Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 7 Jun 2012

Ayam Penyet Terbaik!!!


Assalamu'alaikum,

Siapa yang pernah makan ayam penyet wong solo angkat keyboard?? aku pernah jalan-jalan cari makan ke restoren Wong Solo ni dalam entri ini. Jumaat lepas, akibat lama tak makan, lepas kerja tu aku ajak en suami makan di sini. Plan awal nak bawa adik ipar makan di sini tapi memandangkan adik ipar aku tak jadi datang ke rumah, mana boleh kansel-kanselkan..nanti ada yang meleleh airlio teringatkan ayam penyet pedas melesing tu:P

Esoknya, aku janji nak buat ayam penyet sebab adik ipar aku nak datang rumah..Tapi aku suruh datang petang sebab pagi tu aku keuar ke Ikea..hehehe dah tahu time cuti sekolah adalah bukan waktu yang sesuai untuk berkunjung ke Ikea..sebabnya ramai giler manusia..rata-rata orang kampung aku jugak..hehehe penuh satu surau Ikea dengan oghe Klate..haisyyy maghi boghong gapo mokcik weh??

Bayangkan nak makan meatball tu aku beratur sampai setengah jam *sigh* gila gigih beratur..HAHAHA tapi tak koser nak snap gambar..serious tak larat tapi bab berjalan dalam Ikea larat pula..plannya nak cari kabinet kaca untuk letak koleksi pinggan Uzbek yang en suami belikan dulu..Iya, dah hampir setahun tapi masih tak simpan-simpan lagi..HAHAHA Ada dalam kotak letak atas lantai gitu jew..Nasib baik haritu tak pecah sebab Ashraf ketuk T____T"

Tapi kan..hak aku berkenan tu mahal sket..ribu riban..Haisy...membaziq betui..ada hak murah & berkenan dah, harga within budget tapi bila turun nak pick up kat market hall tu mak aih giler panjang packaging dia T_____T" so terpaksalah abaikan..nak suruh hantar pula malas nak bayar delivery charges..baik HOLD beli sekaliharung dengan sofa..ewahhh fine..berangan lagi..takde maknanya nak beli sofa di Ikea tu..semua yang aku berkenan harga adalah mahal tak padan ngan barang..tapi adalah super comel & cute untuk rumah kami yang sekangkang kera ni:P

Eh eh..jauh mengarut panjang..nak ceritanya tang ayam penyet tapi tersasar sampai ke perabut..so pada kengkawan yang tahu mana nak cari perabut yang nampak moden macam Ikea punya style tp murah & tak kenakan cas penghantaran..silalah share ya..kat mana tempatnya:)

Oklah, balik rumah petang tu elok je tengah masak adik ipar aku sampai..aisey..malu tuan rumah sebab tetamu yang tolong masakkan..hewhewhew

Nak masak ayam penyet senang je, nasi + sup+ayam goreng+tempe..tapi yang paing penting adalah sambalnya..Kalau ikut resepi dalam internet sambalnya takkans esedap resepi Wong Solo so kali ni aku buat resepi sendiri (andaian aku)..tumbuk cili merah+garam+gula banyak-banyak & tomato..hasilnya..pedas melesing..HAHAHA tak semua tetamu berani mencubaa..hakhakhak..tapi habis juga seperiuk nasi..Ahamdulillah...kenyang perut..malam tu semua pakat sakit perut..HAHAHA

5 ulasan:

puteri rimba berkata...

wong solo...restoran bos saya tu..heeee

DaZzlingLilLy berkata...

skali pun tak penah rasa lg ayam penyet..kat utara mmg takdak lg restoran seangkatan dengannya

CeqGu berkata...

xpernah rasa....tapi kat brunei ada banyak kedai yg jual ayam penyet terbaekkkk....memang sedap......wong solo ni kat mana yer...bleh try bila kelik mesia

Lily@MamaZaraZareef berkata...

wahhh..masak ayam penyet sendiri..terbaekkkkkk..nway, kite pon suke ayam penyet wong solo..mmg lama tak makan kat sana..lehlah ajak en hubby pi berkunjung nih..masak sndiri tak reti..hhahahaha

zailamohamad berkata...

puteri rimba,

sedap sungguh ayam penyet kat sini..boleh mintakkan rahsia sambal dia tak?? hehehe

Lilly,

ko mai sini aku belanja ayam penyet:)

CeqGu,

kat Shah Alam seksyen 7 tu ada, bangi ada, ampang ada..

Lily,

senang je nak masak ayam penyet cuma rasa tu atklehlah tandingi rasa asli kedai makan tu..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^