Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 19 April 2012

Tips Asingkan Tempat Tidur Anak

gambar ihsan google

Assalamu'alaikum,

Sedar tak sedar, tahun depan anak bujang aku dah nak masuk sekolah. Dah masuk 7 tahun dahpon..Cepatnya masa berlalu..Masih teringat lagi saat nak melahirkan dia & saat berjaga di hospital sebab kes kena jaundice:)

Kalau dah masuk 7 tahun tu..sebagai ibubapa aku dah kena asingkan tempat tidur Haziq dah tu..sebagaimana hadis di bawah;

Hadis Rasulullah saw yang menyuruh dipisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan ialah sepertimana di bawah :

مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”
(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)

Tapi dalam huraian hadis yang aku baca dari sini berbunyi begini;-

Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun.

Ini kerana , pada masa itu kebanyakkan daripada anak perempuan telah pun mencapai usia baligh.Apabila ini berlaku , dibimbangi perbuatan atau perkara-perkara keji yang diilhamkan oleh syaitan akan berlaku antara mereka.

Kanak-kanak diperingkat ini juga mula beralih kepada alam remaja yang mana pada masa tersebut terlalu banyak perkara-perkara baru yang ingin mereka cuba lakukan dan alaminya sendiri.

Apa pun , antara hikmat terbesar suruhan Rasulullah saw itu ialah , untuk menghindari daripada mereka terjebak dalam melakukan perkara-perkara mungkar yang dilarang dalam Islam seperti sumbang mahram dan sebagainya.
Pemisahan tempat tidur itu juga mestilah dilakukan pada katil dan juga bilik.Ini kerana , tidak ada gunanya memisahkan katil / tempat tidur tetapi masih dalam bilik yang sama.Perbuatan mungkar tetap akan berlaku , lebih-lebih lagi jika dalam bilik tersebut hanya terdapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan….wal ‘Iyazubillah

Sumber dari sini

Dalam Islam sebenarnya disuruh untuk mengasingkan tidur anak kerana bimbangkan anak-anak akan ternampak "aktiviti orang dewasa" & bimbang boleh menjejaskan pemikiran anak-anak nanti. Aku nak share petikan dari www.iluvislam.com tentang pendidikan seks dalam Islam;-

|| anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar rumah. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya.

Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya:

"Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin."
(Surah al-Nur: 59)

Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks dan sebagainya.

Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah SWT dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman maksudnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah al-Nur: 31)

Anak juga hendaklah diajar jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak berdua-duaan dengan yang bukan mahram.

Bergaul bebas antara mukadimah zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan untuk menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.

Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaik-baiknya untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.
Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka membawa haluan hidup masing-masing maka ibu bapa perlu menerangkan etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam.

Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.||

Aku rasa boleh dah kalau nak train pelan-pelan Haziq supaya berdikari tidur seorang diri dalam bilik sebelah..Sekarang ni Haziq masih tidur sekali dengan kami tapi dia & Husna tidur katil lain..Ashraf pula berkongsi katil dengan kami..Mula-mula tu tidur dalam babycot tapi sekejap je lena konpem akan menangis nak tidur dengan kami balik T__T'

Risau juga aku memandangkan Haziq ni masih tak boleh tidur sendiri..sedangkan sekarang pon selalu berkepit ngan aku..Paling tension bila sedar-sedar je ada celah kangkang aku lah, mana-manalah dia menyelit tidur. Sama juga dengan Husna..kalau terjaga konpom nak tidur atas katil kami..sampai naik sakit badan ni haaa sebab tidur macam patung tak bergerak-gerak T___T"

So aku rasa sudah tiba masanya kena slow talk dengan Haziq..Herm, kalaulah Ashraf dah besar, bolehlah suruh Haziq tidur dengan Ashraf sebilik..Kalau nak suruh Haziq tidur sebilik dengan HUsna pon macam tak elok..sebolehnya kena asing bilik anak lelaki & perempuan..Nampak gaya kena beranak sorang lagi anak perempuan buat teman Husna nanti ni..Eh!:P

Aku nak kongsikan beberapa tips yang aku ambil dari blog Yanmieonline.com

1. Apa yang perlu, sediakan persekitaran yang bersih dan menarik untuk anak-anak, supaya mereka lebih seronok untuk berada didalam bilik tersebut .~dulu kan pernah buat konon-konon bilik aktiviti anak-anak..sudahnya aku malas nak teman diorang setiapkali diorang nak main kat situ..huhuhu

2. Hias bilik tersebut, biar nampak ceria ~bab-bab hias ni aku suka..nantilah nak survey tema apa Haziq nak:P

3. Sediakan beberapa bekas mainan di dalam bilik, dan pastikan mainan tersebut bukanlah mainan yang boleh membahayakan si anak contohnya lego, puzzle dan lain-lain yang seantara dengannya. ~bab mainan toksah ceritalah..berkotak-kotak dah macam sampah dah, diusung ke hulu ke hilir..

4. Lakukan aktiviti bersama di dalam bilik tersebut, contohnya mewarna atau melukis, agar mereka lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri untuk berada dalam bilik tersebut. ~yang ni kalau aku ada orang gaji bolehlah nak luangkan masa bersama..kalau takde macam susah sket sebab balik je kerja semua benda nak kena buat sampai rasa macam tak cukup tangan T___T

5. Ajar mereka tidur dalam bilik tersebut dan katakan jangan takut, ibu ada kat bilik sebelah, kalau ada apa-apa panggil aje, ibu datang! ~ni kena buat..pastu aku rasa kena beli baby's monitor yang macam ala-ala walkie talkie tu..Haziq ni ada lelah so selalu terjaga malam batuk-batuk so risau juga kalau time dia sakit kitorang tak sedar kan..isy minta jauhkanlah!

6. Kalau takde masalah dengan hal diatas so boleh senyum lebar lepas nie..ehehe ~huhuhu..macam akan bermasalah je T___T"

Antara masalah yang aku musykilkan adalah:-

1) Haziq ni memang kamcing dengan Husna..mana-mana nak bersama..tapi macam anjing dengan kucing..kalau nak tidur pon mesti bergaduh dulu sebab nak berebut tidur sebelah yang ada air-cond..Tapi rasanya untuk permulaan ni aku nak bagi diorang tidur dalam yang bilik yang sama dulu..Biar diorang biasakan diri tidur dalam bilik sendiri..Bila Husna dah besar sedikit, barulah slow talk dengan dia suruh tidur dalam bilik dia sendiri pula:)

2) Haziq ni selalu batuk-batuk tengah malam so agak risau juga di situ..Tapi macam aku cakap tadi..kena beli baby's monitor pastu bolehlah dengar apa yang diorang buat dalam bilik kan..kalau nak best lagi pasang CCTV dalam rumah:)

mana nak cari alat macam ni ya??

Memanglah bila difikirkan macam rasa tak harap je nak suruh diorang tidur asing-asing tapi inilah hakikat yang harus diterima oleh ibubapa..Lama-lama, anak yang kita rasakan masih baby (pada mata kita) tu akan berginjak dewasa dah..Kalau tidak dimulakan dari awal, takut lambat-lambat akan menimbulkan masalah pula di kemudian hari..
Macam aku dulu masa kecil-kecil tidur dengan mak..dah besar panjang pon masih tidur dengan mak..hehehe cuma bila besar tu kebanyakan masa aku sekolah di luar (start dari Form 4 sampai masuk U) so kalau balik cuti jarang-jarang tu konpem akan tidur dengan mak:)
Bila dah ada anak sendiri ni, baru rasa susahnya nak jaga anak..Dari kecil lagi kita kena asuh & bagi didikan yang sebetulnya sebab nanti bila besar, anak-anak kita akan mendengar kata *Insya Allah*
So pada sesiapa yang ada tips untuk dikongsi untuk mengasingkan tempat tidur anak..silalah share ya..thanks! Nanti aku updatekan progress Haziq samaada berjaya atau tidak..hehehe

4 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

klu itu keno hias nilik ikut taste haziq la, klu nk lebih adil, husna pun keno td kat blk sendiri jugop la..oyat ko haziq, husn apun tdo bilik lain doh...tokke haziq xleh/..aa gitulah kot hehe

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

hok takutnya HUsna tokser tidur bilik sediri..husna lagi penakut compare ngan haziq..huhuhu
nya nurun sapo ni jadi penakut..huhu

mummY daniSha berkata...

anak buah sy tido sendiri tp kene tidokan dulu..tp die akan terjaga malam n carik mama die..padehal adik dia tido sekali..dah jadik broken sleep pulak...kdg2 kesian jugak...tp nak buat mcm mana dah besar kan..die memg penakut sket...skang ni tiap2 hari terjaga malam sebab takut...

AYU berkata...

tq atas ilmu dan perkongsian

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^