Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 16 November 2012

Apa Yang Menarik Di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

*48 hours sticky entry*

Assalamualaikum,

Ok, sambungan dari entry aku yang lepas (Jumpa Chef Anis Nabilah Di Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp), sebenarnya aku telah diajak melalui email untuk sama-sama menjayakan satu program antara Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd bersama dengan Chelsea Football Club. Untuk pengetahuan, ini adalah kali ketiga majlis seperti ini dianjurkan bersama & pada tahun ini, Samsung (M) Electronics Sdn Bhd sebuah syarikat yang tak asing lagi di negara kita ingin menjayakan gaya hidup sihat & persekitaran yang   mesra alam menerusi kesukanan & diet yang sihat!

Seramai 180 peserta belia yang terdiri daripada 9 - 13 tahun berpeluang dilatih oleh 4 orang jurulatih muda Chelsea. Kesemua belia adalah dari Rumah Sayangan, Little League Malaysia & Kuala Lumpur Youth Soccer.


semua peserta akan diberikan baju jersey biru & bertuah kan dapat dilatih oleh jurulatih dari kelab tersohor Liga Inggeris..ko hado??


Bukan main bersungguh lagi diorang menumpukan perhatian di dalam sesi latihan ini..bagus..bagus..


Ini adalah 4 jurulatih belia kelab Chelsea iaitu Steven Allan Winnet, Jack Collin West, Steven Leonard Shipp & David Michael Stewart..hensem-hemsem semua ni:)


Di akhir kem, kesemua peserta akan diberikan goodies beg & juga sijil penyertaan..Seronok kemain ya korang yaaaa

Demi merialisasikan gaya hidup sihat melalui pemakanan & diet yang sihat, Samsung telah menjemput chef selebriti yang tersangat gorjes iaitu Chef Anis Nabilah untuk melakukan demo masakan bagi menu yang mudah disediakan & yang paling penting adalah senang untuk disediakan. Even anak-anak pon boleh membuatnya!




Pada hari tersebut chef Anis Nabilah telah menunjukkan cara-cara memasak dengan menggunakan peralatan elektrik Samsung yang terbaru iaitu Samsung's latest convection microwave oven; the Samsung OmniPro


Nampak tak Husna yang sedang dengar penerangan dari chef Anis Nabilah dengan khusyuk! Tapi oven ini memang sangat bagus; jimat tenaga elektrik, besar & paling bagus adalah senang untuk dibersihkan!

Pada suami-suami di luar sana yang sayangkan isteri, bolehlah hadiahkan microwave oven ini buat isteri *jeling en suami* Pasti selepas ini isteri anda akan menyediakan menu masakan sihat selalu:P

Ok, selain dari itu, kami juga diberi penerangan tentang salah satu barangan elektrik dari Samsung yang harus dimiliki iaitu Samsung Eco Bubble Washing Machine

Sedikit maklumat tentang teknologi Eco Bubble adalah :

A bubble generator forms bubbles which gets detergent right to the fibres, up to 40 times faster than a high concentration liquid. This means wash temperatures can be reduced without compromising cleaning results. You can wash at just 15 degree Celsius and uses only 30% of the energy of a normal 40 degree Celsius wash cycle with better wash result.

Mesin basuh ni pon aku berkenan jugak kan? Best..best..*Hint kepada en suami*


Memang banyak sangat kelebihan mesin basuh Eco Bubble ni, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, blehlah berkunjung ke wakil-wakil Samsung sekitar tempat tinggal korang cepat-cepat. Musim-musim hujan ni, elok benorlah ada mesin basuh yang berkuasa tinggi & besar supaya boleh basuh baju banyak-banyak:P

Oklah, gambar di atas semuanya diambil dari kamera profesional, meh layan gambar dari kamera aku pula;


anak buah aku..Ingatkan daftar nama dia supaya dapatler dia berlatih bersama dengan coach dari Chelsea tu rupanya dia tak nak..malu katanya @____@


Masa ni sesi demo memasak dari chef Anis Nabilah. Memang cantik tuan punya diri sampaikan anak buah aku tanya "Dia ni orang putih (mat salleh) ke Cikla" HAHAHA Sudahlah speaking habes! Tapi memang senang pon resepi-resepi yang chef Anis Nabilah bagi ni & semuanya memang kegemaran aku & anak-anak so next time bolehlah cuba!


Sempatlah juga meninjau microwave oven yang terbaru dari Samsung ni..Kalau aku tak beli lagi oven, harus aku beli yang ini..Mempunyai teknologi multi sensor yang pertama di dunia; lepas tu semuanya digital di mana   oven ini boleh membuat anggaran berat & boleh menganggarkan masa untuk defrost makanan yang kita baru keluarkan dari freezer..Zaman sekarang kan semua nak senang je so balik je kerja, keluarkan ikan dari freezer & tekan-tekan microwave oven ni untuk defrost sambil kita pergi mandi jek..Senang kan?


Chef Anis ada tunjukkan juga cara untuk membersihkan microwave oven ni..Memang senang bangatlah..Sebab setiap kali kita menggunakanya, tidak banyak minyak yang dikeluarkan & semasa pembelian juga kita diberi peralatan tambahan untuk memudahkan kerja kita seperti bekas untuk mengukus sayuran & juga para khas untuk mengekalkan kebersihan microwave oven ini


Kalau dah namanya chef, depan ramai orang pon tak malu untuk masak..Dalam masa sekejap sangat chef Anis Nabilah dapat menyiapkan 3 jenis menu


Masa ni chef Anis tengah menyediakan biskut jagung..Tak sangka dengan menggunakan microwave oven pon boleh bakar biskut..Sedap pula tu:)


Memang senang sangat cara untuk menyediakannya tapi kalau tanya aku konpem aku lupa cara-cara nak buat tu:P Nanti-nantilah aku minta resepi balik dengan chef Anis Nabilah tu:)


Inilah menu yang sempat chef Anis sediakan pada hari tersebut; roasted chicken, steamed vege & cheese biscuit. Sampai hari ni masih terasa lagi kesedapan masakan chef Anis..hehe

Oklah, aku rasa lepas ni mesti korang pakat berebut nak pergi beli mesin basuh Samsung kan?? Jangan lupa juga beli microwave oven sekali..Tambah-tambah pula yang nak masuk rumah baru tu, konpem matching ngan konsep rumah yang moden tu:P

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari Samsung.com & baca sendiri kelebihan produk-produk ini:)


Samsung Electronics Co., Ltd. is a global leader in semiconductor, telecommunication, digital media and digital convergence technologies with 2011 consolidated sales of US$143.1 billion. Employing approximately 222,000 people in 205 offices across 71 countries, the company operates two separate organisations to coordinate its nine independent business units: Digital Media & Communications, comprising Visual Display, Mobile Communications, Telecommunication Systems, Digital Appliances, IT Solutions, and Digital Imaging; and Device Solutions, consisting of Memory, System LSI and LCD. Recognised for its industry-leading performance across a range of economic, environmental and social criteria, Samsung Electronics was named the world’s most sustainable technology company in the 2011 Dow Jones Sustainability Index. For more information, please visit www.samsung.com.



Mesin basuh rumah aku pon jenama Samsung..Alhamdulillah masih setia memberikan khidmat kepada kami. Dalam membeli barang elektrik ni, pastikan jenama & kualiti yang menjadi keutamaan kalau tak nak menyesal di kemudian hari..hehe

Rumah siapa ada peralatan Samsung sila angkat tangan! Samsung Note & Samsung S3 pon Samsung juga:P LOL

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

5 ulasan:

kasihredha berkata...

kalau anak akak baca ni...mesti macam cacing kepanasan...hahahahhaah

Silentreader berkata...

wahhh..jadi duta Samsung plak yer..

Unknown berkata...

Wah !! Bestnya! :-)

Cho Zila berkata...

samsung... chef nabilahni kalau bercakap tak berentikan.. tapi suka gak rancangan dia.. dia masak memang sedap yerk..

Zaila Mohamad berkata...

Kak Kasih Redha,

HAHAHA diorang minat Chelsea ke?? kalau tahu macam tu boleh bawa sekali:)

Silentreader,

HAHA takderlah..orang suruh buat entri kita buat jelah:P

Surynn Zain,

Best part tengok chef Anis masak je:P

Cho Zila,

A'a..memang tak berenti..dahle speaking London..sampaikan anak buah saya cakap dia tu orang putih ke..hehehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^