Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 8 Mac 2012

Kalau Isteri Seorang Blogger

Assalamu'alaikum,

Untung bila isteri seorang blogger ni:) Of course kita tengok on the bright side lah kan..Haritu terbaca blog Yati bila husbennya minta advertisekan iklan jawatankosong kat blog Yati..Berguna juga penat-lelah isteri membanting tulang mengupdate blog selalu kan:P

Kes aku pula bila kami selalu terkena / tertipu dengan produk-produk yang kami beli. Takderlah rugi jutaan ringgit tapi sekurang-kurangnya ada tempat untuk meluahkan isi ketidakpuasan hati ni..Mana tahu kot-kot owner kedai / barang tu terbaca blog aku ni & then upgrade sket service dia ke apa..

Tapi komen-komen juga..biarlah yang berasa..Kang tak pepasai kena saman kang..

Oklah..ni nak kongsi cerita haritu (bulan lepas dah pon), aku ada beli kek gulung di Giant Kemuning Utama..Hajat di hati nak buat puding triffle..so pilih punya pilih, belilah hak murah sekali..Selalunya aku suka jenama Fuji Bakery tapi gatai nak murah kan..so belilah perisa kopi..Masa tu kek tu berbalut & diletakkan pula dalam bekas plastik lutsinar so aku memang tak nampak rupa kek gulung yang cantik menawan tu..

Balik rumah aku pon mulalah operasi mengpuding triffle aku..Bila potong je kek gulung tu..sangatlah kecewa..nak tahu kenapa?? Sebelum tu meh kita berkenalan dulu dengan Coffee Swiss Roll ni;-



ini rupa luaran yang sungguh comel, kek tu di letak di dalam plastik ni & berbungkus lagi dengan plastic wrapper tu so memang aku tak nampak sangat rupa sebenarnya



Kek Swiss Roll ni keluaran Mak'cik..haisy..sungguhlah mak'cik ni...sungguh menggeramkan hatiku..



hah! tengoklah krim yang digunakan dalam kek gulung ni?? bukan ke patutnya krim nipis & bila digulung akan berlingkar *macam kek gulung biasa* Bayangkan keknya lapisan luar then di tengahnya ada krim yang tebal & keras..Tipah tertipu!!

Terus en suamiku cakap "Yang, nanti cerita kat blog..ini bukan kek gulung ni..ini krim gulung" *ok, aku tambah cerita* Yang pasti en suami suruh aku kongsikan di blog supaya korang-korang yang membaca entri ini tidak tertipu dengan luarannya yang sungguh menawan ittew..Eh! kalau ada manusia yang suka makan krim sahaja bolehlah beli kek ini:)

Oklah..lupakan kisah kek gulung ittew..yang pasti..percubaan membuat puding triffle berjaya! yeay!

gambar kat atas ni aku buat tak pakai kek gulung jenama Mak'cik dah..aku beli jenama yang aku biasa beli tu..letak fresh strawberry lagi..anak-anak suka, bapak anak suka, mak anak pon suka:)

5 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

dapnye puding triffle..yummyy yummyy...

molek jugop share kat blog, at least ore lain x tertipu mace zaila keno

Mag berkata...

pentipuuuuu

Prettywrite berkata...

perh bukan main packaging dia kan..rupa2nya tak seindah rupa..ada ke kek gulung camtu..hehe..takper pengalaman..sedapnya kak wat puding..ada buah2 lagi..yana wat msti jd lembik..hoho

mummY daniSha berkata...

ishhhh tipah betul2 tertipu ni hehehe

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

itulah kan..pasni jangan beli jenama Mak'cik tu..hahahaha

mrs spicy,

itulah..pentipuuuuuu

prettywrite,

lembik tu sebab terlebih air (kot)

mummy danisha,

memang..tipah tertipu bang!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^