Sabtu yang lepas, kami ke Sunway Pyramid (lagi)..Asyik-asyik Sunway Pyramid je kan..Maklumler malas nak menempuh jem kalau pergi jauh-jauh:P
Kali ni siri Jalan-Jalan Cari
Kali ni bawa adik-adik ipar aku untuk makan bersama..Kami pilih tempat duduk yang kat luar pula..saja nak merasa fresh air & cuaca haritu pon takderlah panas sangat so elok sangatlah makan sambil sedut udara segar *segarlah sangat!*
Kebetulan haritu ada pak Arab (aku budget pak arab sebab muka macam Arab, takkan aku nak cakap orang Jepun kot) tengah sambut birthday anak dia..Kalau makan kat sini, rata-rata pelanggan kat sini adalah orang Arab *termasuk aku, eceh*
Anak-anak aku buat jakun g dok mengendap je diorang sambut birthday..haisyyy anak saperlah ni T_____T'
Kakak HUsna kena paksa ikat rambut haritu..baru nampak lawa sket:P Abang Amirul pula dok berkepit dengan buku Boboiboy yang baru dibeli hasil mengepau duit mama dia..Kesian anak aku, layan buku je..mana boleh layan ipad sebab takde ipad..hehehe
En suami macam biasalah..dia sibuk melayan anak bongsu:)
ini budak bongsu yang nak masuk setahun Jumaat ni..sangat manja & sangat suka buat perangai sekarang ni
T_______T''
Tips jimat cermat : make sure bawa air masak banyak-banyak, boleh save kat situ sebab tak payah order air satu sorang..hahahaha bijak tak?? bijak tak??
Pemandangan di bawah adalah Sunway Lagoon..seumur hidup aku tak pernah masuk Sunway Lagoon..jakun tak?? jakun tak?? huhuhu
Mat aa'mu Tarbush (kedai makan Tarbush)
nampak macam ular pon ada kan?? geli haku!!
kalau kat luar, ruang makan pon besar & selesa..jangan risau ada kipas so takderlah panas sangat!
hiasan kat Tarbush..kalau tengok entri-entri aku yang lepas, restoran ni memang banyak hiasan yang bertemakan Meditarranean
anak orang Arab? eh!
shisha pon ada..tapi kitorang takderlah nak menghisapnya..mana boleh NOOO
appetizer ; kami pilih Arayes cheese (RM18.00) rasanya macam roti tortilla yang aku buat dalam entri ini..Lain kali nak cuba Arayes lamb / chicken pula
rupanya Pak Arab yang sambut birthday anak tu bagi kek dekat meja kami..hehehehe tak sesia Haziq & Husna buat muka kesian kat meja diorang:P LOL
Aku ambil Biryani chicken RM26.50 Baru aku perasan, masa mula-mula pergi dulu harga RM22, lepas tu naik RM24 & sekarang dah jadi RM26.50..perbezaan setahun sekali akan naik RM2..huhuhuhu
Inilah yang aku rasa bagusnya berblog..boleh rekodkan kenaikan harga makanan secara tak langsung..Baru tahu yang makin tahun makin mahal..huhuhu *insaf jap*
en suami pilih Maklouba Lamb RM26.50 macam biasalah, portion nasinya memang banyak so sepinggan boleh kongsi 2 orang:)
Ni pula bubur Ashraf RM0.00 sebab aku bawa siap-siap dari rumah:)
Haritu total bil RM130.90 untuk 4 orang dewasa & 2 kanak-kanak..Mahal?? of courselah mahal tapi kalau sesekali bolehlah:)
Pada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah ke;
Restoran Tarbush
LG2.123 Sunway Pyramid @ Marrakesh
Tel : 03-5633 9222
cawangan Bukit Bintang
No.138, Jln BUkit Bintang, 55100 KL
Tel : 03-2142 8558
cawangan Starhill
LG16, Feast Floor, Starhill Gallery, No.181 Jln Bukit Bintang
Tel : 03-2144 6393
cawangan Pavilion
Lot 1.28.00, Level 1, Pavillion KL
Tel : 03-2141 7141
cawangan Batu Ferringhi, Penang
Lot 413 Sek 1, Jln Batu Ferringhi,
Bandar Batu Ferringhi, Penang
Tel : 04-885 2558
Nota kaki : sekarang ni kalau makan kat mana-mana, mesti simpan resit..senang untuk rujukan..mana tahu akan berguna pada sesiapa yang ingin mencuba makan di sini..
4 ulasan:
see...kan dah kata..brg mesti naek ...air kelapa tepi jalan pun naek 20 sen hehehe
sekali-sekala .. tarbush nie aku pernah mkn member blogger belanja .. lama dulu dah ..sedap ;-)
sedap tu.....
mummy Danisha,
ituler kan..gaji tak naik-naik juga..hikhik
Diana,
harga memang mencekik darah tapi seb baik boleh telan di tekak kita ni:)
isal,
memang sedap!
Catat Ulasan