Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Subang Parade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Subang Parade. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2016

Jalan-Jalan Subang Parade

Assalamualaikum,

Sesi "throwback" gambar lama. Seminggu yang lepas kami ke Subang Parade. Sekarang ini kalau mahu beli apa-apa Mekla lebih suka ke Subang Parade sahaja. Agaknya jiwa "orang tua" sudah meresap ke dalam jiwa. Kalau dulu waktu anak masih 2 orang, bulan 12 kami suka ke Midvalley, One Utama dan paling cikai pun di Sunway Pyramid. Tapi sekarang ni, lebih selesa ke tempat yang tak ramai manusia dan yang penting senang dapat parking, senang ada lif tak payah nak jalan-jalan jauh dan banyak kedai.

Kalau bulan Disember ni seronok tengok dekorasi krismas kan? Jualan akhir tahun pun banyak tapi poket kami je tak berapa nak "banyak" uwangnya..kihkih Tapi adalah rezeki boleh beli kasut baru untuk Mekla (yeay). Itupun beli kat dalam kedai Bata je sesambil beli kasut sekolah anak-anak. Ha ha ha Kalau dulu gigih tau ke sana ke mari pilih mana yang berkenan tapi sekarang ni tengok-tengok cuba-cuba terus beli. Adoi faktor penuaan sungguh T____T"


Kalau ke mana-mana pasti kami jadi perhatian, maklumlah anak-anak ramai berderet kecil-kecil pula tu. Pasti ada lirik mata yang akan tolong kirakan berapa anak-anak kami. Ha ha ha


Susah betul nak ambil gambar anak-anak. Masing-masing ada watak dan karektor tersendiri


Baru perasan anak-anak lelaki semua pakai baju melayu, iyalah kami keluar lepas solat maghrib. Itupun pergi sama-sama solat di surau Al Hijrah berdekatan rumah dan terus keluar ke Subang Parade. Syukur nak dapat parking pun senang kalau ke sini.


Selepas makan malam kami terus balik, kalau keluar dengan anak-anak sudah tentu mereka memilih untuk makan The Chicken Rice Shop, mama nak makan Kenny Rogers pun tak dapat. Hu hu hu

Apa-apa pun syukur dengan rezeki yang ada, sekali sekala kena bawa anak-anak keluar juga. Haih rindunya dengan pokok krismas di KLCC, Midvalley, Gardens dan seangkatan dengannya. Kalau anak-anak dah besar bolehlah pergi cuci-cuci mata tapi buat masa sekarang kita pergi ke tempat yang tak ramai orang dulu. Lokasi Subang Parade ni sebenarnya ada banyak memori di mana Mekla dulu suka join bazar-bazar yang diadakan setiap hujung minggu. Teringat lagi kenangan menjual tudung dan kain ela di sini. Sekarang ini Mekla banyak buat online sahaja memandangkan susah nak keluar tinggalkan anak-anak.

Kawan-kawan pula suka keluar santai-santai ke mana?

Iklan sat :
Sempena tahun baru 2017 Mekla ada buka group kutu untuk gadget moden ni. Maklumlah mesti ramai yang meleleh airliur nak beli secara tunai tapi sampai sekarang tak terbeli-beli kan. Jadi jomlah kita berkutu-kutuan sebabnya sekejap aje alih-alih dah dapat barangnya. Sebarang pertanyaan sila Whats App ke 012-970 6828 ya. Selain dari gadget pressure cooker ni Mekla ada buka juga kutu steamer, noodle maker dan air fryer tau!

Bye!

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips Memilih Stroller : Beruntung Aaliyah Dapat Kereta Baru

Assalamualaikum,

Kami ni walau sudah ada 5 orang anak (alhamdulillah) tapi setiapkali terima kedatangan orang baru, ada sahaja barang yang kena beli. Maklumlah, kadang-kadang barang baby yang dah lama tidak digunakan akan mula rosak dan kotor. Jadi, macam kasihan pula nak bagi si kecil guna. Hujung minggu yang lepas, kami berjaya (yeay!) keluar ke shopping mall Subang Parade hanya semata-mata mahu belikan stroller untuk Aaliyah. Sambil-sambil itu, cari juga car seat yang berpatutan kerana car seat lama sudah pun lunyai dikerjakan abang-abang Aaliyah.

Ingat tak entri yang pernah aku kongsikan dulu? Klik sini >> Tips Memilih Stroller, masa tu kami belikan stroller jenama Sweet Cherry yang bertayar 3 pada Ashraf. Komen aku, stroller ini tidak mesra ruang, sangat berat dan susah untuk buka dan lipat (sampai sekarang pun rasanya aku masih belum dapat melipat stroller ini tanpa bantuan en suami). Harganya boleh tahan juga iaitu sekitar RM300. Sekarang ini stroller itu masih ada lagi di rumah cuma keadaannya yang kotor (habuk dan tahi cicak) membuatkan kami memutuskan untuk membeli yang baru sahaja buat Aaliyah (ini kes aku malas nak basuhlah ni :P)

Mula-mula kami ke butik Mothercare, stroller dari jenama Mc Larren (ke macamana ejaannya) memang ada sale cuma harga selepas potongan pun masih cecah ribu-ribu (kalau tak silap paling murah pun berharga RM700 tapi corak designnya sangat-sangat simple) dan jenama Mothercare ada juga yang berharga sekitar RM300 ke RM400. Aku berkenan juga tetapi en suami yang kurang berkenan. Maklumlah en suami ini sangat cerewet dalam pemilihan barangan terutamanya tentang harga. HAHAHA :P

Jadi kami ke Parkson dan alhamdulillah jumpa stroller ini jenama Mother Love ke apa namanya. Yang bagusnya sekarang ini tengah sale dari harga RM700+ ke RM500+ dan paling best bila didatangkan sekali dengan car seat. Alhamdulillah, setel 2 perkara. Tak payah susah-susah nak fikir dah :)


Bahagian car seat depan tu boleh dibuka dan diletakkan ke dalam kereta. Warna yang ada hanya warna merah sahaja tapi ok lah kan, sesuai untuk anak perempuan gittew :) Jenama ini katanya dari Paris tapi kilang di China (biasa lah tu!)


Terus letak Aaliyah dalam tu. Ya Allah lega rasanya sebab sekarang ini minah ini dah cecah berat 4.2kg (semalam timbang di hospital). Mana tak tercabut lengan mama dia nak dukung, sudahlah baby carrier tak ada (eh semua tak ada!). Selesai buat bayaran terus bergegas pulang.

Minggu selepas itu kami ke Subang Parade sekali lagi untuk beli baju anak-anak. Sebenarnya nak habiskan kupon RM50 yang dapat masa beli stroller tempoh hari. Yang kelakarnya, masing-masing tak tahu cara nak buka balik stroller tersebut. Maka berangkutlah kami ke bahagian stroller Parkson untuk cari adik jurujual tersebut. Manual ada tapi tak faham. HAHAHA Sejak dah ada anak 5 ni otak makin lembablah pula nak terjemahkan gambarajah :P

Alang-alang berada di sana, sempatlah belikan anak-anak baju. Bertuahlah korang ya, semua dapat bahagian masing-masing. Mama aje yang tak dapat sebab masa tu Parkson dah nak tutup. T___T"


Gigih en suami memilihkan selipar untuk anak kesayangannya :)


Seorang tolak stroller seorang tolak troli. Macam inilah kami kalau keluar membeli-belah, terpaksa gunakan bantuan troli untuk letakkan Azzam. Kadang-kadang Ashraf pun letak dalam troli sebab risau dia lari sana sini.


Kebelakangan ini risau betul dengan berita kehilangan dan penculikan kanak-kanak. Hari itu tajuk Wanita Hari Ini pun ada menyentuh tentang berita kehilangan kanak-kanak yang semakin meningkat tahun ini. Jadi mak ayah zaman sekarang memang tidak boleh lalai walau sesaat pun. Kami yang anak 5 ini memang fobia sangat-sangat bila keluar membeli-belah, maklumlah anak-anak aku ini memang terlampau aktif dan jenis suka berlari entah ke mana-mana. Mama dia selalu aje menyinga dalam pasaraya tu, sebab itu paling lama kami boleh bertahan hanya 2 jam sahaja. Itupun hanya pergi dan tuju bahagian yang nak beli sahaja dan terus pulang. Sedih kan?

Oklah, sambung lagi. Mood berblog memang ada tapi masa aje yang tak cukup. Hu hu hu Maafkan daku ya. Nak menulis perkongsian pengalaman berniaga di bulan puasa pun masih belum siap-siap lagi. Doakan semoga lepas ini lebih pandai menguruskan masa. Maklumlah ada anak kecil ini jadual sudah tidak sama macam dulu.

Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^