Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

Kisah Anak-Anak & Mak Anak!

Assalamualaikum,

Lama tak update kisah anak-anak di blog ini, selalu dok cerita pasal bisnes aje..Konpem orang muak juga kan? so sesekali meh aku selit muka si comel Ashraf panjang akal ni;-


Hari Sabtu lepas ikut papa gunting rambut. Hasilnya seperti dalam gambar di atas (itupun setelah berperang dengan tukang hunting) HAHA Anak mama yang ni paling agresif tapi rupanya kalah juga dengan si penggunting rambut:P

Makin lasaklah sekarang ni, henset aku memang pantang nampak sibuklah dia nak main, kalau dulu dok main fruit ninja sekarang ni aku dah uninstall dah semua game tapi tetap dia akan ambil buka cari lagu @____@ Nampak gaya lepas ni mama kena upload banyak-banyak surah-surah pendek kasi Ashraf dengar & hafal ya dok? hihi


persediaan menyambut puasa :) HAHA jangan mareeee..ni masih belum dibuka, tunggu nak buat nasi kerabu buat lauk makan dengan nasi kerabu..perghh terangkatlah nanti!! Pada yang tak tahu, inilah yang dinamakan bawang jeruk (bawang putih) atau mat salleh panggil seasoning pickled garlic..sedap digandingkan dengan nasi kerabu *adusss kecur ailio* Aku beli ni masa ke Tak Bai haritu (boleh baca entri ini : Jalan-Jalan Ke Tak Bai, Thailand)


Ceri segar dari Turkmenistan yang en suami belikan:) Harap-harap janganler ada ibu mengandung yang terliur..hihi jenuh ai nak menghantarnya!


Kekacang juga dari Turkmenistan. Semua kekacang ada; walnut, gajus, pecan, kismis, lagi apa lagi? cer teka cer teka!


Last sekali buat yang merindui penulis blog si demok bam bam! Terima daku seadanya..HAHAHA Gambar ketika makan di Sri Serdang Sabtu yang lepas..Alhamdulillah Allah berikan nikmat untuk sentiasa bersama anak-anak. Kalau hari bekerja duduk rumah sahaja tapi kalau hari Sabtu Ahad memang tak lekat di rumah. Merata-rata kami keluar untuk hantar sampel kerepek. Anak-anak memang akan aku bawa bersama, walau macamana susah nak jaga/kawal mereka biar mereka tengok juga betapa susah mama & papa mencari duit sampingan untuk memberikan kesenangan untuk mereka:)

Buat yang berminat untuk menjadi ejen jualan kerepek & biskut raya aku, boleh email kepada zailamohamad@yahoo.com atau sms/whatsapp di 012-3228651 untuk pertanyaan. Jom sama-sama cari duit lebih untuk duit minyak balik kampung raya nanti:)

Buat yang ingin memulakan langkah awal bekerja dari rumah, boleh PM aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad penulis buku Jana RM Dari Rumah:)

Jumaat, 21 Jun 2013

Jom Beli Biskut Raya 2013



Assalamualaikum,

Pada sesiapa yang berminat untuk menempah biskut kukis (cookies) untuk raya tahun 2013. Boleh PM saya sekarang

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651

Ada dua pilihan :

1) Bekas saiz besar (gambar pertama) : 100 biji
2) Bekas saiz kecil (gambar kedua) : 50-55 biji

Kenapa harus beli kukis ini :

1) kerana ianya sedap:)
2) home made bukannya dibuat secara pukal di kilang
3) menggunakan barangan yang berkualiti bagi menghasilkan rasa yang sedap

Bila tarikh tutup order :

14 Julai 2013

Bila tarikh terima order :

Minggu kedua atau ketiga puasa

Cara nak dapatkan tempahan :

1) datang collect sendiri di Shah Alam
2) jumpa mana-mana yang terdekat sekitar Lembah Klang (hari minggu sahaja)
3) pos (dengan kos pos ditanggung pembeli)


Nutty Thins Nama diberi
Penuh kekacang enak sekali
Rasa satu Nak Lagi
Lagi dan lagi dan lagi!

Jom order di sini. 

**Harga sila PM

Ahad, 13 September 2009

Sabtu Kami

Hari Sabtu kami biaser2 aja
pagi tu
Zaila tido jer
maklumlah penat nunggu hubby
yap, my hubby was safely arrived at 6 am
haruslah berchit chat dulu hilangkan kerinduan kan;p
then petang tu kami ke Putrajaya

hantar biskut raya ke Za
Banyak juga yang dia order, dalam 13 balang juga
Alhamdulillah rezeki
pada Za & Zurin
thanks ya^_^

harus bergambar dulu;)

Haziq pon dah pandai bergambar sekarang ni;) abaikan rambut kusut masai orang baru bangun tido

pastu kami ke Kajang

berbuka dengan famili BIL
kalau ke sini, Haziqlah orang yang paling excited sekali
pasal Haziq boleh jumpa
shashak (kakak)
dulu masa dia kecik memang suka nanges kalo p Kajang
maybe kat situ ramai kakak2 yang excited nak main ngan dia
tapi sekarang ni dia yang over
agaknya mungkin Haziq dah pandai bermain ngan kakak2
Kakak2 pon suka layan karenah dia
lagilah mamat tu suka^_^

Izzah, Ninie, Haziq & Shasha tengah melayan game kat facebook

seronok sampai tak nak balik;p sorry anak2 sedare semua, cikla kena balik juga malam tu

and i'm
presenting















Anak buah terbaru..fresh lagi ni;) baru 25 hari

syok tido sampai budak2 tu buat bising tahap gaban pon dia bole cool jer tido..

Malam tu sebelum balik ke Shah Alam
sempat singgah ke Puchong hantar biskut raya
kol 12 malam kami sampai kat rumah
terus tido
pagi esoknya terlambat bangun sahur
telan air jelah
huhuhuhu

P/s : korang sahur ngan apa??

Ahad, 23 Ogos 2009

Tempahan Biskut Raya Lagi;-)

Salam semua..ni adalah second entry yang Zaila mentioned tadi..tapi yang ni biskut raya Zaila amik dari kawan Zaila yang lain..Serious semua yang Zaila pilih ni sedap..Home Made gitu..susah nak carik kat pasaraya tempatan..pasai tu nama biskut ni pelik2 so janganlah tanya Zaila mana dapat nama ni semua..hihihihi..Macam biaselah, sape yang teringin ntok merasa boleh contact Zaila..letak jer komen kat shoutbox kat sebelah kanan blog Zaila ni..xpon email/sms Zaila (sile gali kat entry first ntok dapatkan no handset Zaila)..

Biskut Lincoln -- RM27 (sebalang)
Description : Cornflakes yang disaluti dengan nuts, choc. chips, putih telur & vanilla flavoured
seriously crispy & not so so sweet
just nice
pssttt: ramai budak office order yang ni;p

nilah balang yang dah siap diisi

Biskut Almond Ball -- RM30 (sebalang kecil)
Description : Bebola Cornflakes yang berintikan kacang almond & diselaputi hancuran cornflakes
yang nipon crispy juga
Zaila order yang ni pasal suka rasanya yang krup krap krup krap (no word can best describe it)

Balang agak kecil sedikit jika dibandingkan ngan Lincoln, tapi taste dia..marvellous!!
worth to buy;)

Biskut Naeman Marcus -- RM27 (sebalang)
Description : Mixture of oats & choc. chips..taste ade rase macam milo sket

Biskut Sarang Semut -- RM20 (sebalang)
Description : rasanya yang sedap, ditaburi dengan choc. rice

Biskut Oatmeal Raisin -- RM27 (sebalang)
Description : Oat yang dicampur dengan raisin & choc chips
very crunchy

Biskut Chocolate Stick -- RM25 (sebalang)
Description : butter stick yang disaluti chocolate & juga serbuk kelapa
best sangat

Pendek kate semuanya best..Zaila tadi memang ralit bila kunyah biskut2 ni..Pada sape2 yang berminat nak rasa atau nak tempah terus (serious, tengok gambar pon dah tahu sedap), sila place your order sebelum puasa nanti..pasai yang ni kan jenis home made so nak kena pastikan stok adalah mencukupi so jangan fikir lama2..Order je..hahahahahah;-)

Setiap order, haruslah diikuti dengan 20% dari harga total pembelian serious buyer only sebagai bayaran deposit (kalau xjadi, duit dikembalikan..tapi kalu barang dah ready xleh cancel order)..
Free delivery kat Klang Valley hurrey;)

Berminat??? Hubungi Zaila ya;p

Rabu, 5 Ogos 2009

Tempahan Biskut Raya

"Selamat Hari Raya..hari untuk bersuka ria"..hihihihi..poser pon tak lagi, dah sebok nak raya ya;-)
Di kesempatan ini, Zaila nak buat jualan sket, nak carik duit lebih sambil tolong bisnes kawan Zaila ni

Kat sini ada beberapa pilihan biskut raya ntok tatapan kawan2 semua..haaaa...tatap jerlah ya;-)
Bagi sape2 yang nak rase, bolehlah hubungi Zaila atau sms kan alamat so Zaila bole poskan sampel..tapi kalo udah pecah, jangan marah kat Zaila pula ya;p

Tapi Zaila boleh guarantee yang semua biskut ni sedap..memang tiap2 tahun kawan Zaila amik tempahan kat office kami ni..So kalau tanya jer warga Solar, sure famous biskut2 ni..Klah..malas nak membebel panjang2 kat sini..Berikut adalah harganya;-

--RM18/50 keping (satu bekas bulat)
--RM34/100 keping (satu balang)


Kos penghantaran adalah PERCUMA di sekitar Lembah Klang & pada mereka yang tinggal kat luar negeri/negara tu boleh juga tempah, harga pos mengikut standard pos biasa..

Sape2 yang berminat, bolehlah email Zaila at zailamohamad@yahoo.com
Kalau nak rase pon boleh juga..just hantar alamat kat email Zaila & Zaila pos, xpon just sms kat 012-3228651 (boleh juga jumpa kat mane2)..

Tarikh last ntok tempahan adalah 2 minggu sebelum hari raya puasa..tapi kalo nak tempah awal2 pon xper..ikot suka hati koranglah^_^ janji bahagia di hari lebaran yang bakal tiba^_^

Biskut Suji

Biskut Ais-Krim

Biskut Dahlia

Biskut Cornflakes

Biskut Coffee

Biskut Chocolate

Biskut Almond London

Serious sedap weh..rugi kalo xbeli;-)

Nantikan satu lagi entry biskut raya..nak charge handset sat pasal nak amik gambar biskut raya lagi..tunggu naaaaaaa....

Owh..ni pulak adalah popia goreng inti udang (gambar sampel), popia ni rangup sangat, pastu plak intinya penuh..memang sedap..percayalah kat Zaila..Zaila belom raya pon dah order pasal nak makan sebagai santapan di kala lepak ngan famili..

Harga;-
--RM32/ sekilo (serious padat & banyak sekilo ni)
--RM16/ setengah kilo


Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^