Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 10 Julai 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Restu Suami Penting Dalam Berniaga


gambar : ihsan google

Assalamualaikum,

Ramai juga di kalangan kawan-kawan aku bertanyakan tentang tips untuk kekal berniaga. Iya, berniaga sememangnya senang untuk disebut tapi bukan senang untuk mengekalkan momentum jualan dan semangat untuk berniaga. Ada orang bila kena marah dengan pelanggan mahupun bakal pelanggan terus hilang "mood" untuk berniaga. Ada orang juga bila dapat untung yang sedikit, rugi yang lebih terus malas nak teruskan, ada orang bila kena perli-perli terus rasa malu untuk teruskan. Pendek kata, bukan senang untuk meneruskan sesuatu perniagaan. Di tambah lagi sekiranya kita merupakan seorang ibu yang bekerja. Mana nak fikirkan pasal anak, pasal kerja di pejabat dan pasal urusan di rumah lagi.

Tapi jujurnya semua itu aku sudah tempuhi tiga tahun dahulu. Eh dah lama rupanya aku berniaga ni, tapi kenapa ya tak kaya-kaya? Kenapa tak ada kereta mewah parking di dalam pagar rumah? Kenapa takde koleksi henbeg berjenama? Kenapa aku masih ditakuk lama, duduk rumah jaga anak-anak. Nak melancong ke luar negara mahupun dalam negara pun tak boleh sebab anak ramai. Kenapa ya? Pada yang mengajukan soalan tersebut, ini jawapan aku :

Kaya itu adalah subjektif. Tiada jawapan yang tepat tentang takrifan kaya. Ada orang duit berjuta-juta tapi hati tak tenang kerana takut kena rompak, ada orang duit dalam bank puluh-puluh ribu tapi masih lagi kedekut nak berbelanja, ada orang duit tak ada tapi hati sentiasa senang. Aku ni tak tahulah nak masuk golongan mana tapi yang pasti Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat Allah berikan. Mungkin tiada duit banyak untuk membeli barangan yang aku inginkin (buat masa sekarang) tapi tiada perasaan yang boleh gambarkan bila dapat melihat muka anak-anak kesayangan membesar di depan mata setiap hari (yang ni memang tiada nilainya). Tipulah kalau cakap tak stress jaga anak sendiri tapi kebanyakan masa anak-anak penghibur duka juga:)

Tentang sokongan suami, aku memang betul-betul bertuah dan bersyukur kerana en suami memang seorang yang sangat-sangat menyokong aku dalam perniagaan. Bukan sahaja dari segi kewangan malah dari segi sokongan moral juga. En suami bukanlah seorang yang mengiyakan semua perbuatan atau perkara yang aku buat tetapi en suami adalah pengkritik tegar dalam setiap keputusan yang aku buat. Alhamdulillah sekarang pun masih lagi tak putus-putus memberikan kata-kata semangat. Bagi yang bertanyakan tips supaya suami bagi sokongan kepada kita, seharusnya kita pun menunjukkan bukti yang kita juga telah berjaya dalam berniaga.

Kalau dulu semasa bekerja aku banyak main-main. Memanglah duit berniaga selalu membantu kami di saat-saat hujung bulan sebagai bantuan kecemasan di kala menunggu gaji. Tapi sekarang, bila sudah tidak ada gaji, aku kena disiplinkan diri. Kena fokus dengan apa yang aku inginkan. Tunjukkan semangat dan buktikan yang kita telah berjaya dalam berniaga. Sekurang-kurangnya konsisten dalam mencari jualan. Sasarkan paling rendah RM10 sehari kemudian tambahkan sasaran selaras dengan usaha. Insya Allah, ditambah pula dengan kebergantungan kepada ALLAH yang maha kuasa, aku rasa tidak susah pun untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang kita buat.

Tidak kiralah kita wanita bekerja di pejabat mahupun dari rumah, selagi mana kita berniaga dapatkan dulu restu dari suami. Cuba berbincang dengan baik apakah kebaikan dan keburukan sekiranya kita berniaga. AKu rasa sudah pasti jawapannya lebih kepada kebaikan kan? Kecuali kalau kita berniaga sesuatu yang haram dan suami tidak suka! Kalau boleh libatkan suami dalam setiap aktiviti jualan kita seperti mengajakna berjumpa dengan pelanggan atau meminta suami menemankan kita mencari barang dagangan. Setiapkali mendapat hasil dari titik peluh berniaga, jangan lupa hadiahkan sesuatu buat suami. Sudah pasti selepas ini mereka akan lebih menyokong kita dalam berniaga.

Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom

Sokongan dan restu suami

Halangan pasti ada, ramai juga keluarga dan sahabat sepejabat yang menyuarakan
kebimbangan dan tidak bersetuju dengan keputusan saya dah suami. Saya masih kerap
bertanya lagi dengan suami, suami pula memberitahu selama ini dia yang mencari nafkah
untuk kami, hampir kesemua perbelanjaan dia yang menanggungnya. Walaupun saya tahu dia
ada sedikit gusar mengenai perbelanjaan  tetapi dia mengizinkan dan dia adalah orang paling
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.

Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang,  pada bulan Februari 2012 saya
menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan
jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih
kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja disana bersama rakan-rakan.
Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan
terfikir "boleh keraku bagi mak dan abah setiap bulan".
Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira.

" Mak tak kerja hari ini Sarah" kataku kepadanya, dia menyampuk " yeay".
Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil 
menguruskan kerja menambah baik facebook dan  blog secara  online sahaja.
Pada tarikh  March 2012, saya sudah meninggalkan pejabat dan memulakan era baru di
rumah.

Di atas adalah salah satu kisah hebat super WAHM super mom yang boleh dibaca di dalam pakej e-book ini.

Boleh dapatkan pada harga kasih sayang RM100 sahaja. Pada yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage, pengambilan Julai sudah lama bermula. Jangan tunggu-tunggu lagi!

Untuk tempahan :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Salam kasih sayang buat semua!

1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

Betulla zaila....ila salute kat zaila sbb berjaya..xpe..beyul kaya itu subjektif.., yg penting kita gembira..alhamdulillah... Restu n sokonfan suami mng oenying sbb dia org yg palibg rapat dgn kita..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^