Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 17 Mac 2013

Huggies Dry Pants : Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

*Sticky entry*

Assalamualaikum,

Aku nak tanya berapa orang mummy-mummy kat luar sana yang ada anak yang berumur setahun ke atas & tersangat aktif? Mesti mummy pening kan bila tiba part nak pakaikan lampin pakai buang dekat anak kan? Well, aku bercakap ni sebab pengalaman sendiri dengan anak-anak aku. Bermula dari Haziq, Husna sampailah Ashraf, once diorang dah cecah setahun setengah, confirm masa ini akan menjadi saat-saat yang paling mencabar untuk menukar / memakaikan lampin mereka. Nak-nak si Ashraf yang sentiasa bergerak aktif tu..Pening kepala aku bila dia dah pandai buka sendiri pita pelekat lampin pakai buang dia, hari-hari dok berperang aje dengan Ashraf nak suruh dia pakai lampin..Naik stress mama dia tahu!!

Tapi semua masalah ni takde bila aku pakaikan Ashraf dengan Huggies Dry Pants. Memang sangat-sangat membantu bagi ibu-ibu yang ada anak yang aktif & lincah ni. Memang pilihan yang tepat & mudah!!


Kalaulah mummy-mummy semua tahu betapa mudahnya untuk menukar lampin sekarang iaitu dengan 3 langkah sahaja;

Langkah 1) Koyak Hanya koyakkan peregang lembut pada bahagian tepi Huggies Dry Pants ini setiapkali anak kita membuang bahan kumuhan:P Hehehe Selepas itu basuhlah montot gebu mereka:)


Langkah 2) salin dengan Huggies Dry Pants yang baru. Memang senang sangat untuk disarungkan kerana ianya seperti menyarungkan seluar dalam kepada mereka. Tengok even Husna pon rajin menolong aku pakaikan Huggies Dry Pants untuk Ashraf


Langkah 3) Lepas mereka bermain!! Senang bukan?? Takde dah adegan kejar mengejar untuk pakaikan lampin pakai buang yang jenis biasa tu:)


Tengoklah gambar di atas, Ultraman nak fire mama..larikkkkksssss

Ok, lepas tu aku rajin pula nak buat eksperimen dengan lampin Huggies Dry Pants ni, saje suka-suka nak tengok tahap keberkesanan menyerap air kan? so here we go, sediakan secawan air & sekeping Huggies Dry Pants seperti di bawah ini;-


Kemudian tuangkan air ke dalam Huggies Dry Pants secara perlahan-lahan.


Tunggu seketika untuk lihat hasilnya..Memang terbukti walaupun dah disiram dengan secawan air, masih kering lagi di permukaan. No wonderlah Ashraf jarang dah buka lampin sejak pakai Huggies Dry Pants ni. Kalau tak dulu asal lepas kencing je Ashraf akan buka lampin, agaknya mungkin dia rasa tak selesa


Buat ibu-ibu semua, jom bertukar kepada Huggies Dry Pants & rasai sendiri betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa anak sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang PERTAMA di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu ruang lampin.

Oh! berita baik buat ibu-ibu semua, bolehlah layari (http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx) untuk dapatkan sampel percuma terus dihantar ke rumah anda!! Nanti bolehlah korang rasai sendiri betapa mudahnya memakai Huggies Dry Pants ini dengan koyak, salin dan lepas!! Teruja bukan??


Cepat dapatkan sampel percuma & rasai sendiri betapa mudahnya koyak, salin dan lepas!!

Anak-anak gembira, ibubapa pon gembira:)


Setakat ini takde lagi insiden kebocoran sewaktu tidur di tengah malam / tengahari so memang aku sangat-sangat berpuas hati dengan Huggies Dry Pants ini.

Maklumat mengenai Huggies(R)

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atauwww.facebook.com/Huggies.Malaysia.

1 ulasan:

CeqGu berkata...

Ehemmmm baik punya iklan hihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^