Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 April 2012

Kisah Rumahtangga Orang Memang Best Baca!

Assalamu'alaikum,

Saja save gambar statistik entri aku untuk kenangan berblogging di masa hadapan..Antara entri yang menerima pageview paling tinggi iaitu dalam 633 sehari, jatuh pada 10 April 2012..Nak tahu apa tajuknya??

Oh!Suamiku (boleh klik untuk baca apa yang menarik sangat tentang laki ahkak)

Kalau kira haritu ada 1 je entri & bagi aku memang POWER r tajuk yang aku pilih tu..sampaikan mengalahkan entri Kalau ke Ikea Tak Sah Kalau Tak Makan Meatballnya (607 je pageview). Selalunya kalau buat entri Ikea, mencanak je view..hehehe tapi kalau cerita pasal hal rumahtangga laaaaaagi mencanak yaaa...

Amboiiiiiii..suka ya amik tahu hal rumahtangga orang ya:P







Hehehe..Takderlah..aku bukan nak salahkan reader aku..cuma aku perasan orang memang akan tertarik kalau letak tajuk yang "bikin panas" sket..Itu dipanggil teknik SEO (search engine optimization) *betulkan kalau aku silap sebab aku main bantai je ni, malas nak google* HAHAHA

Korang dah upgrade ke interface blogger yang baru?? Best juga sebab ada banyak fungsi baru macam statistik pageview macam ni..Hari-hari aku duduk study blog & entri aku..HAHAHA matiklah kena kutuk:P

Mula-mula macam pening tapi lama-lama tu dah boleh faham..cuma aku tak reti nak masukkan google ads dalam blog aku..Tapi rasanya haritu pernah kena reject dengan google sebab kandungan blog aku ni bukan English..Ntahlah..lantak p lah khan..Malas nak tukar2 bahasa..aku lebih suka macam ni..bahasa rojak ikut suka janji faham:P

Tapi duit dalam akaun Nuffnang tetap tak gerak-gerak..Haisyyyyy bilalah boleh cash out ni..hehehe

Pada yang sudi membaca blog picisan aku..terima kasih..pada yang mengata pon terima kasih..banyak pahala aku dapat..prinsip aku "aku berblog dengan berhemah" semoga apa yang dikongsikan ada manfaat & kalau ada entri berbaur riak..maafkan daku..aku hanya manusia biasa yang tak boleh lari dari melakukan kesilapan..baca & terima aku seadanya:)

6 ulasan:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

aku tak pernah nak track reader aku baca kisah apa dlm blog ..aku tak reti nak tengok kt mana ..heh ;-)

yatie chomeyl berkata...

hahha rajin siap cek pageview ikut topik...btw, kisoh r/tangg ameme best di baco, busy body gitu supo mami jarum hehe

zailamohamad berkata...

Diana,

kalau ko tukar ke interface blogger (dashboard) yang baru..nanti akan ada otomatik semua statistik kat situ..aku nak cerita lelebih pon susah..nanti kalau rajin aku buat entri:)

Yatie,

hahaha..macam blog gosip retis r..konpem2 ramai hok masuk sebab kepochi nak tahu perkembangan retis kan..kalu blog agama..slow sket..hahahaha (aku lah tu)

DaZzlingLilLy berkata...

blog aku selalunya tajuk panas2 cam mak janda tu mmg jadi pilihan..klakar pun ada org yg search tu..hehe

mummY daniSha berkata...

hehehe..byknye page view akak..sy punye ciputla sgt hehee...sy x publish kat google..konon2 privacy..hahahaa privacy la sgt kan kekekeke

zailamohamad berkata...

Lilly,

orang tu gersang dahagakan kasih sayang kot:P

Mummy danisha,

hahaha mana ada tinggi..orang lain ribu2 rilek je:P takde nak tayang2 pon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^