Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 27 Ogos 2015

Jom Beli Buku Di MPH

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas en suami ajak ke MPH untuk beli buku buat anak-anak. Wah! Walaupun waktu itu baru sahaja lepas makan tengahari di rumah, mata mengantuk tapi memandangkan sudah lama tak beli buku di MPH (err online tak dikira ya) aku terus bersiap. Minggu lepas ada juga ajak en suami tapi tak dilayan. Kiranya minggu ini adalah minggu bertuah kami :)

Kami ke MPH Subang Parade, kalau dulu di Sunway Pyramid ada juga MPH tapi hari tu kami sudah tidak jumpa kedai buku MPH lagi. Tak tahu lah sudah bertukar lokasi kedai atau sudah tutup terus di situ. Sampai aje di Subang Parade, terus masuk dan pilih-pilih buku. Anak-anak memanglah rambang mata sampai semua pun nak tapi yang paling aku bengang sekali apabila Haziq & Husna sibuk pilih komik Upin Ipin untuk dibeli. Alahai, kalau setakat nak tengok Upin Ipin baik tengok TV aje dan percayalah komik ni sekejap aje tahannya sebab nanti CONFIRM kena koyak dengan adik-adik mereka.

Memang menduga keimanan juga apabila bawa anak-anak memilih buku di mana semua buku yang mereka nak kami tak bagi beli. Cuma yang di bawah aje yang mendapat kelulusan memandangkan buku dari siri USBORNE ni dalam Bahasa Inggeris dan sesuai sangat untuk bacaan anak-anak. Nanti aku kongsikan lagi ya tentang siri ini. Banyak juga kami (eh en suami yang bayarkan) pilih buku, aku pun menumpang beli 2 buku. Agak-agak tahu tak mana satu buku pilihan aku?

Kata en suami "Kalu hok ada online tu buku mama lah tu!" :P


Buku pilihan sudah tentulah buku Irfan Khairi & Roza Roslan. Sebenarnya aku cari buku UYDL2 tapi tidak ada stok.

Semalam mula baca buku penulisan Roza Roslan iaitu isteri kepada Prof Kamil yang terkenal dengan Travelog Haji. Ya Allah, memang tak boleh berhenti dari "kelek" buku sampaikan malam tadi en suami cakap "mama ni dah macam cikgu pun ada". Nak tergelak juga sebab mengandung kali ni tak tahu kenapa aku rasa suka baca buku, tapi tengok buku juga kalau buku jenis fakta tu lambatlah sikit nak habis (malah tak habis-habis baca pun).


Pertama kali baca buku penulisan Puan Roza Roslan memang tersentuh jiwa. Banyak perkongsian dan penulisan beliau membuatkan aku tersentak (dalam kata lain seperti kena pada muka sendiri) dan banyak kali juga aku menitiskan air mata. Entahlah, kali ni memang emosi sikit, faktor penuaanlah sangat kan :)




Antara snapscreen yang aku ambil dan kongsikan, aku tak letak watermark supaya kawan-kawan boleh baca. Ada yang sentap tak? Kalau teringin nak baca dengan lebih lanjut sila cari sendiri ya buku ini, Insya Allah tak akan menyesal.

Nak kongsi satu perkara, dulu waktu aku bekerja memang jarang beli buku dan kalau beli buku pun sudah tentunya novel Inggeris. Masa tu memang jenis tak suka membaca sangat, mungkin sebab kekangan masa. Balik kerja badan dah penat, nak layan suami & anak-anak lagi kan, mana sempat baca buku (alasan) tapi sekarang ni alhamdulillah rasa macam ketagih pula nak baca buku. Tapi tengok jenis buku juga lah, sejak beransur ke arah penuaan ni minat aku lebih kepada buku motivasi & keibubapaan, tak lupa juga tentang bisnes online sebab rasanya makin banyak pula ilmu yang perlu digali ni. Ya Allah semoga dipanjangkan usia kita semua agar dapat menimba lebih banyak ilmu yang bermanfaat.

Insya Allah, jika berkelapangan aku akan kongsikan isi kandungan buku melalui blog-blog aku. Tahukah korang yang blog juga merupakan salah satu cara untuk tanam saham akhirat? Tapi sudah tentu lah dengan berkongsikan maklumat dan ilmu dengan orang lain. Selagi ilmu kita dibaca dan diamalkan selagi itu amalan tersebut kita akan dapat pahalanya. Diharap blog ini juga bermanfaat buat semua :)

Aku copy paste perkongsian aku di facebook tentang buku "Rumah Kecil Di Jabal Uhud" di sini :

Saya tak boleh berhenti dari terus membaca buku tulisan Roza Roslan iaitu Rumah Kecil Di Jabal Uhud ni. Saya mahu kongsikan sedikit perkongsian dari buku ini
- Apabila di dalam kesusahan bangunlah di sepertiga malam dan berdoa pada Allah. Allah maha mendengar dan maha pengasih. Orang kata doa semasa menunaikan haji dan umrah akan dikabulkan, sebenarnya itu tanggapan yang salah. Doa lah setiap masa tiap ketika kerana hanya dengan doa dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya pun terfikir jika mahu tulis segala doa yang dimahukan nescaya sebuah buku pun tak akan cukup tapi percaya lah pada Allah. Jangan putus asa untuk berdoa.
- Tempat sebenar seorang isteri adalah bersama suami. Walau apa jua keadaan suami jadilah isteri yang sentiasa membahagiakan suami. Jaga aib suami dan jangan sesekali menceritakan aib suami kepada orang luar walaupun ahli keluarga kita sendiri. Jika suami kita seorang yang jahil dari segi agama maka banyakkan berdoa supaya Allah tunjukkan hidayah dan ubah suami kita
- Tempat yang selamat bagi wanita adalah di dalam rumahnya di mana bebas dari bahaya orang jahat dan fitnah orang. Tapi jangan pula selalu berkunjung ke rumah orang dikhuatiri akan banyak bercerita hal orang. Lebih baik diam dari berbicara perkara yang tidak berfaedah.
- Ibu yang dapat menyusukan anak teruskan penyusuan ikut tempoh yang ditetapkan Islam. Jangan mengeluh kerana nanti bila anak-anak dah besar kita akan rindukan saat-saat mereka masih kecil. Apabila anak-anak menginjak dewasa mereka akan meninggalkan kita demi mengejar cita-cita
- Berdoa lah untuk menunaikan haji di usia muda semasa keringat dan tenaga masih ada.
Buku yang banyak menyentuh hati. Berbaloi beli dan jadikan koleksi dan bahan bacaan. Maaflah sedikit aje perkongsiannya kerana seeloknya kalian beli dan baca sendiri.

Sehingga bertemu lagi. 

Iklan sekejap :

Alhamdulillah!! Selesai sudah membaca e-book dari Puan Masayu Ahmad iaitu Yeay! Mama Sudah 'Resign'. Saya sangat teruja dan seronok membacanya, ini kerana saya benar-benar ingin tahu tentang WAHM dan bagaimana mereka bermula. Kandungan e-book ini sangat memberikan inspirasi dan membuat mata dan minda saya yang masih tercari-cari tentang WAHM. Di sini, saya akan memberikan sedikit ulasan tentang e-book ini dari sudut pandangan saya.

Bermula dengan tinta pengarang, sedikit pengenalan dari Puan Masayu Ahmad yang menceritakan bagaimana beliau sendiri bermula menjadi WAHM dan melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya.
e-book ini mengandungi perkongsian daripada 5 wanita berjaya yang kini sudah bergelar WAHM. Saya amat teruja membaca kisah-kisah mereka dan bagaimana mereka bermula. Subhanallah!! Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah swt.

"Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana perndapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah" - (Puan Nor Atiqah Hamidi)

"Saya mahu buktikan, ibu yang tidak bekerja, jika bersungguh-sungguh, akan mendapat penghormatan yang baik. Letakkan harga diri kita lebih tinggi, kita adalah apa yang kita sangka." - (Puan Nora Afzam)
Berikut adalah merupakan petikan daripada perkongsian 2 orang WAHM yang berjaya. Ayat-ayat berikut amat terkesan dihati. Saya membacanya berulang-ulang kali.

Bahagian seterusnya, sesi Soal Jawab mengenai bagaimana dan apakah persediaan sebelum menjadi WAHM. Kepada mereka yang tertanya-tanya seperti saya, perlu menjawab soal jawab ini. Setiap persoalan dirungkai dengan pencerahan. 

Dan, bahagian yang terakhir pula adalah Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah). Dimana, 10 pengalaman yang berbeza telah dikutip dan dikongsi. Bukan mudah untuk kita bertemu atau mendengar perkongsian yang terperinci begini.
e-book ini boleh dijadikan panduan dan juga memberi idea dan pencerahan kepada ibu-ibu yang baru mahu melangkah ke dunia WAHM. Dan boleh juga dijadikan pencetus inspirasi dan motivasi.

 http://iydajuhar.blogspot.com/2015/04/e-book-yeay-mama-sudah-resign.html




2 ulasan:

Wak Lat berkata...

rajinnyer beli dan baca buku tu makk ;p

ummul azkee berkata...

saya kagum dgn pn roza ni..dia umpama Asiah,isteri firaun di zaman kini..kagum dgn ketabahan nnya menghadapi suami yang tidak taat pada Allah swt.Doanya buat suami xpnh putus sehinggalah suaminya diberi hidayah.Pastinya saya pun akan dptkn buku ini.bait-bait katanya penuh hikmah..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^