Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 9 Mei 2012

Review Strawberry Garden Hotel Kundasang

Assalamu'alaikum,

As a blogger, aku rasa aku nak kongsikan juga review aku tentang hotel yang kami tinggal sepanjang percutian kami..Malam pertama kami tidur di rumah Kak Na so tak payah review sebab of courselah layanan 5 star punya..Asyik makan-makan sahaja..Maklumlah Kak Na memang suka makan melayan kami anak- beranak..Thanks ya Kak Na..love you..muah muah muah

Di Kundasang, kami tinggal di Strawberry Garden Hotel..Aku booking sebulan awal lagi (hover kan) sebab tak nak end up tidur tepi jalan..HAHAHA Aku memang macam ni..Tapi bagus juga sebab rata-rata bilik di hotel-hotel Kundasang ni asyik fully booked. Even hotel yang aku tinggal tu pon malam tu fully booked!

Like i said in this entry dulu, aku pilih Strawberry Garden Hotel ni sebab kat sini ada peralatan memasak. Dulu fikir konon-konon senang nak masakkan bubur Ashraf tapi betul cakap Kak Na, kalau dah namanya berjalan, takde masa nak siapkan home made bubur kat Ashraf..Owh, orang lain aku tak tahulah (alasan je tu kan..kata orang tua Nak 1000 daya malas 1000 alasan) tapi sepanjang bercuti di Sabah, even Ashraf sendiri pon tak nak makan..Dengan badan dinaiki ruam, mulut berair je (aku suspek bengkak gusi) & rindukan papa dia..Seriously balik bercuti berat badan Ashraf susut..Tapi sekarang Alhamdulillah, selera makan dia dah kembali normal..

Oklah..ini review aku untuk chalet di sini.

- Pada yang travel secara berkumpulan, memanglah berbaloi sebabnya ruang yang luas & boleh pakat duduk ramai-ramai..Chalet ni harganya RM300/night (weekend non peak season) & boleh muat dalam 6~8 orang dewasa..Memang luas; ada 2 tingkat (tingkat bawah ada sofa, peti ais & katil double dacker & tingkat atas ada 1 King size & 2 single bed), pastu memang ada additional tilam lagi disediakan juga. Toilet ada 2, basic je tapi memang ada hot shower (1 toilet tu macam rosak je sekejap ok sekejap tak ok) & ada TV, meja lipat, kerusi & dapur gas (ada periuk, kuali & cerek tapi semua kami tak guna sebab kes cuak punya pasal)

- Cuaca kat sini memang sejuk, bahagian bawah lantai jubin so memang kami tak jejaklah bawah..Masing-masing menggelupur kesejukan kalau pijak lantai (stetmen hover), kalau kat tingkat atas lantai kayu so takperlah khan..Aku nasihatkan supaya bawa stokin & pakai je setiap masa:)

- Barangan di hotel ni macam dah lama..Kalau tilam extra bed pon nampak usang sesangat..Kalau tilam katil tu tak nampak sangat sebab diorang dah pakaikan sarung cadar siap-siap kan..So better pada sesiapa yang pembersih tahap gila baban tu aku nasihatkan korang bawa kain sarung/ cadar sendiri untuk buat lapik. Anak aku Ashraf memang naik bintik-bintik ruam di kaki & belakang masa duduk di sana, tak tahulah dia alergik dengan air Labuan ke atau tilam hotel tapi aku suspek tilam hotel. Aku siap jumpa doktor lagi masa di Kota Kinabalu sebab risaukan Ashraf..Doktor cakap tak mungkin alergik sebab makan sebabnya kalau alergik makanan akan keluar bintik-biktik besar..Tapi Alhamdulillah, bila touch down KL, bintik-bintik tu berkurangan & sekarang ni memang takde dah..Pelik sungguh anak aku yang ni T___T"

- Tuala memang tak sediakan di sini tapi kalau ambik bilik biasa adalah..Tapi aku bawa juga tuala anak-anak sebagai langkah-langkah keselamatan. Maklumlah anak-anak laki aku semua kulit sensitip..

- Lokasi chalet ni atas bukit..Memang jenuh r mendaki..Pastu asyik bunyi macam orang siram air je sebabnya sebelah bilik aku adalah ladang strawberry. Malam-malam pon berbunyi..ehehe


Cadar & selimut memang banyak disediakan..Malam-malam memang sejuk & kat sini semua hotek tidak disediakan air-cond mahupon kipas..Kalau dasar kulit tenggiling, tidur tak payah pakai selimut yaaaa

TV memang kuno r..tapi takpelah..at least ada juga siaran Astro Movie 413, Ria, & basic TV..takderlah bosan sangat kan


Tangga agak curam..Aku risaukan Ashraf je..Tapi Alhamdulillah, kakak-kakak dayang banyak membantu tengok-tengokkan Ashraf:)

Ni katil kat bahagian bawah..tapi takde sorang pon yang berani tidur kat bawah..kami semua pakat tidur di atas..

Pada yang bercuti lebih dari 1 famili, aku memang rekemenkan duduk sini..Kalau pergi 1 famili, boleh ambik bilik single..Harga pon murah je..Restoren memang ada di bawah tapi hanya buka pada waktu malam & aku tak berpeluang pon makan home made aiskrim strawberry;( Sebab asyik terlupa je nak masuk beli di restoren kat bawah tu


Di luar pintu ada disediakan kerusi..Senang nak duduk pakai kasut..hehehe


Kak Na membebel sebab kena naik turun tangga, asyik dia je yang last al maklumlah dah tua


pemandangan dari depan pintu chalet


Ni bahagian lobi..sunyi je..


kaunter reception..selalu je takde orang


Muka-muka keriangan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu..Sebelum tu sempat juga masuk ke ladang strawberry yang takde buah strawberry tu..Bunga-bunga pon banyak dalam tu..Nanti aku buat entry gambar-gambar bunga di Kundasang ya:)

Oklah..till next entry..byeeeeee:)

1 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

bab hotel/penginapan mmg sedikit cerewet aku ni..
sbb nak berehat kan..so tgh dok godek2 agoda/booking.com/last minute room--semata2 nak cari good deal..

tgh mood survey jugak utk g KB hujung bulan ni & g kuching bulan 10 nanti..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^