Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Rabu, 12 September 2012
Penjagaan Anak Yang Ada Athma & Eczema
Assalamu'alaikum semua,
Hari ni dah masuk 2 hari anak bujang sulung aku tak g sekolah. Semuanya gara-gara tak sihat badan. Pada yang tak tahu, anak sulung aku ni memang pengidap athma sejak dari kecil lagi. Pernah 2 kali juga masuk wad & seorang pengidap eczema yang teruk juga. Tapi Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan dengan doktor pakar Dr.Amdan dari Klinik Adek (boleh refer entri ini & ini) & mengamalkan siri pantang yang agak ketat, athma Haziq & eczema dia sudah terkawal..cuma biasalah once in a blue moon mesti akan kena sedut gas. Tapi selalunya aku & en suami akan figured out apakah faktor-faktor yang akan menyumbang kepada sakit tu..hehehe Owh kali ni salah satu sebabnya adalah ais krim..Salahkan aku yang gatal p bagi dia makan ais krim..(Teringat pula masa Haziq masuk wad di Hospital Klang, hampir setiap hari ada je student medical yang datang sekumpulan buat study case..asyik kena soal je aku masa tu..memang tak boleh nak rehat langsung!) Tapi takpe, pengalaman memantangkan aku..Anak sakit pon sebahagian dari proses diorang nak membesar juga kan?
Ok, aku nak share beberapa cara penjagaan aku (yang tak berapa nak strict sangat ni) dalam menjaga anak yang ada athma & eczema :
1) Pantang Makan : Seperti kata Dr. Amdan, Haziq ni dia alergik dengan produk tenusu so coklat, yogurt, susu, keju semua kami pantang. Bukan tak bagi makan langsung tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kesian juga tengok muka kesian dia kan..Tapi selalunya lepas bagi makan, konpem akan keluar tanda kegatalan atau batuk-batuk..haisyyy susah kan?
2) Pantang ais : Demi anak, aku & en suami memang jarang sangat order minuman berais di kedai makan, kalau order pon segelas sahaja then ambil milo suam / teh o suam untuk dia..Kejam kan? Kalau g fast food pula tukar air berkarbonat dengan air milo, tupon pesan jangan minum dulu tunggu ais dah cair sedikit..sebabnya, kalau minum minuman berais, mulalah batuk-batuk tengah malam, tak tahan kalau meleret sampai nafas berbunyi (wheezel)..haaa time tu..jaga-jaga lah! Kat rumah aku ni pon jarang ada ais dalam peti & ais krim tu dah lama pantang tapi tuler..mama dia gatal p beli haritu..huhu
3) Bye-bye binatang berbulu : Kalau nak tahu, dulu aku kan ada bela kucing, dari Lida sampailah beranak pinak ke Kiki Lala ke cucu cicit yang tak dan nak bagi nama pon. Semuanya bermula bila Ashraf sakit mata & kami berkampung di DEMC dulu. Sayangkan anak, kenalah lepaskan binatang tersebut;( Kesihatan anak yang lebih utama..Alhamdulillah sejak bebas dari binatang berbulu, Haziq dah kurang gatal-gatal. Tapi kadang-kadang bila tengok gambar dalam album lama-lama teringat juga dekat mereka:( Insya Allah, bila anak-anak dah besar, bolehlah bela barang seekor dua..
4) Rumah bebas habuk : dulu ada juga letak karpet kat ruang tamu tapi faham-fahamlah karpet ni kan memerangkap habuk so memang cepat sangat Haziq gatal-gatal so ruang tamu aku dah bertukar pada tikar buluh je..Ikutkan hati nak biar macam tu je sebab anak kecik kan..Sekejap nak kena mop si Ashraf tumpahkan susulah apelah..so sementara anak kecil lagi, bersederhana saje dalam menghias rumah..hehe Melainkan mama diorang yang seorang yang rajin nak mop, vacuum rumah setiap hari:P
5) Bekalan ubat penuh peti : percaya atau tidak, satu tray dalam peti ais aku ni penuh standby dengan ubat anak-anak je..Tapi yang paling penting harus ada syrup ventolin keluaran GlaxoSmithKline (GSK) tu..kalau nampak batuk sket terus bagi Haziq makan ubat tu..Insya Allah pagi esok dah ok..Tapi kalau tahap teruk (nafas berbunyi macam wisel tu) terus ke klinik ambik nebulizer (macam gambar kat atas tu)..Owh ada satu tips penting juga sebelum membeli sebuah rumah, pastikan juga rumah kita dekat dengan kemudahan seperti klinik..case kecemasan senang nak bawa malam-malam..Tapi sekarang aku dah tak bagi inhaler / aerochamber dekat Haziq.
Setakat ini, itu saja langkah-langkah penjagaan yang kami amalkan semasa nak membesarkan si Amirul Haziq ni..memang penuh dengan larangan & pantang-larang sampaikan nampak juga dia macam stress & cuba curi-curi makan & selalunya memang akan kenalah..Contohnya kalau dia minum ais so malam tu dia batuk-batuk, apalagi en suami akan cakap "best batuk?? lainkali Amirul minumlah lagi yaa air batu tu" Takpon kalau dia batuk en suami siap ambik lagi air batu konon-konon nak bagi dia minum..Nampak dia macam serik..HAHA tapi pada masa tu jelah..bila dah sihat mulalah lupa balik:P
Aku percaya setiap ibubapa yang anak-anak mempunyai athma & eczema pasti akan ada cara mereka tersendiri dalam mencegah penyakit itu dari berlaku. Jom share kat sini apa langkah-langkah yang korang ambil kalau anak jatuh sakit?
Yang penting, setiapkali anak sakit, cuba kenalpasti puncanya (trigger factor) & bolehlah elakkan di kemudian hari. Betul tak??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
5 ulasan:
ery tu Has x bagi mkn gula2, seafood, vitagen secara berlebihan. x bagi kesian jugak. so n dia x boleh terlampau sejuk. aircond on-off je la. bagi rasa sejuk.. off.
Slm... ank Ct Lalola pon ade asma, tp main factor dia adalah enviroment, sometimes je sbb mknn.. tp mmg kena byk sabor coz bdk2, tp si Rereen ni mmg kuat pantang, w/pon br 6 thn. Kdg2 sian tgk kan... Hope anak2 kite akn smkn elok dr penyaki ni...
siannye dia kak..samala ngan sy ada asma...mcm sy x leh makan jeruk,tembikai,air batu,air gas....tp skang ada resdung lgla teruk...
dulu kecik2 ada kad kecemasan..akak try bg makan hati unta,lendir belut....atau habbatussauda
Cabaran membesarkn ana
k..nk soh anak berpantang,mak ayah pn kena pantang skali..:-)
cabaran tu beb..insya Allah, depa ni akan senangkan kite 1 ari nanti.. kiteorg mmg kat umah tadek air sejuk dlm fridge, kalau nak sgt air sejuk, amek sendirik air batu kat freezer..kalau tetamu dtg, baru kecoh2 nak guna air batu..buat mmg utk para tetamu jek..heheh..
p/s : smlm terlupe nak jemput ko jadik follower kat blog http://e-mayaonlineshop.blogspot.com (baru letak follower box tu heheh)..sudi2kan follow update terbaru..tq beb:)
Catat Ulasan