Lewat bersiaran hari ini, biaserlah Monday Blues..Hujung minggu adalah hari yang penat so hari ini berehat sekejap:) Sambungan dari cerita hari minggu kami yang lepas, balik je dari bawa anak-anak mandi di kolam KLCC, malam tu pula kami keluar makan di Restoran Mohd Chan Kota Kemuning yang baru sahaja dibuka lebih kurang seminggu rasanya! Thanks pada kawan-kawan jiran-jiran yang cepat bagi info bila aku bertanyakan status di facebook..Inilah kelebihan facebook! Tanya apa sahaja, pasti ada jawapannya:P LOL
Kami keluar rumah selepas solat Maghrib, nasib baik kami cepat sedikit..adalah meja kosong di luar restoran..Memang betul kata member aku, kena pergi awal sebab memang ramai sangat orang makan kat sini..Tapi rasanya awal-awal je kot..Al maklumlah, orang mesti nak mencuba kan *kamilah tewwww* Lepas ni, hujung bulan time gaji jelah kot boleh makan kat sini..HAHAHA
Tengoklah, di dalam & di luar semua penuh..ada yang sampai kena tunggu & ada yang malas nak tunggu pergilah makan kat tempat lain..HAHAHA Kami ni nasib baiklah ada meja, itupon kecik sangat & tak selesa untuk kami yang ada anak ramai ni:P
Tapi takpe, since dah dapat meja tu bersyukur jelah kan..so cepat-cepat order..
Dim Sum 9 biji (RM11.40) Bagi aku rasanya biasa-biasa sahaja..Kalau tak mengidam, mungkin tak akan order lagi lepas ni..
Butter Prawn (RM25.00) Memang sedap..tapi rasanya butter prawn di restoren chinese Muslim Seksyen 15 lagi best! Aku buat perbandingan kerak tu yaa..udang rasanya sama sahaja, dua-dua kedai pon fresh!
Ni aku punya; Kantonis Kuey Teow Daging (RM8.00) sedap sangat, terasa kemanisan air daging & portion pon besar, aku makan dengan anak-anak pon tak habis (ke sebab kenyang dah) & memang berbaloi dengan harga
Tomyam Seafood Sup (S) (RM15.00) Pon sedap! Yang ni en suami makan dengan nasi..terasa kesedapan tom yam..kuah tom yam ni takderlah pedas sangat so sesuailah dengan en suami yang tak tahan pedas tu:P
Harga air di sini pon takderlah cekik darah sangat..Kami order jus kedondong asam boi (RM7.80) segelas..memang sedap!! anak-anak minum sirap bandung (RM3.00) & aku minum hot cappuccino (RM3.50)..Total semua malam itu adalah RM76.10..
Pada yang ingin mencuba pelbagai masakan chinese muslim, bolehlah ke sini :
Restoran Mohd Chan
No.21, Jalan Anggerik BF 31/BF
Business Park 3, Kota Kemuning
40460 Shah Alan
Tel : 010-714 6688
Oklah bye!
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
4 ulasan:
Akak selalu mkn di Bandar baru bangi
restoran chinese muslim masakan dia sedap kan.tapi harga boleh tahan.huhu.saya penah cuba skali,tu pon beli kupon.tapi bukan yg ni la,saya pergi yg kat danau kota
Salam..terliur tengok Dim Sum tu..
Lama benor dah TK tak pegi Kota Kemuning..bertahun2 dah..
Kak Kasihredha,
A'a banyak juga cawangan restoran ni kan..
Mrs Adam,
berbaloi kalau g makan ramai-ramai..sebab portion dia agak besar juga
TK,
bagi Zaila dim sum dia kurang kick r..
Catat Ulasan