Tahun ini sesiapa yang buat rumah terbuka tu sila-sila kanlah jemput kami *muka tak malu* Sebabnya ahkak malas nak masak dan tahun ini adalah tahun kami pula beraya ke rumah kawan-kawan. Lagipun tahun ini kan anak dah bertambah, jadi jom kutip duit raya. Muahahahaha :P
Jemputan pertama kami dapat adalah dari rumah Kak Nora, bekas teman satu pejabat aku dulu. Majlis bermula pukul 12 tengahari, elok sangatlah tu sebab sekarang ni kalau nak keluar pun nak menyiapkan anak-anak dan segala benda yang nak dibawa pun ngam-ngam pukul 11 lebih. Makin ramai anak ni jangan ingat makin dapat golek-golek atas katil lama-lama. Seawal pagi lagi Haziq dah sound "Haziq laparlah mama, takde nasi ke". Amboi, macamlah dia tu nak keluar membajak pagi-pagi lagi nak makan nasi dah! Tapi aku cakap makanlah roti dulu sebab nanti kita nak makan di rumah kawan mama. HAHAHA Bagus tak mama dia punya perancangan? (jangan tiru ya melainkan anda ada anak lebih dari 3)
Pukul 12 lebih kami tiba di rumah Kak Nora. Alhamdulillah, kenyang makan nasi berlauk ayam berempah, roti jala dan mee kari (yang ni aku tak makan). Oh! ada sambutan harijadi puteri Kak Nora juga. Suka betul budak-budak dengan kek yang Kak Nora tempah ni, tema binatang ke apa, yang pasti kek di dalamnya sedap.
Selamat hari jadi Damia. Semoga menjadi anak yang solehah yaaaaa
Macam kekasih pula Haziq & Husna ni. Biasalah budak 2 orang ini memang kamceng. Haziq ni pendiam dan manja tapi Husna ni si mulut banyak dan jenis senang masuk dengan sape-sape pun. Husna kalau dah jumpa geng sepupu perempuan memang tak mainlah dengan Haziq ni. Tapi kalau di rumah, ini lah geng sepah rumah mahupun geng bantu mama :)
Sempat juga bergambar kenangan dengan tuan rumah. Kalau nak tahu aku pernah bekerja sekali dengan Kak Nora dari tahun 2007-2009 (satu department kemudian Kak Nora pindah ke department lain pula) dan sekarang ni Kak Nora masih bekerja di pejabat yang sama dengan en suami. Jadi, memang kami tidak kekok lah apabila berjumpa :))
Terima kasih daun keladi buat Kak Nora yang sudi menjemput kami sekeluarga. Minta maaflah kalau anak-anak kami terbuat sepah mahupun terbuat bising di rumah Kak Nora. Memang tak terkawal juga kalau keluar dengan budak-budak ni semua.
Petang tu kami ke Subang Parade cari stroller baru untuk Aaliyah. Sekarang ini aku lebih suka ke sana sebab kat situ masuk parking terus ke Parkson dan beli barang terus balik. Rindu pula zaman anak 1 atau 2, boleh lepak lama-lama di pasaraya. Sekarang ni, jangan harap! Dapat bertahan sejam - 2 jam tu dah kira cukup bagus tau T____T"
Oklah, minggu ni giliran siapa pula buat rumah terbuka ya?? Jangan lupa jemput kami *wink*wink*
2 ulasan:
Memang best bulan Syawal ni, setiap hujung minggu takyah masak/ gi kedai kan...hihihih..
Part menyiapkan anak anak tu saya setuju...tgk bila wife saya nak menyiapkan 3 hero kami...mmg ambik masa..kalau dulu zaman berdua, nak keluar..terus keluar sepantas kilat bersiap! hahaha
Happy birthday
Catat Ulasan