Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Bagan Lalang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagan Lalang. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2015

Hotel Review : Seri Bayu Resort Hotel Bagan Lalang

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran setelah bercuti selama 4 hari. Kami tak balik kampung pun cuma pergi bercuti di Seri Bayu Resort Hotel di Bagan Lalang, tak sampai sejam dari rumah. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, en suami tempah melalui Agoda.com dan dapat harga lebih murah dari harga sebenar. Jika tempah melalui resort ini, harga untuk apartmen 2 bilik adalah RM318 termasuk cukai tapi kami dapat pada harga tak sampai RM300.

Hari Khamis tu kami gerak dalam pukul 10 pagi lebih sebab ingat nak check in awal supaya boleh minta bilik yang bawah. Maklumlah melalui laman Agoda.com aku dapat tahu yang bangunannya tidak ada lif. Kalau tinggi-tinggi, mahu semput mak buyong nak mendaki ke puncak :P

Alhamdulillah, sampai tu terus kami daftar masuk. Sambil tayang perut aku berjaya juga meyakinkan staf supaya memberikan kami bilik yang paling dekat dan hanya kena daki satu tingkat sahaja. Ok lah kan :)


Apartmennya memang bersih dan luas. Kalau nak datang 3 famili pun boleh sebab ada banyak ruang boleh lepak. Kalau bawa tilam lebih terus bentang depan TV aje :)


Kami dapat blok B1 dan tingkat 1. Kalau tak silap bilik B1-1-4. Tapi kan, nanti aku cerita lagi. Sila baca kat bawah ya ;)


Balkoni ada dua iaitu di bilik utama dan ruang pantri. Nampak tak en suami sedang sidai baju. Masa ni lepas mandi kolam bersama anak-anak :)


Ruang pantri memang luas tapi tak dibenarkan memasak. Aku baca komen penginap yang pernah menginap pun mencadangkan supaya meletakkan langsir di bahagian ini. Kalau siang memang tak nampak tapi kalau malam, boleh intai uols tengah buat apa kat pantri ni. Oooo makan megi dalam mangkuk yaaa ;)


Bilik anak-anak ada 2 katil bujang tapi kami rapatkan aje. Muatlah 4 orang tidur. Dalam bilik ada penghawa dingin dan kipas, memang sejuklah! Walaupun cuaca kat luar panas tapi kat dalam bilik sejuk je


Ini pula ruang tamu ada TV, meja makan dan sofa. TV hanya ada siaran tak berbayar. Dah lama rasanya aku tak tengok TV3. He he he


Ini bilik tidur utama. Perabut memang tip top lah lengkap ada katil, meja sisi, ruang make up, kabinet baju tapi kat dalam tu kosong aje. Kalau hotel lain mesti ada selimut dan bantal lebih tapi kat sini cukup-cukup aje mereka sediakan. Tandas ada dalam bilik satu dan kat luar bilik satu dan memang luas tandasnya. Semua ada pemanas elektrik cuma tandas bilik aku je pemanasnya rosak.

Herm, sebenarnya nak kongsi pengalaman aku bermalam di sini. Bila dah petang, selepas solat Asar kami turun ke kolam renang bawa anak-anak mandi dan selepas itu berjalan kaki ke pantai. Balik aje dah maghrib dan Aaliyah tidur sejak masuk bilik lagi. Penat mandi kolam lah tu. Kemudian memandangkan anak-anak semua dah penat, aku suruh tidur awal dengan alasan esok nak bangun awal sebab nak mandi kolam lagi. Aku, Azzam dan Aaliyah tidur dalam bilik utama manakala en suami terlelap di sofa kat ruang tamu tu. Anak-anak yang lain masuk bilik dan terus tertidur. Dek kerana penat, memang aku terlelaplah kan.

Sampailah pukul berapa entah aku tak tahu sebab dalam bilik takde jam dan telefon pula aku cas bateri dan letak di meja solek, masa tu aku terjaga sebab bunyi macam guli bergolek. Alaaaa, macam budak main guli atas lantai. Sekali bunyi macam buat mamai lagi, kali kedua macam dah cuak sebab en suami pula tak ada di sini. Ada Azzam dan Aaliyah ke yang nyenyak dibuai mimpi. Masa tu aku baca ayat kursi dalam hati dan pejamkan mata tapi rasa tak sedap hati sebab en suami takde. Dalam fikiran ni nak keluar ke tak nak.

Tapi alhamdulillah aku ni jenis yang berani juga lah, tak lama lepas tu aku beranikan diri untuk keluar ke ruang tamu dan tak diduga sekali lagi bunyi betul-betul kat dalam dalam bilik aku (tapi macam kat bilik atas) tapi aku kuatkan semangat terus keluar dan nampak en suami juga macam terkejut dan tanya aku "mama dengar tak?" He he he Memang jelas sangatlah kan. Lega bila ada teman untuk bercakap dan aku tengok TV sudah menyiarkan berita jam 12 malam. Ooooo patutlah kan ;)

Sempat sembang sekejap dengan en suami sambil-sambil urut kaki dia, dalam masa yang sama asyik bunyi macam pintu dibuka (bunyi macam keriuk-keriuk tu), hai rajin sungguh orang atas masuk tandas ya (kata aku dalam hati). Ingatkan aku sorang je dengar tapi rupa-rupanya en suami pun dengar ;) Habis je berita aku ajak masuk bilik tidur sekali sebab sah-sahlah aku tak boleh nak lelapkan mata kalau en suami tak ada di sisi. Sebelum tidur en suami bacakan al-Quran surah Al-Waqiah dan Al-Mulk dan sebelum tu memang kami solat maghrib & Isya' jemaah dalam bilik, aku siap habis baca surah Al-Kahfi lagi, surah yasin aje tak sempat nak baca. Hu hu hu

Alhamdulillah malam tu aku terus lena tapi banyak kali juga tersedar. Tapi lega apabila anak-anak tidur nyenyak sampai pagi. Terima kasih Allah sebab lindungi anak-anak syurga kami. Risau juga Aaliyah tersedar waktu malam tapi syukur minah tu tidur nyenyak sampai pagi :)


Ini gambar esok pagi seawal jam 8 pagi sarapan dah disediakan tapi tak ada buffet cuma mereka akan siapkan nasi bungkus dan air mineral dalam satu plastik. Kalau nak makan sarapan tepi kolam pun boleh, nanti ada teh tarik dan kopi disediakan di situ. Kalau nak tambah makanan, RM10.60 dikenakan bagi setiap set sarapan. Menu pagi tu nasi minyak lauk ayam masak merah. Rasanya bolehlah tahan juga.


Yang ini ada taman permainan bersebelahan blok tempat daftar masuk. Kanak-kanak asal jumpa tempat bermain aje mesti happy :)

Ni gambar petang hari pertama baru sampai kami jalan kaki aje ke pantai. Ramai sangat orang berpiknik dan pasang khemah di tepi pantai. Eh, meriah juga ya Pantai Bagan Lalang ni dan masa ni air tengah pasang jadi ada lah ombak sikit-sikit. Tapi subhanallah, tak boleh nak lawan Pantai di belah Pantai Timur lagi. Rindunya dengan pasir putih dan ombak yang biru tu :)


Anak-anak asal jumpa air je terus eksaited. Hermmm habis basah baju tu Azzam oi!


Ashraf ni memang menjadi perhatian semua orang, tengah-tengah jalan tiba-tiba selipar putus


Di sini memang banyak pokok bunga, kadang-kadang rasa macam berada di Cameron Highland pun ada cuma cuaca jelah panas lit-lit kat sini


Dari kejauhan hanya mampu melihat sahaja Avani Resort ke hape namanya tu? Tengok dalam Agoda.com harga satu malam boleh cecah ribuan ringgit. Al tak mamfulah nak pergi lagi ;(


Kawasan parking pun senang, setiap blok ada disediakan parking berdekatan dengan bangunan. Tak payah nak berebut parking lagi


Suka betul aku tengok Aaliyah mandi kolam, bila letak dalam pelampung tu pandai je dia gerakkan kaki dia. Ada masa tu sampai nak tertidur sebab best sangat duduk dalam pelampung. Tak macam Azzam yang penakut (tengok muka pun dah tahu)


Alhamdulillah, Haziq Husna & Ashraf memang dah tak takut mandi kolam. Yerlah, kolam kanak-kanak kan. Tapi kat sini takde orang jaga atau kawal, pukul 10 malam pun masih ada lagi orang mandi (selalunya dewasa)


Aaliyah sampai kecut tangan tu tapi tak nak naik tu, nak mandi lagi


Budak penakut







Mama jadi tukang jaga selipar jelah kat tepi kolam. Cuaca memang panas betul, kalau nak mandi baik mandi waktu petang. Kalau pagi ya Allah rasa macam nak masak aje belakang ni dibakar matahari :P




Secara jujurnya Seri Bayu Resot Hotel Bagan Lalang ni memang best untuk dijadikan tempat berkumpul adik-beradik sebab kat sini bilik besar, lepas tu ada juga disediakan tempat untuk adakan aktiviti BBQ (boleh minta bilik bawah sekali di mana ada disediakan tempat BBQ kat luar pintu). Nak ke pantai pun hanya jalan kaki sahaja dalam 5 minit. Kat pantai pun ada banyak kedai makan yang sediakan masakan panas dan makanan laut. Jadi, bab makan dah tak payah nak fikir banyak, hanya pilih sahaja nak makan di mana.

Selain dari kenangan "diusik" aku rasa aku ok je dan ada rezeki boleh datang lagi sebab anak-anak suka. Lagipun lokasi dekat je dengan rumah. Bagi kawan-kawan yang berminat boleh google je nama hotel ini. Bilik jenis studio suite juga ada disediakan bagi pasangan yang baru berkahwin :)

Ok. Bye!

Jumaat, 25 Disember 2015

Jom Check In Seri Bayu Resort Bagan Lalang


Assalamualaikum,

Ini adalah entri "scheduled" ya sebab waktu ini aku dan keluarga sedang bercuti di Seri Bayu Resort Bagan Lalang. Biasalah kami ni, walaupun tak pergi bercuti jauh-jauh, tak tahan godaan apabila anak-anak sibuk ajak pergi bercuti sebab nak mandi kolam. Siap tiup pelampung percuma bila beli susu Friso lagi untuk tunjuk betapa mereka mahu mandi kolam. Jadi, minggu lepas sempatlah aku ke Bagan Lalang untuk tinjau-tinjau resort ini, saje je cuba nasib dan kebetulan sampai di muka depan tempat daftar tu dah ada kolam renang. Apalagi anak-anak happy lah sebab diorang ingatkan nak bermalam di situ tapi sebenarnya aku dan en suami hanya pergi tinjau harga je :P

Nampak gaya macam penuh je pada 24hb, memang frust juga lah kan. Sudah lah harga bilik apartment (ada 2 bilik) RM300. Jadi, aku buka laman Agoda.com dan tengok bilik yang ada pun pada 26hb pada harga RM300 lebih. Hermm, takpe lah kalau lebih mahal dari harga asal, terpaksalah lupakan aje.

Sekali pagi Isnin tu saje je aku buka balik dalam Agoda dan tengok pada tarikh 24hb Disember 2015. Eh ada lah pula dan yang bestnya harga selepas dikenakan cukai pun tak sampai RM300. Apalagi terus Whats App en suami dan alhamdulillah terus tempah melalui Agoda.com. Memnag kami setia dengan Agoda sebab kat situ en suami dapat mata dan bila dikumpul-kumpul boleh tebus balik bila nak tempah hotel yang lain. Walaupun iklan di TV ada Trivago, booking.com & macam-macam lagi, kami masih setia dengan Agoda tapi dengan syarat kena rajin buat perbandingan harga juga lah. Kalau lebih mahal janganlah tempah tau :P

Oklah, nanti dah balik aku buat review resort ni. Gambar pun takde sangat. Nanti Mekla buat ulasan sendiri ya. Bye!

Isnin, 3 Disember 2012

JJCM~Makan Seafood Di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum,

Dua hari cuti ke mana kamu semua? Kami Alhamdulillah dikurniakan hari minggu yang sentiasa sibuk dengan aktiviti terutamanya hari Sabtu. Seawal pagi lagi ke Genius Aulad untuk mendaftarkan Husna..Terima kasih buat en suami yang bersusah payah membanting tulang demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Melayang juga RM800+ untuk pendaftaran sekolah anak perempuannya ini. Itu belum termasuk lagi yuran bulanan Januari @_____@

Minggu depan giliran berhabis untuk Haziq pula..Yuran & kelengkapan sekolah masih belum dibeli memandangkan sekolah Haziq ni pakaian tak sama dengan sekolah kebangsaan..Takperlah, semoga ada rezeki lain yang akan mendatang..In Shaa Allah

Oklah,lupakan perkara itu..Adatlah kan kalau anak nak bersekolah..Jom layan gambar makanan yang aku makan di salah sebuah kedai makan di Pantai Bagan Lalang pula. Iya, petang Sabtu tu kami ke sana..Mula-mulanya nak survey tempat gathering keluarga & mahu bermalam di sana sekiranya ada chalet yang kosong tapi rupanya penuh semua! Dah alang-alang sampai di sana, haruslah makan makanan laut kat Pantai Bagan Lalang ye tak? Kalau tak rugi je datang jauh-jauh:P

Kami makan di Restoran Bayu Malam, berhadapan dengan Pantai Bagan Lalang. Cuaca malam tu biasa-biasa sahaja, takde angin sepoi-sepoi bahasa pon..Kebetulan malam tu ada perlawanan bola antara Malaysia & Indonesia, sambil makan sambil layan bola..Nasib baik kami sampai awal, kalau lambat agak ramai juga pelanggan yang datang.

En suami terus memilih binatang-binatang yang ada. Ikan-ikan di sini memang segar!! Harga ikan pada hari tersebut adalah siakap RM5.00 untuk 100gm, kerapu RM5.80 untuk 100gm, bawal RM4.50 untuk 100gm, ketam RM4.50 untuk 100gm, udang RM6.00 untuk 100gm, lala RM3.00 untuk 100gm & banyak lagi..


pilih jangan tak pilih

Servis di kedai makan ni agak cepat..Tak lama pon menunggu akhirnya menu yang kami order sampai. Antara yang kami order adalah
1) lala masak sambal : masakannya sedap cuma lala ada juga yang dah mati & tertutup..bila buka ada pasir T____T
2) udang 3 rasa : udang yang besar & segar..masakan pon sedap..kat sini takde menyediakan udang butter prawn kalau tak konpem kami order menu tu
3) sotong celup tepung : pon sedap, sotong segar..ratah macam tu pon dah sedap!
4) ikan kembung 3 rasa : ikan segar cuma masakan tu bukan kepada 3 rasa tapi lebih kepada sambal merah je:P
5) kailan ikan masin : fav aku..memang sedap!

Air pula kami order tembikai 1 jag & ABC satu mangkuk..cer teka berapa kami habis malam tu??


tengok gambar sotong ni rasa macam nak pergi makan lagi sekali:)


Total bayaran malam tu adalah RM80 untuk 3 dewasa & 3 kanak-kanak..Rasanya harga ni berpatutan dengan masakan & menu yang kami order ni..Seafood pon segar kecuali lala yang sedikit mengecewakan..Segar lagi lala yang aku beli di Kuala Selangor beberapa minggu yang lepas..

Pada yang ingin mencuba, sila ke Restoran Bayu Malam ni..Tapi kalau bercadang untuk bermalam, sila boking awal-awal penginapan di sini..Kalau tak, memang tidur tepi pantai jelah korang nanti:P

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^