat semalam (Ahad), kami sekeluarga ke Bagan Lalang bersama-sama dengan adik beradik en suami yang lain..Sama-sama pakat bentang tikar berkelah tepi pantai..suka-suki riang gembira bersama-sama..Of courselah anak-anak aku yang paling suka!! Moh layan gambar yang tak berapa nak banyak, bencik sebab aku memang tak suka ambil gambar then bila tenung folder nak cari gambar terbaik untuk diupload takdek..chessss!! Ehem ehem ke nak kena ada kamera DSLR dulu baru nak rajin ambik gambar:P
gambar adalah tak ikut susunan yaaaaaa adik kakak..Kami bertolak dari rumah agak lambat tapi pukul 10 pagi dah sampai sana dah. Abang ipar & adik-adik ipar aku semuanya dah sampai, siapkan khemah, bahan bakar untuk bakar ayam, ikan & sosej..Nampak je pantai, anak-anak dah excited nak mandi tapi rupanya masing-masing penakot!! Terbakar belakang aku bila berjemur bawah panas terik matahari tu..hewhewhew..
Gambar kat atas tu menceritakan bahawa HUsna ajak bapak dia main layang-layang kot:D
Tengoklah anak-anak aku..memang seronok bila dapat berjumpa dengan sepupu sepapat diorang..Haziq tu selalu salah sebut nama sepupu dia, kalau nama Fawaz dia panggil Kawaz, kalau Ifah dia panggil Fifah..suka-suka hati dia..tetiba teringat perangai aku yang suka panggil orang ikut suka juga:P
Ashraf pula, pantang leka sket mulalah mamat tu main rumput..Nasib baik tak makan pasir T____T
sekarang ni masih belum tumbuh gigi & sibuk nak bertatih..habis semua orang dia nak buat tempat pegang dia..menyesal juga tak belikan walker tapi sekarang ni dah terlambat dah kalau nak beli pon..Pasni kalau dapat "kaki" konpem tak berhenti berjalan:P
owh geramnya mama tengok kamu!!
dari kejauhan boleh nampak Golden Palm Tree Resort..pandang dari kejauhan jelah oi!
ini abang en suami yang kedua bersama isteri & anak no.3 Fawaz kegemaran Haziq..Kalau Fawaz ada, konpem Haziq tak kering gusi gelakkan abang Fawaz..Entah apalah yang kelakar sangat tu
ramai tak?? ni baru sebahagian dari adik beradik en suami, belum semua ada tau...Kalaulah semua ada..mesti lagi meriah!!
Haziq tengah main layang-layang..yang kelakarnya Haziq ni kurus sangat sampaikan seluar nak terlondeh..satu tangan pegang tali layang-layang satu lagi pegang seluar sebab takut terlondeh:P
Kalau Haziq tengok gambar ni bila dia besar nanti konpem tersipu-sipu malu ni:P
ayam bakar..nyam nyam nyam..semua pon sedap kalau semua buat sendiri..next time bbq kat rumah aku pula=)
ni adik en suami, dok mencuba nasib nak jadi nelayan..panas terik pon nak memancing..hehehehe bukan mengena pong!!
pagi sebelum air laut naik, aku sempat layan Haziq & Husna main air, sambil-sambil cari kulit siput..gambar kat atas ni dah tengahari..panas dowh, aku siap pakai payung lagi..ada sorang Chinese & anak pompian dia selamber je berjemur tengah panas..seb baik diorang dah already kulit cerah, kalau aku ni..*takleh bayang*
tengok Aishah (anak adik ipar aku) sibuk nak main air..habis basah seluar..hehehe budak-budak memang suka main air ni tapi cuaca panas sangat..kalau datang petang mungkin boleh layan diorang main air (kot)
Pendek kata memang best luangkan masa bersama-sama dengan keluarga..Bukan selalu boleh jumpa kan..Next destination adalah berkelah di Sungai Congkak pula:)
Oklah, itu sahaja aktiviti kami..korang ke mana weekend yang lepas?
5 ulasan:
bestnyer berpiknikkk!!!!
wahhh siap pasang khemah..seronok kan bile gather2 ngan family..meriah!
meriahnya
syok kumpul2 semua kan
seronoknyer.. mmg syok berkelah n spend ms dgn adik beradik... ila jarang2....
Yati,
best..tapi cuaca sangatlah panassss
mummy danisha,
anak-anaklah yang paling happy bila dapat jumpa sepupu sepapat:)
kak kasihredha,
memang meriah:)
Iela,
awat hang jarang2 Ilah weh?
Catat Ulasan